script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Analisis Isu: Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang, Kemenangan BN Bukanlah Bermakna Kekalahan Besar Buat PAS Dan Pakatan Rakyat Sebenarnya !

Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang sudah pun berakhir semalam. BN akhirnya menang, menewaskan calon PAS dengan majoriti yang agak besar. Sesuatu yang sudah dijangka sejak dari awal lagi. Pertarungan sudah berakhir di sana, namun perjuangan harus diteruskan. Kekalahan dan kemenangan harus disulami dengan rasa keinsafan yang mendalam. Kudrat dan tenaga yang diberikan akhirnya gagal membuahkan hasil yang diharapkan. Apapun, harus diingat bahawa Bagan Pinang adalah kawasan keramat bagi puak-puak UMNO BN. Ini kerana disitulah jumlah undi pos tertinggi dalam lapan pilihanraya sebelum ini. Oleh itu, kita tidak harus sedih dan menganggap kekalahan ini adalah petanda rakyat sudah mula menolak Pakatan Rakyat. Apakah kemenangan Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang itu, benar-benar bermakna rakyat menerima UMNO dan Barisan Nasional?. Apakah ia bermakna sokongan rakyat terhadap parti karat itu sudah melonjak?. Benarkah parti karat itu kembali diterima oleh rakyat?. Banyak faktor wajar diambilkira, yang menyaksikan kemenangan BN ini sebenarnya. Mereka tidaklah sekuat yang disangka, namun mereka membina kekuatan dengan segala kekuasaan yang ada. Daripada memberi rasuah dalam bentuk kewangan, hinggalah kepada janji-janji peruntukan buat rakyat berbilang kaum. Jika selama ini, puak-puak UMNO BN marah dan mengutuk MB Perak yang sah, Nizar Jamaluddin gara-gara memberikan geran hak milik tanah kepada kaum Cina di negeri itu. Kini ia berlaku di Bagan Pinang, pemimpin UMNO BN silih berganti menabur janji-janji manis kepada rakyat supaya menyokong calon mereka.

Jawapan Isu Tidak Sampai Kepada Rakyat

Banyak faktor sebenarnya yang membawa kepada kemenangan BN dan kekalahan PAS di Bagan Pinang. Sejak dari awal lagi berbagai provokasi melampau telah dilakukan oleh puak-puak UMNO BN bagi mengaburi mata rakyat. Malah, jawapan yang dimahukan oleh rakyat terkadang tidak sampai kepada mereka. Contohnya, seperti kes pukul Ketua Putera UMNO , Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim semasa hari pencalonan diperbesar-besarkan oleh media arus perdana. Ia seolah-olah menunjukkan bahawa PAS itu adalah parti yang ganas dan rakyat wajar menolaknya. Sekali imbas, ia mungkin tidak memberi kesan langsung kepada rakyat. Namun, bagi majoriti pengundi yang buta IT dan bergantung harap kepada laporan media arus perdana semata-mata, maka mereka sudah pasti akan terpengaruh dengan adengan ini. Akhirnya terpahat dalam fikiran mereka bahawa PAS ganas dan sebagainya. Inilah masalahnya yang wajar ditangani dengan segera. Manakala dipihak Pakatan Rakyat pula hanya bergantung harap kepada ceramah dan media baru menerusi internet untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Jika adapun akhbar berkala yang dicetak untuk rakyat, ia mungkin tidak sampai kepada sasaran yang dituju. Akhirnya mereka yang berada di atas pagar memberikan undi kepada BN kerana menyangkan PAS itu adalah parti pengganas. Kelewatan untuk menutup sesuatu isu telah menyebabkan sokongan rakyat berkurangan sebenarnya. Inilah yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Memang kita tahu, setiap kali ceramah Pakatan Rakyat diadakan maka ramai yang hadir untuk mendengar. Ditambah lagi dengan kehadiran pemimpin ulung seperti Anwar Ibrahim, Nik aziz, Hj.Hadi, Lim Kit Siang dan ramai lagi. Namun, segalanya nampaknya gagal untuk diterima oleh majoriti rakyat di Bagan Pinang. Kehadiran orang yang sama dalam setiap kali ceramah, jelas menyebabkan isu sukar untuk diperjelaskan kepada penggundi atas pagar yang bergantung harap kepada media arus perdana. Inilah yang menyebabkan mereka tetap menyokong calon UMNO BN, biar apapun yang terjadi.

Undi Pos Tentera Terus Jadi Talian Hayat BN

Faktor undi pos terus menghantui pemimpin pakatan rakyat dalam setiap kali pilihanraya kecil di negara ini. Undi pos yang dilihat tidak telus dan jelas menyeleweng itu sengaja diperakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kononnya perjalanan undi pos adalah mengikut prosedur dan amalan yang terbaik untuk terus dipraktikkan. SPR tidak mahu langsung mendengar rintihan rakyat yang mahu undi pis itu dihapuskan kerana ia mencemarkan amalan demokrasi berpelembagaan di negara ini. Namun, bagai yang dijangka sememangnya SPR tidak akan bersikap adil dalam hal ini. Menghapuskan undi pos bermakna menjatuhkan maruah UMNO dan BN yang menggajikan mereka. Maka itulah, mahu atau tidak undi pos terus dijadikan "talian hayat" untuk menyaksikan kemenangan mutlak UMNO BN dalam setiap kali pilihanraya kecil diadakan. Namun, biarpun apa yang terjadi SPR tetap akan mempertahankan undi pos. Kepincangan terhadap undi pos ini amat jelas dan tidak boleh lagi diselindungkan seperti kewujudan daftar pemilih yang berbeza, nama bertindih, pesara tentera masih punyai nama undi pos dan banyak lagi. Lantaran itulah, banyak perkara perlu dipertimbangkan jika mahu ia dihapuskan. Namun, apakah SPR akan mengikut kehendak Pakatan Rakyat agaknya?. Kemenangan besar undi pos yang diraih oleh calon BN, Isa Samad di Bagan Pinang semalam jelas sekali membuktikan perkara ini. Anggota tentera takut untuk membuat pilihan yang tepat kerana ada pihak atasan yang akan memantau pergerakan mereka.

Budaya Samseng UMNO Takutkan Pengundi

Faktor budaya samseng puak-puak UMNO juga dilihat memainkan peranan penting dalam menyekat suara rakyat untuk menunaikan hak dan kewajipan sebenar mereka. Ugutan dan tindakan displin, menarik balik peruntukan atau sumbangan, menyekat biasiswa atau tabung pinjaman serta bermacam-macam lagi tindakan. Ini semua menyebabkan rakyat takut jika menolak BN biarpun mereka tahu pencalonan Isa Samad yang terbabit dengan rasuah adalah tidak wajar dan melanggar etika kerajaan 1Malaysia itu sendiri. Namun, dek kerana tekanan dan ugutan yang dibuat oleh pihak-pihak terbabit menerusi jabatan berkaitan menyebabkan mereka terpaksa akur dan terus menyokong BN. Inilah sebenarnya budaya yang telah menular sejak sekian lama. Budaya samseng UMNO tambah bersemarak lagi, bila kehadiran ribuan anggota pemuda "ala komando" yang dilatih khas untuk menggempur Pakatan Rakyat. Ini dibuktikan dengan kejadian menyerang petugas Pakatan Rakyat. Biarpun laporan polis telah dibuat berkenaan kebobrokan mereka itu, namun apakan daya ia dilakukan oleh kerajaan yang membayar gaji anggota polis itu sendiri. Akhirnya ia dipendamkan begitu sahaja biarpun berlaku kecederaan yang agak serius sebenarnya. Episod "gempur pemuda" yang dilakukan oleh UMNO BN ternyata berjaya menakut-nakutkan rakyat yang tidak berdosa. Malah mereka juga gusar nyawa keluarga sendiri terancam jika tidak mengundi calon BN. Mereka tahu, bahawa pada kertas undi terdapat nombor siri yang boleh memudahkan kerajaan membuat siasatan dan pemantauan terhadap pilihan yang dibuat oleh mereka nanti. Akhirnya, mahu atau tidak terpaksalah mereka memilih UMNO dan BN sebagai jalan selamat.

Media Pengampu Terus Sebarkan Dakyah

Media pengampu seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM dan sebagainya terus melakukan agenda untuk meracun dan merosakkan fikiran rakyat. Dakyah jahat terus dipaparkan bagi membuktikan kononnya hanya kerajaan UMNO dan BN sahaja yang layak mentadbir negara ini dan bukannya Pakatan Rakyat seperti yang diwar-warkan. Mereka memutar belitkan fakta dan memesongkan segala kenyataan yang dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Hasilnya, rakyat yang menjadikan media pengampu ini sebagai penyalur berita akhirnya pasti akan menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Keghairahan media pengampu dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ini jelas sekali dapat dilihat. Malah, media pengampu juga turut disokong oleh saluran astro Awani yang selama ini kita ketahui bersikap neutral dan telus. Ini semua adalah hasil arahan dan kekangan daripada pihak kerajaan jika mereka maju lesen tidak ditarik balik. Seperti biasa media pengampu akan memaparkan aktiviti kebajikan dan sumbangan amal yang diberikan oleh para pemimpin UMNO BN kepada rakyat setempat. Langkah ini bertujuan untuk membuktikan bahawa UMNO BN membela nasib rakyat. Sedangkan ia berlaku tatkala musim pilihanraya semata-mata dan bukannya dalam keadaan biasa. Akhirnya rakyat terus ditipu dan dipermainkan, tambahan pula bagi mereka yang tidak langsung tahu akan kewujudan media alternatif sebagai sumber maklumat. Inilah yang menjadi penyebab, para pengundi terutamanya di saluran 1 majoritinya memilih Isa Samad. Beliau lebih dikenali mereka dan banyak menyumbangkan jasa kepada rakyat Negeri Sembilan. Biar apa pun yang berlaku, golongan veteran saluran satu yang tidak mendapat sumber maklumat yang betul pasti akan mengundi calon BN. Lantaran itulah kita tidak hairan BN menang dikesemua peti undi.

Janji Pembangunan Dan Projek Mee Segera

Seperti biasa, setiap kali menjelang pilihanraya sudah pasti puak-puak UMNO dan BN akan melakukan kerja yang sama. Tidak pernah merasa insaf atau bersalah, mereka tetap menawarkan berbagai projek untuk rakyat. Semua ini jelas sekali melanggar akta pilihanraya itu sendiri sebenarnya. Namun, seperti biasa bila BN semua boleh sahaja dilakukan. Akhirnya SPR membiarkan segalanya terjadi didepan mata, sedangkan ia jelas satu rasuah dan kemenangann pihak terbabit perlu dibatalkan. SPR sepatutnya tidak perlu meminta apa-apa bukti lagi, kerana semuanya sudah ada didepan mata. Di Bagan Pinang, seperti biasa perkara ini terus berlaku. Port Dickson mahu dijadikan "bandar tentera darat", kemudian tawaran dijanjikan untuk rakyat di Bagan Pinang. Sedangkan kawasan Port Dickson itu sendiri jelas sekali terpinggir sejak sekian lama. Banguna-bangunan tersadai dan projek terbengkalai terus dilihat mewarnai pantai peranginan terkenal itu. Menjadikan Port Dickson sebagai bandar tentera merupakan langkah terdesak BN untuk memancing undi anggota tentera di situ sebenarnya. Bukankah itu adalah rasuah dan penyelewengan?. Masalahnya, kenapa SPR tidak menganggap semua ini bertentangan dengan undang-undang pilihanraya itu sendiri. Inilah dia igauan buruk yang paling besar menghantui Pakatan Rakyat sebenarnya. Sikap "bias" SPR memang sudah tidak perlu disembunyikan lagi. Mereka membenar apa jua kesalahan pilihanraya yang dilakukan oleh BN. Sebaliknya, mereka akan mengambil langkah drastik untuk menghalang segalanya.

[Sebenarnya banyak lagi faktor yang menjurus ke arah kemenangan BN di Bagan Pinang. Segalanya jelas merupakan satu penipuan, penyelewengan, rasuah, korupsi, penindasan dan berbagai lagi. Apapun, tahniah kita ucapkan kepada BN terutamanya Isa Samad kerana berjaya mengekalkan kerusi itu. Namun, harus diingat kemenangan BN bakal menjerat leher MB Negeri Sembilan, Mat Hassan sendiri. Masakan bekas MB yang sudah 22 tahun memerintah sanggup menjadi kadam UMNO semata-mata. Oleh itu, kemenangan Isa dijangka akan menghuru-harakan UMNO Negeri Sembilan selepas ini. Buat Pakatan Rakyat terutamanya PAS, teruskan perjuangan dan lakukan yang terbaik untuk kejayaan lebih besar dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Perubahan harus terus dilakukan mulai sekarang!].

Share:

11 ulasan:

  1. BILA KITA MENANG APASAL TAKDA KOMEN LIAR BEGINI

    PELLLLLLLLIIIIIIIIIIIIKKKKKKKKKKKKKKK

    BalasPadam
  2. tak besar satu kemenangan yang besar,sapu 18 daearah mengundi ,semua,saluran pengudi sapu bersih,anak muda ,belia,warga dewasa,warga emas ,melayu,cina,india ,swing habis ,pr tergolek DOG,DAN TERKEJUT BEROK

    BalasPadam
  3. Salam, PDO dan yang seangkatan dengannya, tahniah kerana anda menerima kekalahan dengan hati terbuka walaupu ada juga rungutan dan rasa tidak berpuashati..buatlah post mortem secara jujur jangan bersifat prasangka ajer..

    Aspek kecenderungan pengundi antara satu tempat dengan tempat dan kawasan tidak sama,walaupun isu yang diutarakan adalah sama.rakyat yang bijak hanya akan mengundi parti yang dapat memberikan mereka faedah. Justeru itu , isu-isu yang dimainkan pembangkang hanya memburukkan parti lawan sahaja sudah tidak relevan sebaliknya pengundi mahu sesuatu yang nyata. kegagalan PR dalam menerajuinya negeri yang dikuasai tidak membantu kepada keyakinan pengundi supaya terus menyokong.

    Faktor calon yang sememangnya mesra pengundi tidak boleh dinafikan walaupun pernah dikenakan tindakan disiplin parti disebabkan melanggar etika semasa pemilihan, isu tersebut tidak langsung mempengaruhi pengundi kerana pada pengundi calon telah menerima hukuman dan terus menaburkan bakti walaupun tanpa jawatan dan kuasa. Ketrampilan Najib dengan gagasan 1 Malaysia telah menarik semua kaum terus menyokong BN. Rakyat sebenarnya tidak berminat dengancara PR menerajui isu melalui demonstrasi jalanan.

    Nasihat saya jangan selalu mencari sebab jika tewas, usah pertikaikan undi pos kerana terdapat lebih 600 undi telah memberikan undi kepada calon Pas, jadi kalau anggapan bahawa mereka ditekan adalah tidak munasabah, yang pasti mereka adalah kakitangan kerajaan yang setia menyokong kerajaan. Tunjuklah kepada mereka bahawa PR sememangnya sepakat sebagai sebuah PAKATAN RAKYAT, justeru itu lancarkanlah satu manifesto bersama yang meliputi kehendak semua kaum dan agama. Gaya berkempen dengan manifesto yang berlainan ketika berhadapan dengan pengundi yang terdidi dari kaum tertentu sudah berakhir. .. Hidup Pakatan Rakyat,,,

    BalasPadam
  4. PAS boleh menang DUN BAGAN PINANG jika-

    1. Menghentikan ceramah menghina dan mengutuk lawan tetapi fokus kepada manifesto.

    2.PAS kalah kerana membawa sekali Anwar beraim ke kempen yang terkenal di kalangan orang negeri-Anu War 'takdo tolo' kerana x berani jawab tuduhan Kalanaruppan.

    3.PAS silap kerana membawa mangkuk-mangkuk dari Kelantan yang cukup kurang ajar membelasah penduduk tempatan bahkan membuat provokasi di Teluk Kemang dan beberapa tempat lain.

    4. PAS silap apabila banyak kali terkantoi apabila tuduhan dan hujah kena muka sendiri contohnya kerjasama dengan bukan Islam, rasuah dan samseng.

    5. Faktor seperti arak, kuil dan Selcat di Selangor, babi di Kedah, anak luar nikah Beng Hock, kebaculan Ronnie Liu tidak, kes bogel eli,kes 60 juta dan 3 billion Anuwat, rasuah pemuda PAS Perak tidak ditangani dengan sewajarnya.

    6. kesilapan besar Nasruddin Tantawi mengumukan jihad terhadap UMNO, menyemarakkan provokasi anak muda PAS mengakibatkan sebahagian Pemuda UMNO dan BN berang lalu menyusahkan rakyat di Bagan Pinang.

    untuk berpolitik di negeri sembilan, anda harus kenal adat.

    Adat orang bertandang mestilah memberi salam, hulur tangan dan senyum.

    Adat PAS bertandang, setup base, ceramah maki hamun, menipu, samseng, buat sampah, mengotorkan masjid.

    Sape boleh tahan??? pikir-pikir kan

    BalasPadam
  5. moga pakatan akan sedar la... menggunakan pendekatan maki hamun, samseng, bohong, fitnah dan provokasi tu tak disukai oleh rakyat MALAYSIA. kita ada budi bahasa.. ada adat budaya yg lemah lembut. apa yg dibuat pakatan itu seperti yg dibuat dinegara indon, dan negara2 di sebelah sana nu.... itu semua tak disukai oleh rakyat yg ada akal fikiran yg sihat... cuma geng pakatan aje yg tak punya akal fikiran yg sihat... jadi.. fikir-fikirkan la....

    BalasPadam
  6. TAHNIAH UMNO KERANA MENANG BESAR UMPAMA KEMENANGAN MENUJU SYURGA.

    TAHNIAH BERGANDA DIUCAPKAN DARI SAYA AL-TANTUYA SHARIBU KEPADA ABANG NAJIB YG SAYA KASIHI MENANG BESAR WALAUPUN SAYA TIADA LAGI DIDUNIA INI NAMUN SAYA DAPAT SAKSIKAN ABG NAJIB BERMAHARAJALELA MENONGKAH ARUS

    AYANG TANTUYA AKAN TETAP MENUNGGU ABG NAJIB DINERAKA INI SELAMANYA ABG KERANA AYANG MASIH MENCINTAI ABG SEADANYA.TKPELAH ABG TERPAKSA MENGEBOM JASAD AYANG HINGGA LUMAT AYANG AMPUNKAN DOSA ABG TU ASALKAN KITA KELAK DAPAT BERSAMA BERENANG ASMARA DALAM NERAKA INDAH INI ABG.

    AYANG TANTUYA SETIA MENUNGGU KEMATIAN ABG AGAR KITA DAPAT BERSAMA SEIA SEKATA MEMACU ASMARA DI ALAM INI....ABG NAJIB TUNYA AMAT MERINDUI ABG....PULANGLAH PULANGLAH ABG

    BalasPadam
  7. apa kena mengena dengan atantuya,pada dsai kamu semua kata itu fitnah ,walau pun dah ada kes di mahkamah ,tapi kes atantuya ,tak tahu unjung pakal ,betul ke ,tak pun di bawa ke mahkamah,tapi malaoon ,malaoon terus percaya,tapi kes liwat,dah di bawa kemahkamah,adalh fitnah,fikir2lah

    BalasPadam
  8. tahniah orang2 hamPAS dan PKR yang kalah di bagan pinang....tahniah diatas gerak kerja yang tidak dihargai oleh orang2 bagan pinang...anda semua seolah0olah berkempen untuk BN rupanye..terima kasih diucapkan....

    BalasPadam
  9. Satu ketika dulu di PDO ada orang menulis mengenai 14 sebab kenapa BN mesti kalah. Apabila ada orang bantah hujah dia, ramai yg marah. Kita perlu berpijak di bumi nyata. Sekarang pun jika Pas masih seperti sekarang, lebih ramai penyokong lamanya akan berundur. JIka Umno silap tak semestinya Pas betul!

    BalasPadam
  10. nick ajis,menghina orang BAGAN PINANG,DIO KATA PAS KALAH KERANA ORANG MELAYU NS TAK PAHAM ISLAM,DIA SORANG KE PAHAM ISLAM

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.