script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

PAS Akan Adakan Mesyuarat Khas Ganti EGM

KUALA LUMPUR, 25 Okt [2.35 pm] - Pas tidak akan mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebelum ini, sebaliknya hanya akan mengadakan mesyuarat khas Pas Pusat bagi membincangkan isu parti. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub (foto), berkata hari ini bahawa isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana Nik Abdul Aziz sendiri yang mencadangkan forum itu ditukar kepada mesyuarat khas. Salahuddin berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di kediaman Menteri Besar Kelantan itu di Kota Baharu semalam. "EGM tidak berbangkit lagi. Semalam saya adakan pertemuan dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan mendengar sendiri komen Tok Guru tentang Pas. Pas akan mengadakan mesyuarat khas Pas Pusat dalam masa terdekat. Nik Aziz sendiri yang memberitahu saya ketika pertemuan di Kota Baharu semalam," katanya. Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar "dua tiga kerat" pemimpin parti itu yang bermasalah. Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali. Ditanya sama ada pemimpin yang dikatakan "bermasalah" ada menghubungi beliau, Salahuddin berkata mereka hanya mendiamkan diri."Tidak seorang pun menghubungi saya sejak isu itu dihebohkan," katanya.

[Nampaknya, kemelut politik yang melanda PAS ini semakin diperbesarkan oleh media arus perdana. Walhal isu tersebut adalah isu terpencil yang bersifat dalaman. Namun, ia telah dijadikan isu besar bagi melaga-lagakan pemimpin PAS. Amatlah tidak masuk dek akal bilamana seorang ulamak seperti Tuan Guru Nik Aziz boleh membuat kenyataan terbuka seperti itu. Tambahan pula, Tok Guru boleh menyebut pula nama-nama pemimpin seperti Nasharuddin, Mustafa dan Hassan Ali secara jelas. Apakah ini sifat seorang ulamak?. Maka itu, kami pasti ada pihak-pihak tertentu yang cuba memporak perandakan parti itu sebenarnya. Oleh itu, PAS harus berhati-hati dengan musuh dalam selimut yang sedang bersedia untuk merosakkan mereka dalam masa terdekat ini. Teruskan perjuangan !!].

Ex
co Mahu Satu Siasatan Telus Kes Beng Hock

SHAH ALAM, 25 Okt [10.12 am] - Exco Selangor Ean Yong Hian Wah (foto), telah membuat satu laporan polis semalam berhubung laporan pakar patologi Thailand Dr Porthip Rojanasunand dalam bedah siasat kematian Teoh Beng Hock. Hian Wah menggesa satu siasatan terperinci dengan skop yang lebih luas perlu dilakukan perhubung pendedahan laporan berkenaan. Katanya satu Suruhan Diraja bebas harus ditubuhkan. “Saya berasa amat kesal dan kecewa,pihak polis menyiasat kes ini daripada sudut bunuh diri sejak awal,iaitu teoh mati secara tiba tiba.Sudut ini telah menghadkan skop siasatan pihak polis dan melepaskan peluang emas untuk mencari bukti.Adakah pihak polis sengaja melindungi SPRM pada hari pertama" tambah Hian Wah. Hian Wah yang juga majikan kepada Teoh Beng Hock tiba di Balai Polis Sri Kembangan kira kira jam 9:55 pagi tadi bersama 20 orang ahli DAP yang mengiringi beliau. Menurutnya, kes ini perlu disiasat secara telus sebagai kes pembunuhan dan bukan kes bunuh diri seperti yang didakwa pihak polis dari awal lagi. Beliau berkata siasatan polis dan prosiding inkues yang dijalankan seolah olah cuba menyembunyikan kisah sebenar di sebalik kematian Teoh. Katanya pengambilan pakar patalogi dari luar perlu dibenarkan,agar inkues tidak dijalankan berdasarkan siasatan polis semata-mata. Rabu lepas,Negara dikejutkan dengan keterangan pakar patalogi terkenal antarabangsa, Dr Pornthip Rojanasunand yang mendapati 80% kemungkinan kes kematian Teoh Beng Hock adalah homisid. Kes kematian Teoh Beng Hock telah menggemparkan Negara,apabila beliau ditemui mati di tingkat 5,Bangunan Plaza Masalam pada 16 Julai lepas dipercayai bunuh diri.

[Soalnya sekarang, apakah satu siasatan yang adil dan telus dapat dijalankan dalam keadaan rakyat melihat memang berlaku terlalu banyak penyelewengan dan penipuan ke sini. Malah, tindakan mengubah fakta dan kenyataan yang dilakukan oleh pihak polis, doktor serta pegawai SPRM Selangor yang disiasat juga boleh menjurus ke arah itu. Apakah kita dapat melihat keadilan dalam kes ini agaknya?. Justeru itu, adalah wajar satu Suruhanjaya Di Raja dapat ditubuhkan untuk memberikan keyakinan kepada rakyat tentang isu ini nanti. Keadilan harus ditegakkan dan bukan cuba ditutup oleh mereka yang berkepentingan. Rakyat kini mula tahu bahawa kes Beng Hock ini adalah satu kes jenayah terancang yang pastinya melibatkan pemimpin tertinggi kerajaan negeri terdahulu, yang cukup risau dengan penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat].
Share:

15 ulasan:

  1. bajet 2010 satu bajet defisit.maknanya samalah macam bajet pahang yang dah melebihi 7 tahun defisit.ada yang kata 9 tahun.cuba PDO semak berapa tahun dah negeri pahang alami defisit ekonomi.dulu laporan audit negara menyebut pahang antara negeri yang terpaksa memohon bantuan daripada kerajaan pusat untuk membayar gaji kakitangannya.nak bayar gaji kakitanganpun tak mampu,macamana nak sediakan prasarana dan kemudahan asas untuk negeri pahang.
    rakyat pahang kena sedar dan insaf.takkan nak beri kat pembangkang perintah pahang bila hutang dah menimbun.macam yang dialami oleh kedah dan kelantan.bila pas memerintah kelantan,hutang negeri cik siti wan kembang melebihi RM900 juta.ada sumber memetik kelantan satu-satu negeri yang dikenakan faedah oleh kerajaan pusat.biasalah negeri pambangkang.maka layanan yang diberikanpun macam anak tiri.berkat kepimpinan TG Nik Aziz sebagai MB Kelantan,hutang itu berjaya dilangsaikan.

    Kedah lagi haru.hutang lebih 1 bilion selepas PAS berpeluang memerintah.jika semua rakyat kedah setuju bayar hutang lapuk yang ditinggalkan oleh kerajaan UMNO-BN,setiap sorang kena keluar duit poket RM11 ribu sorang.dengan duit sebanyak itu dah hampir boleh menunaikan haji ke mekah.

    yang sudah..sudahlah.tiba masanya rakyat sedar dan mula menyingkirkan kepercayaan UMNO kebal dan mampu memerintah selama-lamanya.untuk kebaikan anak cucu kita,bersedialah untuk berubah.

    BalasPadam
  2. ulasan tentang bajet 2010
    1.kemudahan untuk tentera amat menyedihkan.Benarkan Lembaga tabung angkatan tentera kini memiliki saham di dalam syarikat minyak BHP?mengapa tiada peruntukan atau insentif untuk tentera di dalam bajet 2010.

    2.golongan miskin sepatutnya diberikan peruntukan tambahan elaun bulanan oleh kerajaan BN tapi mereka juga tidak diberikan penekanan oleh kerajaan BN.apakah mereka semua ini menyokong pembangkang sampai dianaktirikan oleh kerajaan.

    3.minyak dunia dah cecah usd79 setong.apakah jaminan kerajaan harga minyak tidak akan dinaikkan pada masa depan.

    4.kelakarnya dalam bajet 2010,kerajaan nak beri insentif kepada termasuk lesen kepada individu yang nak bina tadika di pedalaman.insentif termasuklah nak latih guru-guru tadika dan beri pinjaman kepada mereka untuk mendirikan tadika swasta.inilah namanya anak dirumah mati kelaparan,kera dihutan disusukan.ramai yang tidak tahu prasekolah di pedalaman serba daif.sepatutnya kerajaan beri perhatian dengan meningkatkan prasarana kepada prasekolah.kerajaan sebenarnya nak tolong prasekolah kerajaan atau swasta?di tempat yang tak ada prasekolah,boleh didirikan prasekolah.penganalisis politik berpendapat sebenarnya kerajaan ingin membentu tadika KEMAS yang selama ini banyak membantu kerajaan mengukuhkan kedudukannya terutama di kawasan pedalaman seperti tanah rancangan FELDA.

    5.Felda,Risda disatukan di bawah 1 konsortium.semua tahu felda mempunyai banyak dana.apakah sekarang kerajaan BN cuba memonopoli Petronas dan Felda.MP Pakatan Rakyat wajar bersuara di parlimen berhubung perkara ini.

    BalasPadam
  3. daripada bloger perunding
    Saturday, October 24, 2009
    Misteri Budget 2010
    1.CAGT diperkenalkan semula 5%.
    5%!!!!???
    Tak.
    30% tax atas jualan rumah berumur setahun,...20%...10%.. then last sekali semua rumah dijual selepas 5 tahun dicukai 5%.
    Lagi teruk dari zaman sebelum Paklah, dulu rumah dijual selepas 5 tahun 0% cukai.
    La ni rumah nenek aku beli masa remaja,kemudian jual sekarang,pun kena 5% tax.


    2.cukai pendapatan dikurang dari 27% kepada 26%.
    Hanya orang bergaji >rm100,000.00 setahun sahaja merasa penurunan 1% tuh!!!!.


    3.Pelepasan diri cukai rm1000.
    ni semua merasa.
    tapi bukan hang dapat extra rm1000.
    setiap seribu pertama tu cukainya mungkin 5% tu 15% je.
    maknanya anda cuma jimat dari kena cukai sebanyak rm50 ke rm150 setahun je.


    4.sedangkan cukai rm50 keatas kad kredit setahun.
    ada 4 kad dah rm200 melayang setahun.


    5.skim pencen untk self-employed macam drebar teksi,nelayan dll.
    skim pencen!!!???? mak oiii
    kerajaan bagi rm5 setiap rm100 caruman.
    wowwwwwwww..
    tunggu.
    depa tak pernah carum, la ni kena carum (sukarela).
    maknanya simpan duit sendiri lah...apa ke maknanya skim pencen.


    simpan/carum duit sendiri rm100 sebulan selama 25 tahun.
    terkumpul RM50,000 disimpan dalam EPF selama 25 tahun.
    bahagian kerajaan hanya rm5x12x5tahun=rm300 sahaja.
    tapi duit anda tersimpan dalam epf selama 25tahun.
    kalau 100,000 rakyat menabung begini, epf akan collect rm50,000,000,000.00 (rm50 billion) dan disimpan dalam poket kerajaan.
    kerajaan boleh seluk poket anytime nak pakai duit dalam saku kerajaan bernama epf ni.!!!


    apa lagi...
    bomb yg paling besar.
    GST dan penghapusan 'subsidi' minyak.
    kenapa tak umum detail??????
    setakat kata akan dilaksanakan awal tahun depan.
    awal tahun depan bermakna 2 bulan lagi.
    bila dilaksanakan nanti, anda tau apa ke benda dua perkara tu.
    1.minyak harga rm2.50 kat pam petrol.
    orang yg dapat merasa'subsidi' hanya yg dapat tandatangan sokongan JKKK.
    2.anda beli barang rm10 pada price tag...bila sampai kat kaunter bayaran...cashier kata rm10 barang 7.5% good tax atau service tax.
    contoh mudah macam anda belanja kat KFC....harga tulis kat dinding rm9.90 tapi anda kena tambah 5% bila bayar sebagai service tax (government tax).
    lepas ni anda beli apa sahaja...akan kena GST.
    ada faham!!!????


    ada lagi....
    dah lah.

    BalasPadam
  4. Ahad Oktober 25, 2009
    dipetik daripada laman web the star hari ni.

    Rosmah gembira dengan peruntukan Bajet 2010 untuk program Permata
    DUBAI:

    Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan peruntukan RM100 juta untuk program Permata dalam Bajet 2010 merupakan satu pengiktirafan terhadap kepentingan pendidikan dan penjagaan kanak-kanak di peringkat awal di Malaysia.

    kita juga tahu bajet 2010 cadangkan nurseri didirikan disetiap kementerian.nurseri dan program permata ni lebih kurang sama pasal melibatkan ramai kanak-kanak bawah 5 tahun.

    patutlah prasekolah tak dapat apa-apa peruntukan kali ni sampai kerajaan cadangkan buka prasekolah swasta.mampu pulak tu nak bagi pinjaman kat pengusaha tadika dan pelbagai insentif yang lain termasuk melatih guru-gurunya.

    boleh percaya ke bini najib pegang sampai rm100 juta.nanti jadi macam kes balkis di selangor.

    inilah namanya bajet kroni...atau bajet bini.mana lebih penting nurseri atau bini

    BalasPadam
  5. SALAH TU UDIN,kau selalu buat kerja salah SALEHUDIN,selalu ikut nik ajis yang dah nyanyok,yang bolih panggil, persidangan hanya lah presiden parti,orang pas dah banyak diaRH OliH KERAKUSAN NIK AJIS HENDAK TUJUK KUASA, DIA DAK JADI MACAM MAHATHIR,pas harus sedar,macam kata ali rostam ,doa nik aziz dah terbalik kepada pas,doa bn hancur,sekarangf apa dah jadi

    BalasPadam
  6. kita tgk la selama mana lagi nik aziz nak bawa pas .. mgkn dia ingat dia akan terus dimuka bumi ni.... walaupun dah tua tak ingat nak bagi kat org muda berkuasa...kat bn dia pandai kata... tak tau la

    BalasPadam
  7. korang tahu tak gaji polis dan tentera sekarang berapa?lebih banyak daripada gaji kerani..lebih banyak drp gaji cikgu..sedangkan tentera la ni..banyak masa habis kat dalam kem..masuk hutan pun bukannya ada musuh pun..kenapa nak bela sangat..sebab undi pos..itu je..kpd abang2 polis dan askar..bukalah mata luas2..dulu puak2 ni juga yg maki hamun korang..
    satu lagi..dah tahu BN tinggalkan hutang yg banyak,apsal tolol sangat nak ambil negeri2 berkenaan..bagi la balik kat BN,biar BN selesaikan utang piutang,lepas tu korang ambil balik..dan kalau la Tuk Garu nik aziz pinjam duit dikenakan faedah..ini dah kes berat,sbb hukumnya haram..kenapa dok pinjam lagi..takkan ulamak tersohor tak tahu kot..

    BalasPadam
  8. korang semua boleh baca hujah hampas tak bernas daripada totok umno kat sini.boleh nilai sendiri kan.
    budak tadikapun tak macam ni.
    hutang tu dikenakan interest,bukannya tg nik aziz buat pinjaman.hutang yang kerajaan bn tinggalkan sebanyak rm900 juta lebih yang dikenakan interest tapi terpaksa bayar.
    kalau tunggu lagi lama,mau makan bertrilion ringgit malaysia.nasib baik rakyat kelantan,pulau pinang,selangor,perak dan kedah bijak
    koi harap orang pahang bijak macam rakyat negeri-negeri ni sampai ketua audit negara puji cara pengurusan negeri selangor dan pulau pinang.negeri sembilan kena kecam di ketua audit negara pasal paling teruk.
    tak heranlah bagan pinang jatuh ke tangan BN

    BalasPadam
  9. tok iskandar,apa daaa,satu tulisan dah ler,lebih baik hang pi jual nasi kandar ,lagi baik ,tak sapa nak baca ,melaluk sangat

    BalasPadam
  10. Tok Iskandar ni nak tunjuk pandai pasal pengurusan ekonomi konon..jangan tunjuk pandai kat sini. Pergilah buat artikel kat luar sana supaya orang boleh ambil pertimbangan..

    Teori ekonomi PR...itu tajuknya. Orang semua akan bukak mata nak tahu apa dia..

    Cakap pandai, tapi bila kena urus ekonomi negara nanti, terbarai...

    BalasPadam
  11. buat tok iskandar..rosmah dah setuju lantik hang jadi tukang pegang kunci peti besi dia..kalau hang mau,cepat pi daftar kat hospital tanjung

    BalasPadam
  12. gua respek sama lu tok iskandar..hujah bernas ..lagi logik..tapi sayang..akai masih mcm budak kampung..asyik dok salahkan org jeer

    BalasPadam
  13. manusia pegi meninggalkan nama
    umno pegi meninggalkan hutang
    apasal ramai sangat totok umno menyemak kat sini
    blog korang tak laku ke
    macam parti korang jugak semakin tak laku
    pupus ditelan zaman

    BalasPadam
  14. tok iskandar pe jual nasi kandar lagi baik daaaaa,dari dok merapu panjang lebar taksapa ingin baca daaaa

    BalasPadam
  15. kalau totok umno tak masuk kolum ni..nanti org pas alias pkr siok sendiri pula..tak dak pula sape2 nak baca komen hebat lagi dungu yg tok iskandor bikin tuh..percayalah 100 tahun lg pun pas alias pkr tak dapat nak jajah satu malaysia..perrrrrcayalah..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.