script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media


Presiden MCA, Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek kini sudah tidak sealiran lagi

Ong Tee Keat Tewas, MCA Kini Berpecah Dua

KUALA LUMPUR, 10 Okt [5.45 pm] - Presiden MCA Ong Tee Keat terpaksa akur dengan keputusan yang tidak menyebelahinya pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA hari ini. Keputusan menyaksikan 1,155 daripada 2,307 perwakilan menyokong undi tidak percaya terhadap kepimpinannya sebagai presiden parti. Manakala Soi Lek diterima semula menganggotai parti itu apabila seramai 1,204 perwakilan membantah keputusan Majlis Presiden memecat atau menggantung bekas timbalan presiden itu berbanding 1,095 undi yang menyokong keputusan yang dibuat 26 Ogos lalu. Namun Chua Soi Lek gagal mendapat sokongan perwakilan untuk dilantik semula sebagai timbalan presiden apabila hanya mendapat 1,110 undian sahaja, berbanding 1,184 yang menolaknya. Keputusan ini diumumkan oleh Speaker Datuk Yik Phooi Hoong pada kira-kira 4.25 petang tadi. Sebelum itu, keadaan tegang apabila kiraan semula dibuat untuk undian bagi usul tidak percaya kepada Tee Keat kerana majoritinya hanya 20 undi atau 1 peratus. Yip memberitahu para perwakilan, sekiranya jumlah undi sama banyak, mengikut perlembagaan parti, beliau akan mengundi bagi menentukan pemenangnya. Beliau kemudiannya meminta perwakilan menunggu dan kedengaran bunyi laungan 'boo' dari para hadiran. Seramai 2,307 perwakilan MCA mengundi dalam EGM hari ini untuk menentukan nasib dan masa depan politik Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan Soi Lek. EGM bermula pada kira-kira jam 10.30 pagi tadi

SPR Jangka Lebih 80% Keluar Mengundi Esok

PORT DICKSON, 10 Okt [3.00 pm] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, esok tidak kurang daripada 80 peratus. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata ia berikutan pilihn raya kecil itu diadakan pada hari cuti sekolahdan hujung minggu, seterusnya menggalakkan orang ramai keluar mengundi. "Orang ramai atau pengundi tidak perlu takut atau runsing untuk keluar mengundi kerana polis akan mengawal keselamatan. "Sekiranya pengundi kurang pasti terhadap keselamatan mereka, dinasihatkan menghubungi polis atau SPR," kataya ketika dihubungi, sebentar tadi. Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, Abdul Aziz berkata, penyokong dinasihatkan tidak berada di kawasan mengundi atau sekitarnya. Beliau memberi jaminan keutamaan diberi kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya itu.

UMNO Mahu Bersih Senarai Nama Ahlinya


PUTRAJAYA, 10 Okt [2.32 pm] - UMNO akan mengambil langkah untuk membersihkan senarai keahlian parti dan memastikannya sentiasa dikemas kini sebagai sebahagian usaha untuk menarik lebih banyak golongan muda dan profesional menyertai parti, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal (foto). Bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis konvokesyen keenam Universiti Kuala Lumpur di sini hari ini, Shafie berkata beliau sedang dalam proses merumuskan kaedah dan pendekatannya dan akan mengemukakan Majlis Tertinggi Umno. "Saya sudah memanggil beberapa mesyuarat dan kami masih belum memuktamadkan sesetengah langkah itu. Kami merancang memperkukuhkan (parti) ke peringkat yang dapat meraih lebih sokongan daripada generasi muda dan profesional daripada sektor lain dan industri. "Mereka ini kumpulan sasaran kami...saya pasti kami mampu meningkatkan jumlah (keanggotaan), dan apa yang penting ialah kualitinya berbanding kuantiti. Kami akan membersihkan (senarai) secepat mungkin, mungkin dalam tempoh kurang setahun dan saya akan umumkan senarai yang telah dikemas kini bila tiba masanya," katanya.

Share:

6 ulasan:

  1. tidak mca tidak ,berpecah.mana2 parti pun mesti ujud dua pihak,yang jelas perwakil mca sudah buat keputusan yang bijak,lebih bijak daripada kita orang melayu,mereka tolak kedua2 pemimpin yang bertelenkah,selepas ini ,mereka harus cari orang baru,yang bolih diterima olih dua pihak itu

    BalasPadam
  2. Betul, betul, cakap benar, cakap hang memang benar..

    Formula "pihak ketiga" telah diguna pakai sebelum ini dan ia nyata berkesan serta telah menyelamatkan MCA. Kes-kes dulu spt Liong Sik vs. Lim Ah Lek, dll sebelum ini telah menggunakan formula tersebut dgn jayanya.

    So PDO harapan hang utk melihat MCA hancur mungkin tidak akan kesampaian..

    BalasPadam
  3. Saya langsung tidak terkejut jika separuh dari ahli Umno dianggap tidak layak menggangotai pertubuhan itu kerana tidak menjelaskan yuran tahunan, seterusnya ahli yang tidak aktif samada telah bertukar kem, ahli atas pagar (nak keluar takut dikenakan pemulauan pelbagai jenis bantuan, ahli yang dah berpindah kerja ditempat lain dan akhirnya ahli yang dah lama meninggal dunia.

    Saya pasti Umno tak berani nak nyatakan jumlah ahli mereka yang sebenarnya (iaitu ahli yang bayar duit yuran set setahun tu)dan ahli yang benar-benar sokong matlamat perjuangan pertubuhan politik itu..

    BalasPadam
  4. AhliUMNOtakpernahbayaryuranAhad, Oktober 11, 2009 4:35:00 PTG

    Wa tak mau tengok MCA berpecah la, wa cuma mau tengok BN berpecah.

    BalasPadam
  5. yang pecah terburai adalah pr di bagan pinang,mabuk pinang di terajang olih isa

    BalasPadam
  6. TAK TAHU MACAM DIORANG NAK BUAT KALAU IKUT, KELAYAKAN PEMIMPIM MEREKA BERSIH DARI RASUAH AGAK-AGAKNYA BERAPA PERCENT? CUBA TEKA

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.