PORT DICKSON, 9 Okt [6.00 pm] - Perkhabaran terbaru di Bagan Pinang membuktikan bahawa puak-puak UMNO dan BN kini semakin ganas untuk mengganyang petugas Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS. Banyak insiden tidak diingini terus berlaku, yang menunjukkan sikap sebenar mereka mutakhir ini. Biarpun tidak mendapat arahan daripada pucuk pimpinan parti, namun anehnya pihak polis dilihat gagal membendung perlakuan "durjana" mereka ini. Polis yang begitu ramai berkampung di Bagan Pinang telah gagal melaksanakan tugas untuk menjaga keselamatan semua pihak. Malah, polis dilihat lebih seronok menjaga kepentingan puak-puak UMNO BN semata-mata. Semalam, banyak laporan diterima tentang kejadian memecahkan cermin tingkap kenderaan milik petugas Pakatan Rakyat. Ini menyebabkan ramai petugas gusar dan takut keselamatan mereka terancam. malah mereka terpaksa mencari tempat yang selamat bagi menggelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Apa sudah jadi dengan Bagan Pinang?. Kemaruk untuk mengekalkan kuasa dan menjaga maruan menyebabkan puak-puak UMNO BN kini semakin berani bertindak diluar batasan demokrasi yang sebenarnya. Sesuatu perlu dilakukan demi keharmonian dan keselamatan petugas Pakatan Rakyat. SPR tidak harus berdiam diri dalam hal ini, jika tidak mereka sekali lagi akan menjadi bahan kutukan rakyat! Oleh itu. SPR wajar bersikap lebih profesional kali ini.[Apa yang berlaku ini, biarpun dinafikan oleh puak-puak UMNO dan BN ternyata ianya melambangkan kerakusan mereka untuk mempertahankan kuasa. Mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk menipu rakyat untuk tujuan tersebut. Oleh itu, harapan kita agar pihak SPR dan polis dapat bersikap adil dan tidak berat sebelah. Biarpun banyak laporan polis telah dibuat, namun hasil dan tindakannya adalah tetap sama. Malah, tiada langsung dilihat perubahan berlaku selepas lapan pilihanraya kecil berakhir. Apakah ini yang dikatakan pilihanraya demokrasi di Malaysia. Jika atas nama UMNO dan BN, segalanya dibiarkan. Sebaliknya, jika ia melibatkan penyokong atau pemimpin Pakatan Rakyat maka pihak polis akan bertindak begitu cepat dan pantas. Ternyata inilah dia petualang rakyat, yang diberikan amanah namun mereka sanggup merosakkan harapan rakyat itu kerana taat kepada ketua sejak sekian lamanya].







MOHON SUMBANGAN UNTUK SAUDARA BARU MELANJUTKAN PELAJARAN DI YAMAN...KETERANGAN LANJUT, KLIK LINK DI BAWAH,
BalasPadamhttp://ibanmuslim.blogspot.com/2009/10/mohon-sumbangan-untuk-saudara-baru.html
sapa tujuk gedebe dulu,kena buku dengan ruas,padang muka
BalasPadaminsaallah confirm pr kalah ,pdo dah mula reka cerita ,untuk di persalahkan,kambing hitam hitam macam hati pdo
BalasPadammakin menjadi pakatan buat cerita termasuk penulis pdo ni... kalau betul naper la tak ada pun report polis... yg ada report dalam pdo ni... hehehe.. tak yahla dok buat fitnah tak habis2... kamu ni tak fikir tentang mati ke wahai pdo
BalasPadamLot tanah laut di Bt 3, Jalan Pantai, Telok Kemang antara Astana Hotel dan Corus Hotel milik syarikat yang dikuasai oleh YB Ismail Taib (Adun Linggi sekarang) Exco Kerajaan Negeri dan Ibrahim Embi
BalasPadamCorus Paradise Resort inilah yang dimaksudkan dengan corus hotel.Tok nak tanya cikit dan minta TP dan rakan-rakan siasat.Corus Paradise Resort adalah tempat penginapan petugas SPR termasuk Timbalan Pengerusinya Wan Ahmad Wan Omar sbelum hari penamaan calon.
ini tok dapat daripada sumber yang sahih.boleh check kat senarai daftar masuk hotel ini ok.ada rakan yang memaklumkan kepada tok.
isunya ialah resort ini adalah resort kroni isa.apakah spr ditaja dan jika tidak ditaja sekalipun ramai yang meragui mengapa mereka memilih untuk menginap di resort ini dan resort ini pula dikatakan dibina atas tanah rizab melayu.
wan ahmad wan omar kena jawab persalan ini dan tidak hairanlah mengapa spr kelihatan memihak kepada BN
Ini semua dakyah, propaganda dan penyebaran fitnah dari orang terdesak. Mereka sengaja menyebarkan berita palsu dan memarakkan lagi api hasutan supaya orang membenci kerajaan. Perbuatan PDO sama seperti penyebaran dakyah komunis dan subversif masa zaman darurat dulu.
BalasPadamPerbuatan menghasut PDO ini mesti dibendung utk mengekalkan keamanan dan mengelakan perbalahan.
PDRM, sila siasat dan kaji apa tindakan sesuai yg perlu diambil keatas mereka-mereka didalm PDO ini. PDO mesti bertanggung jawab diatas perbuatan dan kenyataan mereka.
pas asik tipu.undi nak tapi cakap angota keselamatan semua tak betul.undang-undang ikut sedap cakap dan kehendak sendiri.peyokong pas bukan tahu ilmu agama cuma belagak macam alim tapi hati busuk.
BalasPadambetul...betul..betul... ada penyokong pas ni sembahyang pun idak..yg dia tau dok buat huru hara... ingat parti islam tak yah sembahyang kot.. jgn selindung sebalik parti la... perbetulkan diri dulu
BalasPadam"Lot tanah laut di Bt 3, Jalan Pantai, Telok Kemang antara Astana Hotel dan Corus Hotel milik syarikat yang dikuasai oleh YB Ismail Taib (Adun Linggi sekarang) Exco Kerajaan Negeri dan Ibrahim Embi"
BalasPadamAlo Tok, lu tulis jangan ikut sedap jari.. Tunjuk bukti.. Jangan sesedap rasa nak memfitnah YB Ismail Taib pulak..
SALAH UDIN,NAMA PUN SALAHHUDDIN AYOB ,HANG DAH BANYAK BUAT SALAH, JANGAN DOK SALAH BN ,HANG PA NAK KALAH,PI BUAT KERJA SALAH,DOK TIPU SANA SANI,SALAH UDIN OOIII,SALAH TU
BalasPadamKonform pilihanraya di Bagan Pinang Isa Samad dari UMNO-BN kena bungkus dengan kain kapan oleh tentera dan polis disana.
BalasPadamPuncanya adalah disebabkan....
"sapa tujuk gedebe dulu,kena buku dengan ruas,padang muka"
"Ini semua dakyah, propaganda dan penyebaran fitnah dari orang terdesak UMNO. Mereka sengaja menyebarkan berita palsu dan memarakkan lagi api hasutan supaya orang membenci kerajaan"
heheheh sapa yg terdesak? sapa yg sebar berita palsu?? mana dia org hampa yg ditetak tu??? mana bukti yg hampa bagi kat polis.. ada hampa buat report? ada bukti dari hospital yg budak tu ditetak??? kalau boh gambar yg dituang dngan sos cili tak yah la... citer drama pun org nmpak tak real.... cian hampa no pengarah tak bagus....
BalasPadameh.. putera 'angkat' umNO tu pukul diri sendiri ke???
BalasPadam