script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita: Pilihanraya Kecil Di Bagan Pinang, PAS Bakal Berhadapan Satu Lawan Satu Dengan BN Apabila Calon Bebas Tarik Diri Di Saat-Saat Akhir

BAGAN PINANG, 3 Okt - Pakatan Rakyat mula berarak pada jam 8.15 pagi diketuai oleh Presiden PAS, Datuk Haji Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Harun Din, Azmin Ali dan beberapa orang lagi pimpinan tertinggi dalam Pakatan. Kedua-dua calon Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masuk mendaftar jam 9.00 pagi sejurus pengumuman dibuat oleh pengurus pilihanraya Bagan Pinang, Abdul Wahab Shamsuddin. Sementara itu, calon bebas tiba pada jam 9.15 pagi bagaimanapun, pendaftarannya tertunda berikutan penyokongnya dari negeri lain. Beliau diberi masa sehingga jam 10.00 pagi untuk mendapatkan penyokong tempatan namun gagal berbuat demikian. Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akan berlangsung pada 11 Oktober nanti. Bagan Pinang merupakan kubu kuat Barisan Nasional namun PAS dan Pakatan yakin dapat merampas kerusi tersebut. Proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil bermula dengan calon Barisan Nasional Isa Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson. Isa menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.05 pagi ini, diikuti oleh Zulkefly sejurus kemudiannya. Pengurus Pilihan raya Kecil Bagan Pinang Abdul Wahab Shamsuddin berkata sebanyak 2 bantahan yang dibangkitkan hari ini telah ditolak seraya membolehkan 2 calon ini bertembung pada 11 Oktober nanti.


Bekas MB, Isa Samad bakal ditentang Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan
Zulkifly Mohamad Omar dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang

"SPR telah menerima pencalonan dari dua orang calon yang mengemukakan kertas penamaan mereka pada masa berikut, Isa Abdul Sama 9.05 pagi dan Zulkefly Mohamad Omar 9.06 pagi. "Saya juga menerima sebanyak dua bantahan yang dikemukakan terhadap pencalonan-pencalonan tersebut. Setelah tempoh bantahan ditutup tiada calon yang ditolak kertas penamaannya," kata Pengurus Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang Abdul Wahab Shamsuddin. Zulkefly tiba seawal 8.20 pagi dengan diarak lebih 10,000 orang sejauh 500 meter ke pusat penamaan calon. Manakala Isa tiba tidak lama kemudian dengan 2000 penyokong diketuai Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC S Samy Vellu dan Ahmad Zahid Hamidi. Shahruddin Abdul Hamid, yang diwar-warkan mahu bertanding sebagai calon bebas bagaimanapun menarik diri pada minit-minit terkahir selepas beliau gagal mendapatkan pencadang bagi mencadangkan pencalonannya. Pilihan raya DUN Bagan Pinang diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negerinya, Azman Mohd Noor dari Barisan Nasional pada 4 September lepas akibat serangan jantung. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Oktober ini sebagai hari pengundian. Zulkefly yang ditemui media selepas pengumuman berkenaan berkata beliau mempunyai peluang bagi memenangi kerusi DUN berkenaan. Menurutnya isu anak jati Bagan Pinang yang dibangkitkan sesetengah pihak tidak timbul. "Saya anak jati Negeri Sembilan, dilahirkan di Negeri Sembilan. Tan Sri Isa pun bukan lahir di sini beliau lahir di Sungai Udang Melaka. Tidak timbul isu. "InsyaAllah ada peluang cerah untuk menang," katanya. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan isu yang dibawanya dan meminta media menunggu sehingga kempen bermula.

[Krew Pahang Daily Online sempat berada bersama para penyokong Pakatan Rakyat di Bagan Pinang. Apa yang jelas dilihat memang terdapat sedikit kekekcohan yang berlaku ketika proses pencalonan bermula. Kehadiran begitu ramai penyokong menyebabkan keadaan sesak di sekitar jalan masuk ke Teluk Kemang dan Port Dickson. Tinjauan kami ke lokasi pencalonan iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson mendapati ramai penyokong BN dibenarkan berada didalam kawasan pagar sekitar Majlis Perbandaran terbabit, sedangkan penyokong Pakatan Rakyat langsung tidak dibenarkan mendekati kawasan itu akibat dihadang oleh pihak berkuasa terutamanya anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU). Kekecohan pula banyak ditimbulkan oleh beberapa orang penyokong BN yang sengaja berada dalam kawasan penyokong Pakatan Rakyat, dengan hasrat untuk menimbulkan provokasi yang melampau sebenarnya. Namun, seperti biasa, pihak media arus perdana akan melaksanakan agenda jahat mereka dengan menuduh penyokong Pakatan Rakyat yang melakukan kekecohan, tanpa mengambilkira unsur provokasi yang telah dibuat oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk timbulkan huru-hara].

Share:

1 ulasan:

  1. dah mula buat citer dah...auta sudah mari ... dia org buat hal tuduh bn pula... ini la kisah dari dulu smpai lani org jenis apa entah....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.