script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wan Rosdy: Kerajaan Negeri Pahang Sasarkan Kutipan Hasil RM1.279 Bilion Tahun Depan, Meningkat Tujuh Peratus Berbanding Tahun Ini


KUANTAN: Kerajaan Pahang menyasarkan kutipan hasil berjumlah RM1.279 bilion tahun depan, iaitu meningkat tujuh peratus berbanding tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata daripada jumlah itu, RM1.274 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus.

Katanya, peruntukan itu merangkumi perbelanjaan emolumen, perkhidmatan dan bekalan, pemberian dan kenaan bayaran tetap serta perbelanjaan lain dan aset dengan peningkatan sebanyak RM91.83 juta atau 7.76 peratus berbanding tahun ini dengan lebihan RM5 juta.

"Bagi menampung perbelanjaan pembangunan negeri dan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek, peruntukan RM446.26 juta disediakan, iaitu kenaikan sebanyak 11.67 peratus daripada peruntukan pembangunan tahun ini," katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 bertemakan 'Pahang 1st : Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan' pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini, pada Jumaat.

Berdasarkan pencapaian dan kejayaan itu, katanya, Pahang kini berada pada landasan kukuh sebagai sebuah negeri makmur, progresif dan berdaya saing serta didorong pertumbuhan ekonomi yang stabil, peningkatan hasil serta pelaksanaan projek berimpak tinggi.

"Kejayaan ini meletakkan Pahang dalam laluan untuk mencapai status berpendapatan tinggi, hasil daripada kestabilan politik dan perpaduan rakyat yang menjadi asas utama kepada perancangan pembangunan berkesan.

"Dalam melaksanakan amanah mengurus tadbir negeri, kerajaan negeri sentiasa membudayakan prinsip Maqasid Syariah, iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, sebagai panduan utama dalam setiap keputusan demi kesejahteraan rakyat.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kutipan hasil kerajaan negeri terus berada pada tahap membanggakan apabila terus melepasi angka RM1 bilion untuk empat tahun berturut-turut sejak 2022.

"Kejayaan ini selari dengan rekod Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Pahang yang meningkat 23 peratus dalam tempoh 2019 hingga 2024, mencerminkan keberkesanan dasar pembangunan negeri yang strategik dan mampan.

"Tahun lalu, Pahang mencatat pertumbuhan KDNK 5.7 peratus, melepasi paras nasional 5.1 peratus dengan nilai RM68.7 bilion yang dipacu oleh sektor perkhidmatan, pembuatan, pertanian, perlombongan, pengkuarian dan pelancongan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, syarikat berkaitan kerajaan negeri (S-GLC) turut memainkan peranan signifikan apabila menyumbang RM3.16 bilion atau 4.6 peratus kepada KDNK Pahang tahun lalu.

Katanya, sumbangan itu hasil gabungan sembilan syarikat induk, 49 anak syarikat serta sembilan Badan Berkanun Negeri yang berfungsi sebagai pemacu ekonomi strategik negeri.

"Di samping itu, Pahang turut menjadi destinasi pelaburan yang diyakini. Sehingga suku ketiga tahun ini, pelaburan masuk ke negeri ini berjumlah RM17.43 bilion, melebihi sasaran RM14.09 billion.

"Ini mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap keupayaan negeri mengurus kestabilan politik dan iklim perniagaan yang kondusif," katanya.

Dalam aspek tenaga buruh, Pahang menunjukkan peningkatan positif apabila jumlah guna tenaga meningkat kepada 788,800 orang pada suku ketiga tahun ini, berbanding 768,600 orang pada tahun sebelumnya.

"Kadar pengangguran pula turut menurun daripada 16,700 orang atau 2.2 peratus pada 2024 kepada 13,800 orang atau 1.7 peratus pada suku ketiga 2025. Ia hasil limpahan peluang pekerjaan melalui pelaburan yang rancak dan pembangunan ekonomi berterusan," katanya. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.