SHAH ALAM, 1 Okt - Pemilik DNA lelaki misteri yang dikesan pada tali pinggang dan blazer Teoh Beng Hock (foto), akan diketahui esok berikutan adanya penemuan terbaru ahli kimia. Peguam Tan Hock Chuan yang mewakili Kerajaan Malaysia memaklumkan perkara tersebut dalam inkues kematian setiausaha politik itu di Mahkamah Koroner di sini hari ini. Beliau turut memberitahu bahawa ahli kimia, Dr Seah Lay Hong, akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berkaitan perkara itu. Katanya, seorang lagi ahli kimia akan dipanggil untuk memberi pandangan terhadap hasil siasatan Dr Seah itu dan beliau juga akan dipanggil memberi keterangan bagi melengkapkan hasil siasatan. Laporan terbaru ini adalah hasil siasatan kali ketiga Dr Seah berkaitan perkara sama yang mana hasil sisatan sebelum ini gagal menemui lelaki misteri yang ada kesan DNA pada kedua-dua tempat itu.[Nampaknya ramailah dikalangan pegawai SPRM Selangor kini bagai "cacing kepanasan" sekiranya bukti DNA ini didedahkan kelak. Ianya akan merungkai satu persoalan yang dukup membingungkan kita selama ini. Namun, apakah bukti DNA itu nanti akan menjadi seperti "lembaga misteri" yang membunuh Noritta Shamsuddin dulu. Hingga kini ia masih gagal dijejaki dan menjadi tandatanya. Jika melihat kepada senario hari ini, kemungkinan besar kes yang sama juga pasti akan berlaku kepada Teoh Beng Hock. Apapun kita tunggu pengumuman rasmi yang akan dibuat pada hari esok].






Rasa macam boleh agak jawapannya seperti kes yang lepas-lepas. kalau tak percaya tunggu esok
BalasPadamJawapannya dan keputusan dah siap TBH sah bunuh diri tiada kesalahan pihak SPRM dan kerajaan malaysial yg maha adil lagi celaka
BalasPadam