script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Keluarga Mahu Mayat Teoh Dibedah Sekali Lagi

KUALA LUMPUR, 26 Okt [3.55 pm] - Keluarga mendiang Teoh Beng Hock (foto), mahu bedah siasat dijalankan buat kali kedua bagi merungkai misteri kematian mangsa. Peguam Gobind Singh Deo berkata pihak keluarga mahu patologis terkenal Dr Pornthip Rojanasunand dari Kementerian Undang-Undang Thailand menguruskan bedah siasat itu. Langkah ini perlu bagi melihat apakah ada unsur pembunuhan disebalik kematian mangsa. Gobind menambah pihaknya akan memfailkan permohonan untuk bedah siasat kehadapan Koroner Azmil Muntapha Abas selewat-lewatnya Selasa depan. “Kita tak mahu tunding jadi pada mana-mana pihak. Kita hanya mahu keadilan kepada mendiang. Keluarga mangsa bersetuju untuk menggali kubur mendiang dan kita akan hantar permohonan pada Mahkamah Majistret Shah Alam esok,” katanya. Mangsa ditemui mati pada 16 Julai lalu di bumbung tingkat 5 Plaza Masalam dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor. Mangsa yang merupakan pembantu kepada Exco Negeri Ean Yong Hian Wah dipanggil sebagai saksi dalam satu operasi besar-besaran SPRM terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disoal-siasat 10 jam tanpa henti oleh pegawai penyiasat SPRM.

Dr Pornthip (foto), dilantik kerajaan Selangor bagi membantu inkues menyiasat punca kematian mangsa. Beliau mencetuskan kegemparan di inkues Rabu lalu selepas penemuannya mendapati ada 80 peratus kemungkinan mangsa telah dibunuh. Penemuan Dr Pornthip bercanggah dengan laporan bedah siasat patologis tempatan dan polis yang mengumumkan bahawa mangsa telah membunuh diri. Dalam siasatannya mendapati ada kemungkinan mangsa dicekik terlebih dahulu, dan duburnya ditusuk sesuatu, sebelum terjatuh dari ibu pejabat SPRM. Penemuan ini dibuat berdasarkan kepada laporan bedah siasat awal dan dokumentasi sekitar kematian mangsa. Peguam Gobind Singh Deo berkata Koroner Azmil Muntapha Abas mempunyai kuasa untuk membenarkan kubur mendiang digali semula mengikut Seksyen 335 Kanun Acara Jenayah. Keluarga mangsa yang meragui teori bunuh diri seperti yang ditawarkan pihak polis mahu Dr. Pornthip diberi kepercayaan untuk mengetuai bedah siasat kedua ini. Gobind bagaimanapun menambah pihak keluarga mahu pasukan patologis pertama menyertai bedah siasat ini. “Dr Pornthip akan buat pembedahan itu, dan dia berharap pasukan pertama datang dan lihat bagaimana doktor ini buat bedah siasat dan bincang kalau-kalau ada yang terlepas pandang dalam bedah siasat pertama," kata peguam itu. Dalam akuan Dr Pornthip di inkues tempoh hari, beliau menyatakan kesediaan untuk menjalankan autopsi keatas tubuh mangsa namun Koroner Azmil berkata ia mungkin sudah terlewat. Sementara itu, adik mendiang Teoh Lee Lan mewakili keluarga mendiang bersetuju supaya permohonan untuk kubur mendiang mangsa digali dan bedah siasat baru dijalankan. "Keluarga bersetuju untuk bedah siasat kedua, untuk mencari keadilan buat abang saya. Kami berharap kes ini akan berjalan lancar," katanya. "Kami terkejut melihat gambar kesan cekik pada leher Beng Hock," tambah Lee.

[Bedah siasat semula adalah satu amalan biasa yang berlaku dalam mana-mana kes pembunuhan sebelum ini. Memang terdapat banyak kes dimana mayat digali semula untuk bedah siasat bagi membuktikan keadilan buat si mati. Namun, apakah dalam kes Teoh Beng Hick ini, pihak mahkamah dan polis akan bertindak profesional?. Apa yang pasti, sudah pasti arahan ini tidak akan dilayan kerana jika ia dibenarkan, maka segal bukti kukuh akan tertegak jua akhirnya. Keluarga mendiang Teoh Beng Hock mahu bedah siasat dijalankan buat kali kedua bagi merungkai misteri kematian mangsa. Memang benar, segala keraguan dan keadilan dapat ditegakkan jika ini berlaku. Tambahan pula pakar bedah adalah dari luar negara yang cukup berpengalaman dalam kes sebegini sejak 27 tahun yang lalu. Apakah kerajaan UMNO dan BN akan akur dengan desakan keluarga Teoh Beng Hock agaknya?. Ini kerana, jika mereka mengikut arahan ini bermakna sudah pasti ada pegawai SPRM Selangor yang akan "kecut perut" kerana bakal disabitkan dengan jenayah yang berlaku terhadap mendiang ini sebenarnya. Oleh itulah, mereka harus mencari helah untuk menggagalkan usaha ini !!. Mereka lebih suka membuat kenyataan dan mahu semua menerima hakikat bahawa Teoh mati kerana bunuh diri akibat tekanan, lalu terjun dari bangunan Plaza Masalam itu].
Share:

5 ulasan:

  1. kerana seorang teoh,berjuta duit PR habiskan..kerana seorang teoh berjuta duit rakyat menjadi korban..kerana seorang teoh..dr pornthip jadi kaya raya..kerana seorang teoh ,kakitangan sprm yg 99.9 peratus melayu orgnya dalam ambang bahaya..sedang hakikat sebenar 80 peratus teoh membunuh dirinya..mungkin..

    BalasPadam
  2. org yg nenyamar cucumatkilau kat atas ni meraban agaknyer...hahaha...dok citer bab melayu jerkkk.... kalau dah melayu mcm mona fendy suka bunuh org... elok didakwa.. x payah menyamar jd cucu mat kilau larrr...sbb org kat blog ni semua tau cara dia menulis..hehehehhe3 jgn nak tipu larr wey..

    masalah teoh adalah masalah jenayah... kenapa nak tuduh2 ada yg dapat duit mcm pakar dr thailand tuu plk... dia tu profesional bkn mcm dr yg dilantik oleh mahkamah tuuu...nampaknya ada yg bagai cacing kepanasann..hahahhahah

    BalasPadam
  3. jangan lupa jubur teoh mesti postmorterm sekali ,mana tau sebelaum mati dia kena stullkunyit

    BalasPadam
  4. profesional apa kejadahnya..kalau hujah berlandaskan perkataan mungkin..aku pun boleh kata..mungkin anwar..mungkin nik aziz yg bunuh teoh..doktor pornthip tu korang tak upah keer..org siam ni setahu aku jual pantat boleh kita percaye

    BalasPadam
  5. kalau benar dia dibunuh manakah dna dalam anus (seperti diliwat) dan dna dileher yg dikatakan dicekik?

    kalau setakat baca laporan lepas tu buat kesimpulan Lim Kit Siang pun boleh.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.