KUALA LUMPUR, 10 Okt [6.00 am] - Beberapa laman blog semalam menyiarkan rakaman video mendakwa Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim tidak ditumbuk sewaktu melalui kumpulan penyokong Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil PRK DUN Bagan Pinang, 3 Oktober lalu. Video sepanjang 45 saat yang dimasukkan ke dalam laman video popular Youtube itu memaparkan Abdul Aziz bersama Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ismail Sabri dan beberapa lagi penyokong Umno berjalan ditengah penyokong Pakatan sambil disorak dan dihambur dengan laungan 'rasuah'. Rakaman amatur tersebut juga tidak menunjukkan sebarang kekasaran berlaku dan turut kelihatan pihak keselamatan berkawal dan meminta para penyokong PR bertenang. Untuk lebih jelas, keseluruhan video tersebut di ulang dengan suntingan gerak perlahan. Rakaman di dakwa milik sebuah laman web itu disiar di internet sejak dua hari lalu dan sudah ditonton hampir 3000 penonton. Ianya boleh dicapai dengan mencari tajuk 'PRK N31 Bagan Pinang - Azeez Kene Pukul???' pada carian Youtube. Abdul Azeez sebelum ini mendakwa telah ditumbuk semasa hari penamaan calon PRK Bagan Pinang sehingga mengemparkan seluruh negara. Dia yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, mendakwa dipukul oleh sembilan penyokong PAS lawan dan telah diselamatkan oleh anggota polis yang bertugas. PAS menyifatkan Abdul Azeez berbohong sehingga ada bukti yang menjelaskannya. Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) pula masih membuka tawaran RM6,500 kepada sesiapa yang menyerahkan gambar bukti Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk atau dicederakan. Tawaran tersebut akan berakhir jam 12 malam, 10 Oktober ini. [Sungguh memalukan tatkala melihat video ini. Ternyata memang benar puak-puak UMNO BN amat takut jika mereka kalah di Bagan Pinang. Lantaran itulah mereka tergamak untuk mereka cipta berbagai insiden panas lagi sensasi. Semua itu kerana mereka mahu membuktikan bahawa petugas dan penyokong PAS yang berkampung di Bagan Pinang adalah ganas dan tidak berdisplin. Walhal, apa yang berlaku ini memang jelas membuktikan yang mereka lebih ganas dan memang pandai menipu rakyat sejak dulu, kini dan pasti selamanya selagi mereka terus berada ditampuk kuasa. Oleh itu, jalan terbaik ialah memastikan BN tumbang di Bagan Pinang dan seterusnya dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang].







vidoe apa pdo pasang ni. yg aku nmpak geng pas dok keliling... apa hal pula dok salahkan bn... auta lagi
BalasPadamitulah pasal hang tuu bodoh dan ketinggalan. depa dok lalu kawasan penyokong PAS buat apa? kan dah dipisahkan kawasan penyokong. so.. sengaja nak cari pasal
BalasPadamwoi bahlul... bumi Allah ni tak ada sekatan utk sesiapa pun jalan. yg bodohnya pemikiran korang2 semua... otak yg diberi tak digunakan tapi guna kepala lutut... ingat perangai hampa tu diterima oleh Allah.. perangai hampa tu dilaknat oleh Allah tau... kalau nak berpolitik pun gunalah akal yg bersih jgn guna akal iblis...
BalasPadamSOALNYA ,MENGAPA AHLI PAS YANG DI DIDIK BERAHLAK MULIA ,MEROSAKKAN IMAGE ISLAM,SEMUANYA ADALAH KAWASAN ALLAH DI DUNIA INI ,AJARAN SESATLAH TU KALAU PAS ADA KAWASANNYA DI DUNIA INI,DUNIA HAK SEMUA ,TERMASUK ,KAWAN PAS, DAP KAPIAK TU,,,,,
BalasPadamaku tak nampak apa2 pun.. yang aku nampak.. org melayu dah menjatuhkan martabat diri mereka dengan menggunakan class 3 act. ini lah yang ditunggu2 oleh puak2 DAP.. melayu berpecah dan jadi lemah.. kat selangor lemah.. kedah pun lemah.. penang hancur terus melayu.. sib baik kelantan ok..
BalasPadam