script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber

PAS Tidak Bimbang Dengan Perubahan UMNO

ALOR SETAR, 17 Okt
[12.45 pm] - Pas tidak bimbang dengan kesungguhan Umno untuk menawan semula negeri-negeri yang ditadbir pakatan pembangkang kerana menganggap amalan sistem demokrasi membenarkan perkara seumpama itu berlaku. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar (foto), bagaimanapun berkata usaha menawan semula negeri berkenaan haruslah mengikut lunas demokrasi. "Kita langsung tidak bimbang dengan ikrar Umno pada perhimpunan parti itu baru-baru ini kerana ia adalah perkara biasa dalam amalan demokrasi tetapi Umno harus melakukannya dalam pilihan raya umum akan datang dan bukannya seperti mana yang berlaku di Perak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Katanya, Pas tidak menganggap mereka tergugat walaupun pemimpin Umno kini semakin serius melakukan perubahan termasuk membuat pindaan beberapa fasal perlembagaan parti. Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan dasar perhimpunan agung parti itu berkata, Umno harus berubah untuk membolehkan parti itu mendapat sokongan rakyat dan menawan semula negeri yang ditadbir pembangkang.

PAS Cadang Kelab Penyokong Jadi Sayap Parti


KUALA TERENGGANU, 17 Okt
[11.32 am] - Pas bercadang menjadikan kelab penyokong parti itu yang disertai bukan Islam sebagai salah satu sayap parti untuk memantapkan lagi parti itu. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata sokongan dari kalangan bukan Islam terhadap parti itu dilihat semakin meningkat dan ia dibuktikan dengan kesungguhan mereka dalam membantu jentera parti dalam menghadapi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. "Kita telah berjaya memecahkan tembok yang memisahkan kita dengan orang bukan Islam, kita bukan sahaja telah sampai satu tahap mengadakan kerjasama dengan parti bukan Islam, tetapi juga individu bukan Islam," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan Pas negeri Terengganu ke 13 di Markaz Tarbiyah PAS, Kubang Lembik, Manir dekat sini hari ini. Majlis turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Harun Taib dan Setiausaha PAS Pusat Datuk Mustafa Ali.
Share:

3 ulasan:

  1. pas tak takut dengan perubahan umno ,hanya kecut ajer,selepas kekalahan teramat teruk di BANGAN PINANG

    BalasPadam
  2. hanya 20,000 KAPIAQ JER, YANG MASUK KELAB PENYOKONG PAS,DI BAHAGI DENGAN 13 NEGRI,SETIAP NEGRI HANYA ADA PENYOKONG SERAMAI 1,500 AJER ,KALAU DI BAHAGI PADA DAERAH ,CONTOH NYA SELANGOR YANG ADA 9 DAERAH,SETIAP DAERAH HANYA ADA ,170 KAPIAQ YANG MENYOKONG,GIMIK YANG GAH AJER HADI OOIIII,REALITY NYA KARTUN

    BalasPadam
  3. http://parlimenlipis.blogspot.com/

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.