KUALA LUMPUR, 13 Okt [3.25 pm] - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) menetapkan 22 Oktober untuk keputusannya berhubung permohonan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo (foto), untuk menarik balik arahan penggantungannya selama setahun yang dikenakan oleh Speaker Dewan Rakyat, pada Mac tahun ini. Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Ariff Md Yusof memaklumkan peguam Gobind, Karpal Singh dan Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi untuk memfailkan hujahan bertulis mengenai Seksyen 32 dan 33 Akta Dewan Rakyat (Hak Istimewa) 1952. Mohd Ariff berkata mahkamah memerlukan penjelasan berhubung isu pengiraan semula sama ada seorang Ahli Parlimen yang digantung boleh dilucutkan elaun dan faedahnya. "Saya perlu kedua-dua pihak untuk memfailkan hujahan bertulis masing-masing Jumaat ini walaupun saya sedar Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk memecat anggotanya," katanya. Mohd Ariff juga mahu mereka memasukkan dalam hujahan bertulis mengenai kedudukan undang-undang lazim dalam isu ini. Pada 23 April, Gobind memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon satu pengisytiharan bahawa penggantungannya sebagai Ahli Parlimen adalah batal dan tidak sah dan dalam samannya, beliau mendakwa bahawa penggantungan selama setahun, berkuatkuasa 16 Mac, bertentangan dengan Artikel 8 (1) Perlembagaan Persekutuan. Beliau menamakan Speaker Dewan Rakyat, Mohamed Nazri, Setiausaha Dewan Rakyat dan kerajaan sebagai defendan. Gobind memohon untuk mengisytihar bahawa surat bertarikh 18 Mac dan ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah, yang menggantung beliau sebagai Ahli Parlimen dan menarik semua elaun dan faedah sebagai Ahli Parlimen, adalah batal dan tidak sah kerana ia tidak boleh dikuatkuasakan di sini undang-undang. Gobind, 36, juga mahu satu pengisytiharan bahawa beliau berhak kepada elaun dan kemudahan mengikut Artikel 64 dan bahawa prosiding dan keputusan Dewan Rakyat adalah tidak kebal untuk diadili di mahkamah
KUALA LUMPUR, 13 Okt [11.45 am] - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 11 Februari tahun depan bagi pengurusan kes saman RM2 juta terhadap penulis blog, Raja Petra Kamarudin (foto), yang difailkan dua pegawai kanan tentera berhubung akuan bersumpahnya yang mengaitkan mereka dalam pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Timbalan Pendaftar Norhatini Abdul Hamid menetapkan tarikh itu di dalam kamar hari ini. Dalam saman yang difailkan pada 22 Julai, tahun lalu, Lt Kol Abdul Aziz Buyong dan isterinya, Lt Kol Norhayati Hassan, mendakwa Raja Petra membuat perisytiharan yang mengandungi tuduhan terhadap mereka dan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kes bunuh itu, dengan niat jahat untuk mencemarkan maruah, kredibiliti, nama baik dan kerjaya mereka. Pasangan itu, masing-masing memohon ganti rugi RM1 juta, serta ganti rugi teladan dan injunksi untuk menghalang Raja Petra atau pekerjanya daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu. Raja Petra, 59, yang mengendalikan blog Malaysia-Today, membuat akuan bersumpah itu pada 18 Jun tahun lepas dan memuatkannya dalam blognya dan laman web lain semasa perbicaraan kes bunuh Altantuya sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Raja Petra, berkata perkataan dan isu yang dirujuk dalam akuan bersumpah itu membabitlam komen yang adil berhubung perkara kepentingan awam "Akuan bersumpah itu bagi menggesa semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu supaya tampil mendedahkan kebenaran supaya polis dapat menjalankan penyiasatan sewajarnya terhadap kes bunuh Altantuya," katanya dalam kenyataan pembelaannya itu







pelik bin ajaib, ke mana agaknya RP ni menghilang, tak dia tk rindukan bini dia, mungkin dia dah tukar identiti dengan rambut panjang, jambang dan janggut macam sadam hussin dulu tu.. mungkin juga dia tinggal kat ruang bawah tanah rumah dia,atau masuk hutan berhampiran , maklumlah bekas komando entahlah, pepatah melayu ada sebut sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga.
BalasPadammari sama2 kita tunggu dah lihat.