PORT DICKSON 5 Okt - PAS mahu usaha membangunkan Port Dickson sebagai bandar pelancongan menjadi keutamaan di bandar itu dan bukannya mengisytiharkannya sebagai “Bandar Tentera Darat”. Naib Presiden Pas yang juga Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang, Salahuddin Ayub (foto) berkata, oleh itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak perlu mengumumkan perkara itu yang bertujuan meraih sokongan pengundi. “Bukan saya tidak setuju tetapi kita katakan prioritinya ialah kita setuju untuk menjadikan Port Dickson satu destinasi pelancongan terbaik dunia. Jadi itu isu yang sebenarnya. “Bukanlah datang di saat Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dan terus isytihar ini bandar tentera darat,” katanya kepada media di Markas Induk Pas bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang di Batu 4 dekat sini hari ini.
[Nampak benar pengumuman ini adalah bertujuan untuk meraih undi angkatan tentera supaya menyokong calon BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang ini sebenarnya. Tiba-tiba umum bandar tentera darat, bukankah ia jelas satu "rasuah pilihanraya" yang sepatutnya diambil tindakan sewajarnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kenapa perlu janji "Bandar Tentera Darat"?. Bukankah ia untuk merasuah pasukan tentera. Maka itu, langkah wajar ialah membuat laporan kepada SPR bahawa kenyataan itu jelas satu rasuah].
Bahan Pilihanraya BN, UMNO Tipu RM218 Juta
KUALA LUMPUR, 5 Okt - Sebuah syarikat memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman RM218 juta oleh syarikat itu terhadap UMNO berhubung bekalan barangan semasa pilihan raya umum 2004. Elegant Advisory Sdn Bhd memfailkan notis rayuan itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat lepas melalui Tetuan Termizi & Co. Peguam Mohd Nazruddin Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menyiapkan alasan rayuan dan tiada tarikh ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan untuk mendengar rayuan itu. Pada 10 September lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Anantham Kasinater, yang membenarkan permohonan Umno bagi menolak saman syarikat itu, memutuskan saman terhadap UMNO itu tidak berasas dan tidak mematuhi Akta Kontrak 1950. Beliau berkata, peguam syarikat itu mengakui tidak terdapat sebarang kontrak bertulis selain tidak dapat menjelaskan mengenai intipati kontrak secara lisan. Elegant Advisory yang mengemukakan saman sivil itu pada 23 Jun 2008 menamakan Bendahari UMNO (ketika itu), Azim Zabidi dan UMNO sebagai defendan berkata, ia dilantik untuk membekalkan peralatan pilihan raya dan bahan penerbitan serta menyediakan pengangkutan kepada UMNO bagi pilihan raya umum ke-11. Syarikat itu mendakwa ia mengemukakan invois berjumlah RM218,013,475 tetapi UMNO gagal menjelaskannya.
[Puak-puak UMNO memang pandai menipu, mereka menggunakan kemudahan seperti yang dijanjikan kemudian mereka pula yang membatalkan dan tidak mahu membuat bayaran. Alasan yang diberikan kontrak tidak mengikut syarat. Walhal pembekal sudah menghantar semua pesanan yang diminta itu. Akhirnya syarikat terbabit yang akan muflis gara-gara tuntutan jutaan ringgit tersebut. Inilah juga berlaku di Pahang, akibatnya Kerajaan Negeri dan Menteri Besar telah disaman kerana gagal melaksanakan perjanjian yang telah dibuatnya dulu].
LARUT, 5 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto), memberi amaran kepada parti lawan supaya tidak meneruskan kempen taktik kotor termasuk menggunakan kekerasan dalam menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang. Dalam masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri juga menasihatkan jentera parti Barisan Nasional supaya bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Larut semalam.
[Muhyiddin seharusnya cerminkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyuruh pihak lain tidak gunakan taktik kotor. Wajarkah BN menggunakan segala jentera kerajaan untuk berkempen?. Malah penggunaan media yang begitu ghairah menghentam parti pembangkang, termasuk Astro Awani yang dulunya agak neutral jelas melihatkan betapa kotornya taktik BN. Oleh itu, wajarlah tuduhan itu ditujukan kepada BN]
Nik Aziz, Elaun Wakil Rakyat Wajar Dinaikkan
KOTA BAHARU, 5 Okt - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto), berkata elaun wakil rakyat negeri itu wajar dinaikkan sejajar dengan khidmat yang diberikan mereka kepada rakyat di kawasan masing-masing. Katanya, cadangan kenaikan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan berlangsung dari 20 hingga 28 Oktober ini. Beliau berkata, cadangan kenaikan elaun itu adalah cetusan daripada wakil rakyat pembangkang dan bukan daripada ahli Pas. "Memanglah elaun wakil rakyat atau Adun negeri ini wajar dinaikkan sesuai dengan tugas yang diberikan oleh mereka berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di Kota Darulnaim di sini hari ini. Sebelum ini, Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Datuk Mohd Alwi Che Mat, mengalu-alukan cadangan kenaikan elaun wakil rakyat negeri ini sebagaimana yang dilaksanakan di negeri lain.
[Semoga dengan kenaikan elaun, semua wakil rakyat di negeri Kelantan dapat berkhidmat dengan lebih baik lagi selepas ini. Selamat bertugas!]







NIK AJIS MAHU ELAUN ADUN DI NAIKAN,TAPI JANGAN LUPA MU PULAK KENA SOKONG ELAUN HAMBOR DI NAIKKAN
BalasPadam