script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Khalid Tidak Peduli Badrul Hisham Keluar Parti

SHAH ALAM, 29 Okt [12.30 pm] - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (foto) hari ini, berkata beliau tidak peduli jika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas atau melompat ke mana-mana parti. "Saya tak kira... dia wakil rakyat, dia mewakili semua rakyat sebab dia sudah terpaksa buat kerja ... nak jadi Bebas, Keadilan, Umno, MCA itu terpulang kepada dia, yang penting dia buat kerja," katanya ketika ditanya pandangan beliau jika Badrul memilih untuk menjadi seorang wakil rakyat Bebas di Selangor. Abdul Khalid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor, berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor di sini, hari ini. Bagi PKR, ia hanya sanggup menerima Badrul jika beliau sanggup bekerja menyempurnakan amanah yang diberikan rakyat kepadanya, kata beliau. "Masalah dia kenapa dia ingin masuk pilihan raya berjanji kepada rakyat untuk tolong rakyat lepas tu dia tak nak buat kerja? Masalah dia nak pergi ke mana-mana tidak kira," katanya. Sebelum ini, Abdul Khalid menasihatkan Badrul supaya berhenti daripada menjadi wakil rakyat Pelabuhan Klang sekiranya tidak lagi mempunyai keinginan untuk berkhidmat kepada masyarakat.

ADUN PKR Keluar Parti, Jadi Wakil Rakyat Bebas


KUALA LUMPUR, 29 Okt [11.30 am] - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah (foto), mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta. Beliau bagaimanapun tidak menyertai mana-mana parti dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN). Mengumumkannya di sebuah hotel di ibu negara, sebentar tadi, Badrul Hisham berkata, keputusan keluar PKR kerana beliau sudah hilang keyakinan terhadap parti itu. Sementara itu Kerajaan Selangor dikatakan bakal mengambil tindakan terhadap Badrul Hisham Abdullah jika Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu enggan melepaskan jawatan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata bentuk tindakan yang wajar diambil hanya akan diputuskan kemudian jika Badrul Hisham terus berdegil. Beliau berkata, kerajaan negeri tetap dengan keputusan mendesak Badrul Hisham meletak jawatan kerana gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. Katanya, Badrul Hisham perlu melepaskan jawatan Adun Pelabuhan Klang yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum tahun lalu demi keluarga beliau dan pengundi kawasan itu. "Kita hanya akan menerima Badrul Hisham jika beliau sanggup bekerjasama dan menjalankan tugas. "Jika tidak, beliau perlu berhenti (meletak jawatan) demi keluarga dan masyarakat di kawasan itu dan kita akan buat keputusan yang munasabah," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) di sini, hari ini. Beliau ditanya mengenai usulnya kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR supaya Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat kawasan itu selepas gagal memberikan perkhidmatan.
Share:

39 ulasan:

  1. tok tak nampakpun PAS dilanda krisis.tindakan mesyuarat ajk pas membawa PAS Selangor ke jawatankuasa tatatertib PAS sangat bijak.
    sehari lepas PAS mengadakan mesyuarat khas,MB selangor beri kata dua kepada badrul hisham,adun pelabuhan kelang supaya letak jawatan.kerja-kerja pembersihan dalam kerajaan pakatan rakyat selangor sedang berjalan dan berterusan.

    adun PKR tu akhirnya panas punggung isytihar keluar parti.najib selaku ketua perhubungan umno selangor tak dapat merampas selangor dengan hanya seorang dua adun PKR keluar parti.dia memerlukan sokongan adun-adun pas tapi nampaknya kempunan kerana pas selangor sedang dipantau oleh PAS pusat.
    Tambah pulak PAS dah muktamad menolak kerajaan perpaduan dengan umno.
    bijaknya TG Nik Aziz sebagai mursyidul am PAS.Benar atau tidak hassan ali ingin menyertai umno sekalipun,najib takkan berjaya menumbangkan kerajaan pakatan rakyat selangor kerana tak cukup korum.ditambah dengan beberapa adun mereka yang telah digantung oleh selcat.
    proses keadilan bukan sehari dua.mungkin juga TG Nik Aziz sudah dapat membaca mainan politik najib.Mesyuarat khas diadakan juga bagi memperkasakan PAS dan Pakatan rakyat

    BalasPadam
  2. ini komen suhaimi said...
    Kawan-kawan saya minum bersama saya pagi tadi di Restoran Saika, Jalan Ibrahim, Temerloh bertanya kepada saya apakah pandangan saya terhadap tindakan beberapa pemimpin parti KEADILAN yang meletakkan jawatan didalam parti bahkan yang keluar parti.
    Saya langsung tidak risau walaupun sedikit. Jelas saya nyatakan bahawa puluhan ribu ahli UMNO sudah keluar parti, ada yang masuk PAS dan ada yang masuk KEADILAN.
    Sesetengah mereka itu masuk kerana kesedaran, ada sesetengah mereka itu tinggalkan UMNO kerana keciwa tak diberikan sesuatu yang mereka mahu. Ada diantara mereka itu yang ada pengaruh, dan diterima menjadi pimpinan samada dalam PAS atau KEADILAN.
    Dan apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendakki mereka keluar pula dari PAS atau KEADILAN.
    Yang paling banyak berhijrah ke parti-parti lain adalah dari UMNO, merekalah yang banyak keluar. Mungkin 1/3 atau lebih dari anggota-anggota KEADILAN adalah dari UMNO, kadang-kadang mereka ini terbawa-bawa dengan budaya yang mereka ambil dari UMNO.
    Orang-orang UMNO suka berkomplot, suka fitnah-memfitnah, suka menjatuhkan sesama sendiri, dan perkara ini kadang -kadang terikut-ikut juga dalam KEADILAN.
    Tetapi bukan semua mereka dari UMNO itu yang berperangai buruk sedemikian rupa. Lebih ramai yang baik, mereka keluar dari UMNO kerana keinsafan dan kesedaran, mereka tidak suka sifat-sifat buruk didalam UMNO, mereka menyertai KEADILAN dan mereka tidak mahu sifat-sifat buruk itu berlaku didalam KEADILAN.
    Mana yang nak keluar dari KEADILAN itu, keluarlah, tak siapa yang nak dan boleh menghalang mereka. Mungkin, mereka tidak dapat apa yang mereka hajatkan dari KEADILAN.
    Seperkara yang pasti bahawa didalam KEADILAN tidak ada projek ini dan projek itu, dan jauh sekali kalau nak jadi exco atau menteri, kerana KEADILAN adalah sebuah parti pembangkang diperingkat Persekutuan.
    Namun, jika KEADILAN memerintah pun, tak semudah itu projek-projek dan kontrak-kontrak akan diberikan kerana jelas dasar dan dinyatakan didalam manifesto KEADILAN bahawa parti itu menentang kronism, salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya.
    Saya tengok pemerintahan Negeri Selangor tidak ada pemberian projek secara pilih-kasih kepada kroni-kroni. Kontrak-kontrak diberikan secara tender terbuka. Semua orang berpeluang mendapat kontrak termasuk kontraktor-kontraktor dari UMNO dan lain-lain parti. KEADILAN bukan sekadar hanya bercakap tetapi apa yang dicakapkan adalah dikotakan.
    Ada orang tidak suka dengan keadaan ini, mereka kata, didalam pemerintahan UMNO hanya ahli-ahli UMNO dan kroni pemimpin-pemimpin saja yang dapat projek dan kontrak, kenapa didalam KEADILAN tidak dibuat begitu?
    KEADILAN berjuang untuk keadilan untuk semua, kerajaan KEADILAN adalah kerajaan untuk semua rakyat, dan dengan melakukan keadilan untuk semua, rakyat boleh menilai dan rakyat akan terus menyokong KEADILAN.
    Pemimpin-pemimpin yang mementingkan diri sendiri eloklah keluar dari parti supaya perbuatan dan tindakan mereka yang akan menyeleweng itu tidak merosakkan parti.
    Orang-orang seperti itu elo0klah berada didalam UMNO dan lain-lain parti didalam BN dan tidak ada faedahnya jika mereka menempel didalam KEADILAN, dan bagi KEADILAN pula tindakan mereka itu bolehlah dianggap sebagai pembersihan parti.
    So, saya tidak risau, bahkan mengalu-alukan supaya mereka keluar dari KEADILAN!

    BalasPadam
  3. bijaknya tg nik aziz,bila dia cakap brahim ali macam sampah...umnopun tak nak terima raja katak ni.poyolah brahim ali bodek najib termasuk desak kes liwat anwar dipercepatkan.
    umno tentu tak nak jadi bodoh sangap bila benarkan brahim ali join umno.
    kemudian,tg nik aziz cadang PAS adakan EGM.biarpun jadi mesyuarat khas AJK PAS,tapi keputusan membawa PAS Selangor ke jawatankuasa tatatertib PAS membantutkan hasrat najib untuk merampas selangor.
    kali ini bukan sahaja hassan ali dipantau tapi kesemua adun pas selangor.
    sehari kemudian,musang berbulu ayam dikesan MB dan badrul hisham diminta letak jawatan adun pelabuhan kelang.
    menyalaklah mamat ni dan isytihar keluar parti pasal kes liwat anwar.
    inilah adun PKR paling teruk jika dibandingkan dengan ketiga katak PKR yang melompat.
    sekurang-kurangnya mereka tak mencemuh anwar.
    mungkin mentanya juga bermasalah
    kesemua mereka ini akan jadi liabaliti kepada umno.kita tengoklah nanti

    BalasPadam
  4. taniah badrul hisham.satu tamparan yang hebat kepada PR,badrul lebih telus dalam issue liwat dsai,tidak macam pemimpin PAS,pura2 kerana ingin kan kuasa,percayalah ,PAS SELANGOR AKAN BERGOLAK JIKA HASAN ALI,DI USEK.

    BalasPadam
  5. apa nak heran dengan si ngok bad role ni...pergi jahanam lah..kah kah kah ....apahal lak jadi bebas?....bodo..serta merta lah isytihar masuk umno...boleh ko dapat projek...kayo lah ko kat dunia...
    ok..selamat menjadi barua...kah kah kah ...

    BalasPadam
  6. TOK ISKANDAR,NAK CAKAP PASAL KRONISMA,DASAI PENASIHAT,WAN JIJAH PRESIDENT,NURUL IZAH AHLI PARLIMEMT,BAPA ,MAK ANAK,BILA CUCU NAK JADI ADUN PULAK,NI BUKAN KRONISMA,NI YANG DIKATA TOTOKNISMA KOT

    BalasPadam
  7. totok umno mana belajar sejarah....
    arwah onn jaafar pengasas umno,datuk hishamudin,menteri dalam negeri yang juga sepupu najib
    arwah husein onn,bapa hishamudin dan mantan pm
    khairi dan saziman pulak sepupu.khairi dan pak lah pulak menantu dan bapak mertua
    nurjazlan,MP Pulai ganti tempat bapanya tok mat bulat,bekas menteri penerangan
    arwah zakaria derus pulak,menantunya kalah bertanding di dun pelabuhan kelang
    siapa yang ajar kronisme kalau bukan umno
    faizal ismail yang terlibat dengan skandal PKFZ tu pulak menantu onn ismail
    memang sangap totok umno kat sini
    mahathir dengan mukhriz lak macamana

    BalasPadam
  8. ini ada berita box office.
    BN sama BN gaduh
    MP Sri Gading desak Ong Tee Kiat dan Koh Tsu Koon letak jawatan.
    Dalam BNpun ada krisis
    kali ni umno sound mca dan gerakan
    dalam parlimen pulak tu
    lepas ni merudumlah undi kaum cina untuk umno
    rupa-rupanya bukan totok umno je yang sangap
    mp umno ada yang sangap

    BalasPadam
  9. dah ada khabar angin MP BN nak lompat parti
    kita sama-sama tunggu dan lihat

    BalasPadam
  10. tok iskandar dah rabun..nak nampak apa..UMNO ni kira baik..isu PAS tak jadi bahan kempen atau ceramah..kalau PAS..tiap2 mlm buat roadshow

    berbalik pasai selangor..dua tiga bulan lagi pasti jadi milik Najib..jadi org PAS/PKR bersedialah untuk tido atas jalanraya..tok iskandar carilah mana2 rumah perlindungan org tua

    BalasPadam
  11. SOALNYA TOK NASI KANDAR YANG USEK PASAL KRONISMA ,AMERIKA BUSH KAWAN BAIK DSAI PUN ANAK BERANAK JADI PRESIDENT,BANYAK LAGILAH ,BINI CLINTON,TAPI KRONISMA UMNO LAIN,ADA SEJARAH ANAK MEREKA MASUK PARTI,BERKIDMAT DULU DENGAN RAKYAT,TAPI KTONISMA DSAI TAK ,ALL BY ACCIDENT ,MP BY ACCIDENT ,HAND PICKED KERANA HATI SAKIT BAPA KENA PECAT,TAK PERNAH KITA LIHAT WAN JIJAH ATAU NURUL IZAH ADA POLITIKAL BACK GROUND SEBELUM DSAI TERBUANG DARI UMNO.TUN RAZAK. NAJIB ADA..TUN HUSSIEN ,HISAM ADA,TUN MAHATHIR MUKKRIS ADA.....TAPI DSAI DAN PUAKNYA MEMANG KRONISAM AL TOTOKNISMA,BY ACCIDENT KEBETULAN RAKYAT TENGAH MARAH ,NURUL TAK PERNAH DENGAR BERGIAT DI PATAI ,TOTOK JADI MP ,KRONISMA TULEN

    BalasPadam
  12. syabas badrul... bagus punya keputusan... jgn dok lagi dalam pakatan yg tak pakat elok2... tau dah org atas dia kelentong... (3A) so bagus sgt keputusan ni... makin hancur berkecailah tok skandar aiii

    BalasPadam
  13. Tok Iskandar...banyak beno cakap nya.. pesan saya.. jangan sampai makan diri.. ludah ke langit akhir terkena batang hidung jugak..

    PAS - melihat ciri islamiknya yang kuat pun.. ada krisis
    DAP- nampaknya stabil
    PKR - tahap krisis agak serius
    umno - ada krisis kepimpinan tapi di tangani ngan bijak
    PKR patut belajar daripada umno untuk menangani krisis kepimpinan

    mana-mana parti politik ni sama je.. banyak yang menghalakan cara untuk memenuhi kehendak... perggggg.. bengang aku.. PRU 13 siapa yang punya dan siapa kena.. kita tunggu.

    BalasPadam
  14. kluarlah tak jejas pun..yang kluar ni pun mcm ulat yg busuk dlm buah ..elok sgt le tu ulat busuk kluar masuk pulak dlm buah yg dah buruk..kesian UMNO..!!

    BalasPadam
  15. badrul berani cakap benar,dia SANGSI TENTAN DSAI MENGELAK KES LIWAT,DIA BERHAK MENANYA WAN AZIZAH UNTUK MENJELAS PERKARA TERSEBUT,PEMIMPIN PAS DIAM SERIBU BAHASA,NAMPAKNYA DAP LEBIH BERANI,KAPAL SING TELAH MENGATA ANUAR IS IMORAL,TAPI SELAPAS DSAI MENJILAT JUBUR NYA,KAPAL SING MEMBISU KERANA ADA AJENDA BERSAMA,TAPI SOALANNYA ,BENGALI ITU PERNAH MENGATA ANUAR INMORAL ,,APA YANG TERSIRAT

    BalasPadam
  16. cakap pasal katak,kalau adun atau mp PR lompat parti ,itu katak,tapi bila adun atau mp BN lompat masuk PR ,NIK AJIS kata tu pulang keasal,dan TOK ISAKNDAR kata tu TAIK PULANG KE LUBANG JUBUR kah kah kah

    BalasPadam
  17. bengap totok umno.macamana umno nak rampas selangor dengan sorang adun pkr melompat.ada beberapa pulak tu adun umno yang kena gantung selcat termasuk khir toyo.tak dapat support daripada adun pas pulak tu.
    eloklah korang tukar lampin dan hancing dah baunya wahai spesis kencing tak tus
    setelah gagal menarik PAS menyertai BN,umno kini beralih kepada PKR untuk bergabung atas alasan perpaduan melayu
    persoalannya,PKR termakan atau tak alasan sebengap ini.kita sama-sama tunggu dan lihat.
    khabarnya agen umno sedang bergerak ke serata malaysia untuk menarik tokoh-tokoh PKR.
    Kepada PKR,mulakanlah kerja-kerja pembersihan dalam parti

    BalasPadam
  18. tok dapat daripada blogger xenan
    Friday, October 30, 2009
    JPN Perak Punca Tragedi Kem 1Malaysia Kuala Dipang?

    Wa ade bersembang ngn cikgu2. Sekarang yg paling pening pasal Tragedi Kuala Dipang ni ialah JPN Perak.Ade yg kate ini adelah kifarah pada "kekejaman" JPN Perak pada guru2 Perak.

    Mmg bukan rahsia sgt pon kes kekejaman kes JPN Perak ni.Ade satu kes cikgu yg menghalang guru besar dari melempang budak kelas die.Hasilnyer Cikgu ni "diblacklist" hampir 6 tahun.Blacklist ni maksud die, tdr kenaikan gaji hatta claim pergi kursus pon dibatalkan. Merana cikgu ni 6 tahun..gila betul.Semata2 GB die nih ade cabel baik ngn JPN.Kejam gile babeng!.

    Balik pada Tragedi Kuala Dipang.2 point utama dr sembang2 cikgu ni yg wa sempat kutip:-

    1. Sepatutnya 55 org guru pengiring dipanggil.Tapi hanya 13 org yg dtg.Bayangkan 13 org menjaga hampir 300 org murid.gila tak gila...sapa soh wat bukan time cuti sekolah?

    2. Dari 13 org guru, hanya 2 jek yg menjaga bebudak tuh melintas jambatan pada malam kejadian.Apelah yg leh dibuat oleh 2 org guru vs 296 pelajar?

    3. Pembinaan jambatan dan kem adalah directly under JPN.Hahaha..menjawab ler JPN.

    Bg wa, JPN kene gi menjawab kat mak bapak yg tak pasal2 hilang anak ni.Ingat anak ni anak kucing ke?

    N sile berhati2 dgn bangunan yg dibina oleh gomen.Chances runtuh adalah tinggi.Jadi elak kan berlama2 masuk pejabat gomen.Mungkin giliran anda akan tiba.wahahaha

    ini jadi pengajaran untuk JPN Pahang dan mana-mana PPD atau GB yang totok umno agar fikir banyak kali nak ampu najib

    BalasPadam
  19. bengap totok umno kat sini.
    dah umno penaya bapak dia..anwar tu dengan kes liwat....
    lagi molek kalau bini dan anak bela suami atau ayah
    takkan nak harap kat anak pak lah,mahathir dan lain-lain
    corazon aquinopun masuk politik lepas suaminya kena tembak
    benazir bhutto pun sama
    latar belakang politik tak pentin
    lainlah kalau join politik nak kebas duit rakyat
    tak ke gitu totok umno
    korang memang sangap cakap anwar ejen yahudi
    tu yang zahid hamidi jumpa menteri pertahanan israel
    tu yang tender sistem telekomunikasi pdrm diberikan kepada syarikat singapura yang seorang ahli lembaga pengarahnya bekas tentera udara yahudi
    duta as,jamaludin jarjis mengadap wolfowitz pa ke halnya
    umno dapatkan khidmat pakar kempen pilihanraya sachi sachi,sebuah syarikat yang diasaskan yahudi iraq
    masa mahathir jadi PM,penasihat ekonomi kita sebuah syarikat yahudi,solomon smith barney
    rentikanlah perbodohkan rakyat
    kami dah tak tengok tv 3 suku.tv tanpa nama,berita hairan dan utusan meloya

    BalasPadam
  20. sumber laman sesawang malaysiakini hari ni

    Seorang kontraktor berpengalaman di Kampar berkata jambatan gantung yang runtuh dan mengorbankan tiga murid sekolah peserta kem 1Malaysia di situ malam Isnin lalu, mungkin dibina tanpa mengikut prosedur.

    Pengarah urusan syarikat Jeram Bersatu Corporation, Mohd Kamal Rabaai berkata sekiranya prosedur itu dipatuhi, jambatan gantung di kawasan SK Kuala Dipang itu tidak mungkin runtuh dengan mudah.

    Kalau tengok pada jambatan yang runtuh itu, saya rasa ujian tanah pun tidak dibuat," kata beliau yang juga telah meninjau kesan jambatan yang runtuh itu.

    Mohd Kamal yang berpengalaman membina jambatan berkata, beliau mendapati tapak asas yang memegang sangga kabel jambatan itu, dibuat terlalu tohor dan tidak menggunakan cerucuk.

    "Saya nampak ada yang tidak betul. Tapak asas pemegang kabel itu tak cukup dalam. Sepatutnya kena ada cerucuk, kurang-kurang pun 30 kaki," katanya.

    Kontraktor berusia 41 tahun itu juga berkata, beliau percaya jambatan gantung itu direka bentuk sedemikian untuk menjimatkan kos.

    "Kalau jambatan gantung macam ini saya ingat tak sampai RM30,000. Kalau dia bina jambatan konkrit mungkin cecah hingga RM200,000," kata Mohd Kamal.

    Mengikut prosedur, katanya, seseorang kontraktor pada awalnya perlu memperolehi dokumen "surat mula kerja" daripada Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPN).

    Dalam bidangkuasa JPN

    "Ini kerana jambatan itu dibina dalam kawasan sekolah dan kawasan ko-kurikulum - kedua-duanya di bawah bidang kuasa JPN," kata Mohd Kamal yang berpengalaman sebagai kontraktor am selama 10 tahun.

    Katanya lagi, seseorang kontraktor itu juga perlu membuat ujian tanah di kawasan terbabit serta ujikaji makmal.

    Ahli perniagaan itu juga menjelasnya, khidmat ini disediakan oleh jabatan kerja raya dan juga oleh makmal-makmal swasta.

    "Daripada ujian makmal ke atas tanah itu, barulah kita dapat tahu bentuk tanah di situ dan apa bahan yang perlu digunakan serta rekabentuk yang sesuai," kata Mohd Kamal lagi.
    Setelah pembinaan selesai, tambahnya, JPN juga perlu mengeluarkan "surat boleh guna" untuk mengesahkan projek berkenaan selesai.

    Menurut Mohd Kamal lagi, JKR tidak perlu menyelia projek berkenaan kerana JPN sendiri mempunyai unit teknikal untuk kerja-kerja kejuruteraan sivil seperti ini.

    Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat langsung dalam pembinaan jambatan maut itu.

    "Saya tidak kenal siapa yang bina. Ada yang kata dari Kuantan, dari Pahang, macam-macam...," katanya

    BalasPadam
  21. kontraktor dari Pahang.JPN Pahang terlibat jugak ke?elok sprm siasat.Pakatan Rakyat boleh buat laporan polis atau SPRM

    BalasPadam
  22. lebih baik tok ISKANDAR AL NASI KANDAR BUAT LAPORAN TENTANG JAMBATANG RUTUH TU,SEBAB, TOK KAKI SEBOT,DAN SUKA SALAH KAN KERAJAAN,NANTI SPRM BUAT LOPORAN ADA YANG TAK KENA,PASAL JAMBATANG RUNTUH PUN NAK KECOH,SALAH KONTRATOR LAH,NAK TIPU...KALAU KAKI TIPU TAK KIRA APA PARTI,BANGSA KE DIA TETAP NAK TIPU,MACAM TOK ISKANDAR KAKI SEBOT APA KES BERLAGU DIA TETAP NAK SEBOT ,BILA KENA KAT BATANG HIDUNG DIA ,DIA BUAT TAK TAU ,MACAM PAIRI DAN BADRUL KELUAR PARTI ,DIA KATA ,TU KATAk,KALAU BADRUL MASOK PR BALIK,AKU KATA tu taik pulang ke lubang jubur

    BalasPadam
  23. aik terasa pulak totok umno yang pakai nama tok kat atas tu.kau terlibat buat jambatan gantung tu ke.tak payah tok reportpun,akan ada hamba Allah yang ikhlas dan bertanggungjawab buat laporan nanti.inilah umno,mana nak ngaku salah sendiri.last-last nanti salah jambatan tu.alasannya apasal tak buat kat tempat lain.
    ambiklah team lompat katak tu umno.nanti jadi liabaliti kat korang je.tok tak heran.
    melihat prestasi semasa umno,x ada sapa nak join parti tu...lainlah kalau........ehm ehm ehm
    paham2lah sendiri
    totok umno tentu tahu
    nak-nak yang banyak makan kari katak tu

    BalasPadam
  24. tok iskandar sedar lah sikit,BN TAK PERLU GABONG DENGAN PKR ATAU PAS,PI MAMPUSLAH,BN TETAP MERENTAH MALAYSIA,PR TU KALAU TAK BERGABONG AKAN MAMPUS,DAP YANG ANTI NEGARA ISLAM LARI MAMPUS MIKA,SURUH NIK ALIS JIALT HABIS2 DAP TU ,NYANYOK PUNYA ORANG TUA

    BalasPadam
  25. Salam Tok iskandar..syabas banyak gak komen.. beri ide pada saya jugak untuk memacu kehidupan.. tapi cadangan saya la. kalu tok tulis dengan bahasa yang sopan diikuti dalil naqli dan aqli, pasti komen tok lebih hebatkan. Ni nampak agak emosional la..

    ps: kita perlu komen diri kita dulu sebelum komen orang lain.
    walaupun kita di arena cyber kita sentiasa terus habblumminannass.. dgn orang lain. habluminallah kita boleh bertaubat tetapi hubungan dengan manusia, selagi kesilapan, fitnah dan tuduhan dibuat tidak dimaafkan.. olehh orang tersebut, tak guna ke beribadat jika ibadat kita tidak menyeluruh..islam itu syumul melibat semua aspek..
    Renung-renungkan tok ye

    BalasPadam
  26. dinobersia......tok perhatilahkan totok umno kat sini yang emosional dan overacting.apasal tak nasihat memmber-member totok korang....itulah apa yang totok umno buat semua baikkan.kat sini totok umno siap mencarut lagi.
    dinobersia rentikanlah jadi manusia hipokrit.tok cadangkan kat PDO tapis siit komen totok umno kat sini.mana hujah macam sampah tu delete je..biar depa tak dapat cari makan.lepas tu kena bambu dengan bos mereka
    kalau dah tak ada hujah tu,eloklah berambus.setakat jadi semak-samun kat sini apa ke jadahnya.
    umnopun tak leh memerintah kalau tak ada sokongan MCA dan komponen yang lain.
    tak gunalah nak berlagak jadi bodoh sombong

    BalasPadam
  27. Saya tak minat totok umno tu, saya interested ngan tulisan dan hujah tok je.. depa tak dak points nak cakap, tok hujahnya bagus tapi.. kena sopan. Tok kan orang PAS..

    BalasPadam
  28. totok umno mcm dinobersin...ops silap.dinobersia mana nak ngaku umno.

    kalau ngaku teruk kena hentam.mana tahan.betul tak dinobersia.kalau tak nak jadi katak terpaksalah jadi sesumpah.boleh tukar kaler

    cara penulisan kaupun nampak totok umno.cakap umno tak ada krisislah pulak

    cuba ulas umno terengganu,perlis dan negeri 9 sikit.pemuda yang pecah 3 kepada kj,mukhriz dan khir toyo

    BalasPadam
  29. itu kena tanya la pemuda umno..

    Saya tak heranla kalu totok umno biadap, ganas, mencarut, fitnah itu saya boleh gak terima.. tapi kalu nama je PARTI ISLAM tapi peragai macam setan. Jihad apa ni. Buat Dosa ada la. Insaflah - ALLAH sentiasa memaafkan MakhlukNya

    BalasPadam
  30. apa yang umno buat kat perak tu baik sangat ke?apasal kau malu nak ngaku umno.kalau dah bele umno kat dalam ni takkan kau penyokong pas pulak.
    dinobersin....sudahlah.apa yang totok umno harapkan penyokong pas jenis yang lurus bendul senang ke tipu....itu dulu.kalau sekarang korang pikir boleh lagi,memanglah sangap.

    ni cuba baca tajuk sinar harian hari ni
    SPRM siasat kontraktor balak tempatan


    TEMERLOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Temerloh akan menjalankan siasatan terhadap seorang kontraktor pembalakan tempatan yang mungkin mempunyai kaitan dengan kejadian pembalakan haram bernilai lebih kurang RM2 juta di tanah kerajaan Mukim Pelangai, Bentong.

    Ketuanya, Abd Malek Yusof berkata, SPRM juga akan menjalankan siasatan terhadap pemilik-pemilik lesen balak yang sah berhampiran lokasi pembalakan haram berkenaan untuk mendapatkan maklumat.

    Menurutnya, siasatan masih di peringkat awal bagi mengetahui siapa yang menjadi dalang pengeluaran balak secara haram dalam kawasan berkeluasan 121 hektar itu.

    “Tindakan lanjut akan diambil SPRM untuk mengetahui bagaimana proses pengeluaran balak boleh berlaku di kawasan ini,” katanya kepada Sinar Harian di Pejabat SPRM Temerloh di sini semalam.

    Abdul Malek berkata, SPRM akan menyiasat sama ada mereka mempunyai lesen sah atau palsu, kerana kawasan itu terletak bersebelahan pusat latihan milik Kementerian Dalam Negeri.

    “Mereka (pembalak haram) mengambil kesempatan di atas kawasan pembangunan bersebelahan dengan menggondolkan kawasan hutan di luar kawasan pembangunan.

    Beliau berkata, SPRM melakukan serbuan di lokasi berkenaan selepas mendapat maklumat awam dan telah memanggil Jabatan Hutan Daerah Bentong untuk turut sama dalam operasi kelmarin.

    Abd Malek berkata, dalam serbuan itu, SPRM berjaya menemui 2,000 tan balak yang telah ditebang dan dikumpulkan di satu kawasan hutan terbabit.
    itu kawasan MB Pahang tu.

    BalasPadam
  31. tok skandaq ni takut nak terima kenyataan la.bila dah kena batang hidung suruh la pula pdo delete,,takut org baca yg tok skandaq kena kutuk... hehehe.. dinobersia..kalau nak tau geng PAS iaitu Parti Islam mmg suka kutuk org..mmg suka fitnah org... itu ajaran dia org... so apa kes????

    BalasPadam
  32. namapun tak ada..cakap je lebih
    mencarut ni sebenarnya budaya umno
    takkan totok umno yang pakai nama anon tak tahu.
    dulu masa prk sanggang mb korang siap tunjuk tanda mencarut dan tepuk punggung dia..takkan dah lupa kot
    itu trademark umno pahang..memang kelakar
    tok tak adanya takut...
    korang beramai-ramaipun tak leh lawan tok..apa ke halnya
    tok nak kalau komen meraban korang kat sini,upah tak dapat sorupun miss
    lepas ni kalau nak masuk korang kena ada hujah yang bernas bukan macam sampah..tak ke gitu
    agaknya tinggal spesis kencing tak tus je dalam umno

    BalasPadam
  33. ada penganalisis politik mengulas tentang plan damai chua soi lek dan ong tee kiat berlaku setelah melihat campurtangan umno dalam parti itu dengan meletakkan mp bentong,liow tiong lai sebagai presiden mca.
    mana mca suka pemimpin boneka.tak heranlah mengapa mp sri gading mintak ong letak jawatan.rupa-rupanya umno marah pasal plan mereka dah bocor.
    parti lain kena belajar dengan mca bab menolak pemimpin boneka

    BalasPadam
  34. tak payah sibuk sibuk hal MCA ,de all tu cina..korang PARTAI ISLAM lagi..asal jgn jadi PARTAI PENGGANAS ..negara akan bilau

    BalasPadam
  35. marah nampak totok umno kat sini pasal x boleh nak cari makan dan beramah mesra sesama sendiri.dah tahap pemikiran korang macam ni.patutlah blog korang x laku

    BalasPadam
  36. kan saya dah syorkan tok iskandar alnasikandar,pi join nik ajis di semihar khas,PAS kena di tarbiahkkan ,kena balik keasal,baru krediblelity tu dapat semula ,be on your own,sekarang pas buang janggut tinggal misai ,sejak sekongkol dengan DAP DAN PKR,JAGAN DOK SIBOK TETANG MCA,JAWAP TENTANG PAIRIN DAN BADRUL, BADRUL KATA KERANA MORAL DAN AGAMA DIA KELUAR PKR,MORAL APA TU AGAK2NYA.

    BalasPadam
  37. sampai sekarang totok umno x paham-paham rakyat undi PR pasal meluat kat umno dan BN.
    berapa akan meningkatkan lagi kebencian rakyat.
    tak payah join umnopun,jadi wakil rakyat mesra bnpun dah cukup bagi rakyat membuat andaian mereka dibeli.
    alasan moral ke gaduh sesama parti hanya sebagai alasan.
    lepas ni rakyat punya alasan kuat untuk menolak terus umno dan bn dalam pru akan datang
    totok umno boleh terus mimpi dengan angan-angan mat jenin
    jangan lupa tukar lampin korang
    dah hancing.....
    geng kencing tak tus

    BalasPadam
  38. rakyat bagan pinang macammana tok,lintang pukang lari tinggalkan pr.sebab cayang pada bn,luv u mat isa,BERSEPAH PAMPES TOK ISKANDAR,BERTABURAN KAT BAGAN PINANG,TEKEJUT BEROK ,KALAH TEROK

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.