Pengakuan ini dibuat oleh Kapten Majer (B) Abu Bin Kassim dihadapan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Berikut adalah sedutan pertemuan kami dengan SPR. Pada hari isnin 28hb September 2009 pimpinan PAS yang diketui oleh YB. Dato Abdul Halim Bin Abd Rahman telah berjumpa dengan SPR. Wakil PAS adalah YB. Salahuddin Ayub, Sdr. Kamaruzaman, YB Firdaus, Suhaizan Kayat dan ramai lagi. Pihak SPR pula dibarisi oleh Pengerusinya Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi Dato Wan Ahmad Wan Omar dan lain-lain lagi. Berikut adalah sedutan ucapan saya dalam pertemuan tersebut. Ikuti pendedahan Suhaizan Kayat tentang apa yang berlaku semasa pertemuan tertutup mereka dengan pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) itu. Dari sini, maka kita sudah boleh menjangka bahawa apakah tugas SPR sebenarnya. Mereka bukan mahu memperbetulkan keadaan, namun cuba untuk mengeruhkan keadaan serta memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia sebenarnya.Suhaizan Kayat : Selepas Komanden menerima Karung Khas SPR yang di dalamnya terdapat Sampul-sampul Keutamaan dan selepas Proses Penyerahan pada hari pertama bagi menunggu Proses Penyerahan untuk hari yang kedua Karung Khas SPR akan disimpan dalam Gurd Post tentera atau lokup polis atau bilik kebal SPR. Pihak EPP(Ejen Pengundian Pos) tidak dibenarkan berkawal kerana kedua-duanya adalah kawasan larangan untuk orang awam. Keadaan ini mencurigakan. Terdedah kepada sabotaj daripada pihak-pihak tertentu. Kes Al-Maunah dan suspek lari daripada lokup di Kota Tinggi tahun 2008 merupakan bukti-bukti yang balai polis dan Kem Tentera tiada jaminan Karung Khas SPR selamat.
Suhaizan : Maaf Pengerusi saya minta bekas anggota tentera Pak Abu Kassim berpangkat Kapten Majer(B) yang turut sama datang beritahu kita bagaimana dia handle Karung Khas SPR semasa bertugas.
Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Saya ni bekas anggota tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas-kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan.
Tan Sri Aziz : Kenapa tak pangkah bulan ?Pak Abu Kassim : Saya pangkahkan bulan juga tapi saya rosakan borang 2. Saya takut masa tu tuan sebab pegawai saya duduk belakang saya. Saya patuh ajalah arahan dia.
Tan Sri Aziz : Bila tu Pak Abu?Pak Abu Kassim : Masa saya bertugas sebelum tahun 2000.
Tan Sri Aziz : Itu cerita lama. Sekarang era saya tak akan berlaku lagi.
Suhaizan Kaiat : Lama memang lama. Tapi sistem tetap sama tuan.
Tan Sri Aziz : Sekarang tidak akan berlaku lagi.
Suhaizan : Saya minta EPP (Ejen Pengundian Pos) dibenarkan mengawal 24 jam tuan.
Wan Omar : Perkara tersebut tidak ada dalam undang-undang. Nanti SPR kena pertisen pulak. Kawalan ini telah dibuat oleh pihak tentera dan polis. Mengapa kita curiga?
Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Masa saya jaga kawalan selepas saya berhenti tentera. Tahun 2000. Masa Roslan Kassim lawan Sothinathan. Tan Sri Isa Samad mahu masuk dalam kawasan Majlis Daerah Port Dickson. Saya yang halang tuan.
Dato’ Wan Omar : Saya pun tak pasti Pak Abu ni. Saya banyak terima aduan macam ni. Saya pun tak pasti. Pak Abu begitu lancar sekali. Tan Sri Isa masuk tu tak de bukti. Lagi pun pihak lagi satu(UMNO) pun tidak ada disini untuk mempertahankannya.
YB. Dr Maria : Bukan kita tidak percaya dengan polis dan tentera Tan Sri Pengerusi tetapi kejadian-kejadian yang telah berlaku sebelum ini telah membuktikan bahawa manipulasi tersebut berlaku. Kita kena kawal semua ini Tan Sri.Pertemuan ini bermula jam 11.30 pagi dan berakhir jam 2 petang. Banyak perkara yang dibincangkan. Tetapi tiada suatu pun komitmen SPR untuk berubah dalam pilihanraya Bagan Pinang ini. SPR nampak baik aja. Tetapi sebenarnya SPR menyimpan pekung yang sangat besar dalam pengurusan UNDI POS. Suhaizan Bin Kayat
[Pendedahan yang dibuat ini adalah antara bukti jelas bahawa undi pos memang diragui statusnya. Apatah lagi dengan tindakan SPR yang tidak benarkan wakil calon Pakatan Rakyat untuk masuk dan melihat proses kiraan undi dijalankan. Memang benar, ada yang mengatakan ketika Roslan Kassim bertanding atas tiket PKR dulu pembangkang telah mendapat undi yang agak membanggakan di kawasan Kem Tentera. Namun ketika itu Tsunami Politik masih belum melanda, maka tindakan mereka sudah pastu tidak drastik seperti ini. Namun, kini keadaannya berbeza. Kini BN tewas 7-1 termasuk kehilangan kerusi parlimen Kuala Terengganu. Maka itulah, rakyat yakin strategi jahat akan digunakan kembali untuk mereka mempertahankan maruah mereka di pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang].







PDO tunggu apa lagi, lapurkan segera pada pihak berkuasa. Kalau pihak berkuasa dinegara ini tak jalan, lapurkan saja ke PBB, Komenwel, dll supaya penipuan ini diberi perhatian dan disiasat sepatutnya...
BalasPadamLapur jangan tak lapur..PDO saya cabar awak kalau awak benar-benar seorang pejuang utk kebenaran!!! Juga kalau awak punyai telur yg telah masak ranum, sila bertindak sekarang!!!
jgn la dok buat citer aje...teruslah bertindak.. jika dah ada bukti nak takut apa en... ha lapurla kat obama pun boleh la..kalau idak kat yahudi pun tak pa... lapur jgn tak lapur
BalasPadamUMNO adalah pawang hantu.Salah satu hantu peliharaan UMNO ialah namanya SPR.
BalasPadamPada hari mengundi nanti hantu bangkit dari kubur akan mengundi.
Jika depa menang hantu pelesit pulak akan datang menghisap darah rakyat Malaysia.
ANAKPAHANG PI LAH PINDAH KAT NEGERI PR ,PAHANG TAK PERNAK JATUH KAT TANGAN PR,INSYAALAH BN ,TETAP MERINTAH ,SULTAN PAHANG PUN DAH TITAH SURUH SOKONG BN ,HANG DAH DERHAKA ,BELAH JER DARI BUMI PAHANG
BalasPadam