script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Pahang Akan Ganti Paip Usang Sepanjang 573.1 KM Seluruh Daerah Secara Berfasa Untuk Selesai Isu Air Di Negeri Ini

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang akan melaksanakan penukaran paip-paip usang sepanjang 573.1 kilometer (km)  di seluruh daerah secara berfasa dalam usaha menyelesaikan masalah air di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia merupakan sebahagian strategi dalam mencapai kadar Air Tidak Berhasil (NRW) 39.5 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Usaha menurunkan kadar NRW ini bukan mudah dan amat memerlukan peruntukan yang sangat besar. Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sedang merancang dan melaksanakannya secara berperingkat.

“Antara usaha dan strategi PAIP juga adalah membina district metering area (DMA) dan pressure management area (kawasan pengurusan tekanan, PMA) bagi membantu mengesan kebocoran air dengan lebih efisien,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Su Keong Siong pada sesi soal jawab lisan dalam Mesyuarat ke-3 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang ke-15, di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

ADUN Ketari bertanyakan mengenai langkah dan pelan reduksi NRW komprehensif yang diambil kerajaan negeri untuk mencapai kadar NRW 39.5 peratus daripada 47.5 peratus.

Menurut Wan Rosdy yang juga ADUN Jelai, penukaran paip-paip usang itu membabitkan daerah Kuantan (95.5 km), Pekan (34.5 km), Rompin (46.2 km), Bera (23 km), Temerloh (30 km), Maran (42.5 km), Jerantut (73 km), Bentong (31 km), Lipis (131 km), Raub (65.7 km) dan Cameron Highlands (0.7 km).

“Untuk makluman, saya difahamkan lebih daripada 90 peratus masalah air di Bentong telah diselesaikan, manakala 80 peratus masalah air selesai di Raub,” katanya. #MalaysiaGazette

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.