script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Azmin Bakal Lepas Jawatan Pengerusi PKR Sabah

KOTA KINABALU, 23 Okt [11.35 am] - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali (foto), dijangka melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi PKR Sabah hujung minggu ini ekoran desakan sesetengah pemimpin di negeri tersebut. Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bakal mengumumkan pemimpin baru apabila mempengerusikan mesyuarat tertinggi Majlis Tertinggi parti pada Ahad ini. Azmin mendedahkan keputusan itu hari ini selepas bermesyuarat dengan semua 25 ketua bahagian PKR Sabah termasuk Naib Presiden Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Bagaimanapun, beliau menafikan keputusan tersebut diambil ekoran desakan 18 daripada 25 pemimpin bahagian yang didakwa menyokong hasrat Dr Jeffrey meletakkan pemimpin Sabah sendiri untuk menerajui PKR Sabah. "Tidak terdapat sebarang memorandum. Tiada kebenaran dalam laporan itu. Itu bukan merupakan isu," kata Azmin kepada pemberita selepas mesyuarat itu. Azmin menjelaskan pelantikannya sebagai Pengerusi PKR Sabah adalah bersifat sementara dan bertujuan untuk memperkukuhkan parti.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Gombak itu berkata, lantikan beliau sebagai Pengerusi PKR Sabah adalah bersifat sementara untuk tempoh tiga hingga enam bulan bagi membantu memperkukuhkan parti. "Biro Politik lantik saya untuk bantu ahli di Sabah, malah dalam pertemuan pertama saya tiga bulan lalu dengan pemimpin Sabah juga saya sudah jelaskan bahawa lantikan saya hanya untuk sementara. "Masa yang diberikan untuk saya lebih kurang tiga hingga enam bulan, tapi kalau pencapaiannya baik, kedudukan PKR di Sabah makin mantap tempoh itu akan dikurangkan. "Saya sendiri katakan bahawa parti akan melantik pemimpin tempatan sebagai ganti saya nanti, tapi tugas saya pada ketika ini untuk kuatkan parti dahulu," katanya. Menurut Azmin, pemimpin PKR Sabah telah membuktikan mereka bertenaga untuk memimpin parti di sini dan Presiden akan menentukan Pengerusi PKR Sabah berikutnya. "Para pemimpin Sabah telah mengemukakan pandangan masing-masing dan akan menerima keputusan Presiden," katanya. Tambah Azmin, perubahan pucuk pimpinan itu bukan sahaja terhad di Sabah semata-mata bahkan ahli-ahli jawatankuasa penyelaras negeri di Semenanjung Malaysia. Azmin berkata para pemimpin PKR Sabah telah dilarang mengeluarkan kenyataan media dan dinasihatkan meluahkan pandangan mereka dalam parti sahaja. Sementara itu, Dr Jeffrey berkata pelantikan sebarang pemimpin PKR Sabah adalah budi bicara Presiden parti

Share:

3 ulasan:

  1. hoi azmin orang takse tak sudi tak malu ke belah jer le

    BalasPadam
  2. geramnya aku tengok muka cute azmin ali nie..patut pun dato seri sayang bangat sama dia..muka marah pun masih macho..alahai,bertuahnya dato seri

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.