script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Semasa: Jika Rakyat Didahulukan, Kerajaan Di Gesa Agar Menarik Balik Arahan Pemeriksaan Puspakom Kenderaan Lama Melebihi 15 Tahun !!

Rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berpendapatan rendah kecewa dengan sikap kerajaan 1Malaysia yang langsung tidak mahu memahami keperluan mereka. Sudahlah minyak dinaikkan secara "Trick Ron 97 ke Ron 95", kini ramai dikalangan mereka yang mula terasa bebanan yang dihadiahkan oleh kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak. Apalah malangnya nasib rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung segalanya, sedangkan pemimpin mereka kaya-raya dan hidup bersenang lenang. Mereka tidak merasa bebenan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat, kerana segalanya ada buat mereka. Tinjauan PDO mendapati, orang ramai terutamanya pemilik kenderaan yang sudah berusia melebih 15 tahun ke atas kini berhadapan dengan masalah besar apabila kenderaan mereka terpaksa menjalani ujian Puspakom terlebih dahulu sebelum boleh memperbaharui cukai jalan. Gara-gara peraturan ini, menyebabkan ramai dikalangan rakyat yang berpendapatan rendah kini semakin gelisah. Tambahan pula apabila melihat cukai jalan kenderaan mereka hampir tamat. Tindakan supaya kenderaan melebihi 15 tahun membuat pemeriksaan Puspakom jelas sekali menunjukkan "rakyat tidak didahulukan" sebenarnya. Malah, peraturan ini jelas sekali memberi hasil yang lumayan kepada agensi terbabit yang telah diswastakan sebelum ini. Oleh itu, kerajaan digesa dapat melonggarkan kembali arahan ini membela nasib rakyat miskin dan berpendapatan rendah yang turut ingin memiliki kenderaan masing-masing. Kedudukan kewangan dan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman kenderaan, menyebabkan mereka terpaksa bertahan dengan kenderaan sedia ada. Namun jika peraturan ini terus dikekalkan, bermakna ramailah dikalangan mereka yang tidak dapat memperbaharui cukai jalan dan akhirnya kenderaan terbabit akan tersadai begitu sahaja. Apakah kerajaan sedar impak negatif yang bakal berlaku dengan peraturan seperti ini? Oleh itu, bertindak segera dan berikan keselesaan kepada rakyat. Jika tidak, sudah pasti mereka akan terus menolak kerajaan UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang.

[Terkadang bila dikaji balik arahan kerajaan ini, memang ia amat membebankan rakyat. Tambahan pula bagi mereka yang terdiri dari kalangan rakyat miskin dan golongan berpendapatan rendah serta tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Bayangkan, bank atau finance mana yang layak untuk mereka membuat loan bagi membeli kenderaan baru. Maka, jalan terbaik ialah mereka membeli kenderaan secara tunai yang kebanyakkannya sudah pasti berusia melebihi 15 tahun. Kenderaan terbabit juga, biasanya tidak mempunyai kelengkapan yang cukup jika diadakan ujian puspakom. Ini kerana biasanya ia digunakan untuk tujuan kerja dan pemunggahan barangan hasil pertanian. Jika peraturan Puspakom digunakan, maka sukarlah bagi mereka untuk memperbaharui cukai jalan dan mengambil insuran selepas ini. Kerajaan wajar menarik balik arahan ini untuk tidak menyiksa mereka].

Share:

20 ulasan:

  1. saya bersetuju dengan kenyataan tuan,berkaitan dengan isu tersebut.Ini berlaku kepada diri saya semasa hendak memperbaruhi Cukai jalan baru-baru ini diPejabat Pos Pekan,memandangkan kereta saya melebihi 15 tahun pembelian insuran kereta hanya layak diperolehi daripada syarikat tertentu.Bayaran nya pun melebihi daripada harga asal kerana polisi untuk kereta lama tinggi,ini sangat membebankan karana pengunaan kenderaan tersebut bukan dijalan raya utama sekadar jalan -jalan kampung alasan mennjadi gangguan kepada penguna jalaraya yang sangat tidak munasabah.

    BalasPadam
  2. Tujuan pemeriksaan adalah untuk memastikan kenderaan layak berada di jalan. Bukankah keselamatan yang lebih utama? Kenderaan yang tidak selamat digunakan, jika berada di jalanraya bukan sahaja membahayakan pemandu dan penumpang kereta tersebut bahkan pengguna jalan yang lain juga. Rasionallah sikit.

    BalasPadam
  3. PDO dah bankrup isu. Sekarang nak mencocok, menghasut dan mengadu dumba pemilik kenderaan lama supaya membenci kerajaan atas alasan isu mampu pakai. Jalanraya bukanlah tempat utk lambakan kereta usang yg nyata membahayakan nyawa pemandu dan penumpangnya juga nyawa pemandu dan penumpang kenderaan lain dan lain-lain pengguna jalan raya.

    Dangkal betul pemikiran PDO nih!!

    BalasPadam
  4. saya undi PDO, PUSPAKOM untung besar sebab ada Masuuukkk! siapa pengarah nya??? Jika tak silap saya kuncu kuncu UMNO kot? mana ada orag PAS atau DAP ada peluang jadi Bos PUSPAKOM??? PKR.. jauh sekali..... masaalahnya kereta yang terhuduh seperti besi buruk boleh lepas test manakala kereta yang 15 tahun masih steady kena gi test 2-3 kali baru pass, itu pun kena Kopi-O jugakkkkk

    BalasPadam
  5. Tujuan utama polisi ini diperkenalkan adalah untuk memantau adn memastikan keadaan kenderaan yang sempurna untuk pemanduan dan keselamatan jalanraya.janganlah dok asyik membangkang jer tanpa mengetahui apa yang dibangkang.

    BalasPadam
  6. AKU PUN PUN GUNA KERETA PROTON SAGA TAHUN 1988, AKU PUN TAK PUAS HATI DENGAN KERAJAAN, AKU NAK BELI KERETA BARU TAK MAMPU, KEPADA SESIAPA YANG SOKONG PUSPAKOM TU HARAP FAHAM DENGAN ORANG SUSAH MACAM AKU. MEMANG DIA NAK PERIKSA OK KE TAK OK KERETA TU, TAPI MASALAHNYA BUKAN FREE KALAU PERGI PERIKSA. AKU NI NAK BELI KERETA BARU PUN TAK MAMPU,AKU BELI KERETA NI RM3000 JE CASH , NAK HUTANG DENGAN BANK PUN BANK TAK BAGI SEBAB TAK LAYAK.HARAP KASIHAN LA KAT ORANG YANG MACAM AKU NI.KEPADA YANG KAYA TU YANG PAKAI KERETA BARU TU, TENGOK LA ORANG YANG PAKAI KERETA BURUK NI,

    BalasPadam
  7. walapun org yg pakai kereta lama rasa terbeban, tapi kena lah fikir dengan waras..ini semua utk keselamatan semua org... kalau diri sendiri aje yg kena tak pa biarla... jadi nak komplen pun faham2 n fikir2 la sendiri... semua nak bangkang aje ... ni semua sebab politik tak sehaluan... kuno sungguh pemikiran

    BalasPadam
  8. Pemeriksaan ini untuk keselamatan rakyat, tetapi jika benar rakyat didahulukan, buat lah secara percuma kalau kena bayar bermakna rakyat dirompakkan.

    BalasPadam
  9. Tahu kah anda bahawa sebahagian besar kemalangan maut yang melibatkan kereta dan motorsikal yang berusia lebih sepuluh tahun?

    Sebenarnya langkah pemeriksaan kenderaan yang berusia lebih sepuluh tahun telah lama dijalankan oleh negara-negara maju. Malaysia agak terlewat melaksana sistem pemeriksaan kenderaan lama kerana terlalu takut kepada tekanan politik dan takut membuat pembaharuan yang positif.


    Sekarang ini kita tidak selamat berada dijalanraya kerana kebanyakan kereta dan motor lama tidak diselenggara dengan sempurna. Banyak kereta dan motor lama tidak pernah di beri perhatian sempurna,tidak menyala, lampu besar tidak dilaras sehingga menyilaukan mata,sistem brek kurang berfungsi kerana tidak mahu tukar brake pad dan minyak brek, kenderaan tidak stabil pada kelajuan tinggi kerana absorber tidak pernah di tukar, spring berkarat menyebabkan kereta mendap seperti kapal, enjin tidak dijaga kerana minyak bocor,dan tidak ditala dengan baik sehingga mengeluarkan asap berlebihan, motor bunyi bising memekakkan telinga, struktur badan kenderaan berkarat, tidak stabil serta boleh putus dua jika kemalangan besar!

    Itu belum kira kereta lama guna tayar second hand dan tayar toreh, belum kira kereta rebeh tetapi masih jalan diatas jalanraya. Keadaan ini menyebabkan pengguna lain berasa tidak selamat.

    Bayangkan kereta baru kita dipandu dengan cermat tiba-tiba dilanggar oleh kereta atau motor lama yang terbabas kerana tidak pernah diselenggara dengan baik.

    Kita masih beruntung kerana kos menyelenggara kereta lama masih murah di Malaysia. Di negara maju, hanya orang kaya yang mampu menyimpan kereta lama kerana kos menyelenggara amat tinggi...

    BalasPadam
  10. Editor PDO lebih gembira tengok ramai orang mati dijalanraya! Komennya langsung tidak mencerminkan dirinya paham tentang keselamatan orang lain dijalanraya.

    Pelik dan ajaib orang kampung yang pakai kereta tak mampu bayar RM20 untuk pemeriksaan tahunan puspakom. Sedangkan dia mampu beri dua kotak rokok sehari dengan harga RM20.

    Ada otak guna, ada akal pakai...

    BalasPadam
  11. Saya ingin mencelah sikit dalam kesibukan memberi komen bab ini.

    Kalau dari segi kemalangan jalanraya acu try cuba ceck semak dengan PDRM berapa banyak kereta yang berumur lebih daripada 15 tahun yang menyebabkan kemalangan jalaraya? Eloklah cakap tu pakai fakta sikit baru betul.
    Sebab setahu saya dalam perbualan dengan salah seorang kakitangan PDRM yang menyebabkan kelamalangan terumatama semasa perayaan menjoriti penyebab kemalangan adalah kereta yang kurang dari 15 tahun. bagi saya soal kemalangan bukan dapat difaktor kan kepada kenderaan lama adalah lebih tepat jika di titik beratkan kepada kelakuan dan sifat pemandu itu sendiri.

    dari segi pemeriksaan PUSPAKOM yang saya tahu setiap lori atau treler setiap 6 bulan sekali mesti buat pemeriksaan PUSPAKOM akan tetapi kenapa boleh berlaku banyak kemalangan jalanraya yang mana penyebabnya adalah kenderaan berat.Kenderaan berat brek tak makan kah.HABIS PUSPAKOM CHECK MACAM MANA. Kualiti kerja PUSPAKOM macam mana.
    nanti kalau saya cakap lebih lebihnanti orang marah .

    Satu lagi contoh yang saya rasa patut diberi highlight iaitu motosikal. sekarang motorsikal diwajibkan pasang lampu . cuba kita sama sama fikir adakah dengan pasang lampu dapat mengurangkan kemalangan yang melibatkan motosikal. oh tidak sama sekali bah semakin sehari semakin banyak kemalangan jalanraya yang penyebabnya motosikal. CUMA YANG TAHU DAN PASTI ialah kalu motor tak pasang lampu POLIS saman dan duit masuk kat kerajaan.MUNGKIN DENGAN PEMERIKSAAN KERETA LEBIH 15 TAHU OLEH PUSPAKOM MUNGKIN MIRIP YANG SAMA DENGAN MOTOSIKAL DIWAJIBKAN PASANG LAMPU BESAR.

    LU FIKIR LAH SENDIR - ADEA NABIL.

    BalasPadam
  12. gua pakai kereta proton saga tahun 1990. keter ni gua gunal buat gi outstation. setakal jb kl tue boleh kata seminggu 2 kali. kelantan, terangganu, pahang, perlis, penang, perak dll. jgn cakaplah. so far keter takde maslalah walau tak hantar ke puspakom kerana gua jaga baik2.

    puspakom buat perabih duit aje. dahlah baru2 nie insuran dinaikkan. semuanya membebankan rakyat. bagilah pemeriksaan percuma kerana pemilik keter2 lama ni bukanya orang kaya. kalau kaya takyah pakai keter lama. beli baru aje pun boleh.

    BalasPadam
  13. Nampaknya ramai orang yang memberi komen disini tidak pernah membuat pemeriksaan kereta mereka di Puspakom! Sebab itu mereka kata perkara ini menyusahkan hidup mereka.

    Setiap tahun saya menghantar kereta Proton Wira lama saya ke Puspakom untuk menjalani pemeriksaan. Dari situ saya diberitahu absorber saya telah rosak dan merbahaya jika dipandu laju, lampu kereta tidak dilaras dengan betul, enjin kereta tidak dilaras dengan betul dan kadar pelepasan asap yang tidak mematuhi kehendak alam sekitar.

    Saya amat puas hati dengan perkhidmatan Puspakom, kerana saya hanya perlu ganti barangan yang rosak sahaja dan pada masa yang sama saya dapat pastikan kereta lama saya ini tidak akan mendatangkan bahaya kepada pengguna lain.

    Kalaulah ada berjuta orang berfikiran seperti saya, sudah tentu jalanraya di Malaysia lebih selamat.

    BalasPadam
  14. masalah sekarang kereta aku lama bukan sebab berkarat ke buruk ke tapi kerana proton saga aku telah di upgrade menjadi mitsubishi lancer fiore, banyak gadget-gadjet racing, enjin pula bukan enjin standard tapi enjin mivec,bumbung pula ada sunroof,side mirror guna motor, dan macam-macam lagi ni yang jadi masalah bila jumpa puspakom.bukan sebab dah buruk tapi sebab terlampau canggih dari kereta baru .

    BalasPadam
  15. masalah skg ialah melibatkan puspakom......
    bunyi je puspakom, tahu dah...
    runner yg masyuuuuk, kita dah tahu berpuluh tahun dah, bukan ari niii.. ini duit kerajaan dan kroni..
    selama ni kalu ada pulus, lulus, kalu takde pulus, tak lulus
    DAH TAHU............

    BalasPadam
  16. rakyat didahulukan untuk merasa kesusahannya... insurans kenderaan jg telah naik dan menjadi beban kepada golongan yng berpendapatan rendah.... inikah yang dinamakan rakyat didahulukan

    BalasPadam
  17. memang tak dinafikan.. banyak duit bertaburan di Puspakom ni.. apa kata kerajaan bagi peluang kepada panel2 servis lain.. cam perodua servis ke.. toyota ke.. proton servis ke.. buat inspection dan letak pegawai kat sana..bagi option sikit untuk rakyat.. memang keselamatan tu penting.. tapi, jgn dijadikan alasan untuk menjerut rakyat..
    Malaysia ni kena buka lebih option.. ingat kes MAS dulu.. bukan main kaya lagi.. bila ada je airasia.. habih nyaris2 nak bangkrup.. nasib baik aset banyak leh jual untuk cover lost money. patutnya kena buat camtu untuk sector2 lain.. malaysia ni ramai pakar.. takkan puspakom je yang layak..?

    BalasPadam
  18. Tahukah anda kereta Proton Saga yang masuk enjin Mitsubishi Mivec tidak selamat kerana kekuatan badan Proton Saga tidak setegar kereta Misubishi Lancer, malah pemasangan sun roof juga melemahkan struktur bumbung Proton Saga.. tidak hairanlah kereta buruk tu lunyai apabila eksiden...

    Yang pasti apabila Puspakom check, mesti tak pass, tapi sebab ada yuran tambahan, maka ianya lulus cemerlang!..

    BalasPadam
  19. macam yang saya dengar ade yang kata sepatutnya malaysia dari dulu lagi kena scrap kereta yang berusia lebih dari 15 tahun macam kat U.K.,tapi tahukah harga kereta baru kat sana cuma beberapa pound saja , kat malaysia ni harga berapa? ade yang kata kereta akan lunyai bila eksiden, tapi yang buat eksiden tu pemandu yang tak ikut undang2 je, kereta baru pun kalau bawak laju hancur juga kalau eksiden, kalau tak caya cubalah sendiri

    BalasPadam
  20. dulu aku penah kerja ngan satu company ni.. oil and gas la.. kitorang ada fasiliti untuk inspect lori tanker sebijik macam yang ada di puspakom. selalu sebelum gi sana, kitorang test dulu kat tmpat kitorang tu, tapi everytime buat kat puspakom.. confirm x lepas..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.