script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Sekilas Pandang, Sungguh Memalukan Bila Pemimpin BN Masih Guna Skrip Lama Untuk Meraih Undi Di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang !!

Suasana kempen pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang kini semakin panas dan cukup mendebarkan. Seperti biasa, siri ceramah Pakatan Rakyat tetap mendapat sambutan menggalakkan dikalangan rakyat manakala ceramah BN biasanya hanya disertai oleh muka yang sama setiap kali ia diadakan. Seperti biasa isu ganas dan tidak bertamadun akan dilontarkan kepada penyokong Pakatan Rakyat, sebaliknya penyokong BN dianggap berdisplin, berbudi bahasa dan lemah lembut. Inilah yang dimomokkan kepada rakyat menerusi media arus perdana yang dikawal oleh mereka. Banyak kenyataan yang dibuat oleh pemimpin BN dilihat sengaja ingin mencetuskan satu keadaan huru-hara dan tidak tenteram. Antaranya, tuduhan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan lain-lain pemimpin lain kononnya pembangkang kini tertekan dan telah membuat pelbagai surat layang dan fitnah terhadap calon BN, Isa Samad. Isu Ketua Putera UMNO, Azeez Rahim kononnya dibelasah terus diperbesarkan, bagi membuktikan bahawa penyokong pembangkang "ganas". Mungkin, dengan cara ini rakyat diminta melupakan hasrat untuk mengundi PAS dalam pada 11 Oktober ini.

Semua ini adalah rencah pilihanraya yang sering didendangkan oleh puak-puak UMNO BN selama ini. Mereka lupa, isu Khairy dikasari ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh dulu pun masih belum ada jawapan sehingga ke hari ini. Maka itu, apakah wajar BN menggunakan skrip yang sama demi mengalih pandangan rakyat supaya menyokong mereka?. Sikap yang sama turut diteruskan oleh puak-puak UMNO BN , biarpun mereka tahu bahawa idea itu tidak membawa apa-apa kesan terhadap sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat selama ini. Kekalahan 1-7 dalam 8 pilihanraya kecil terdahulu jelas menunjukkan bahawa BN sememangnya sudah tiada lagi dihati rakyat. Hanya mereka yang tidak mengerti soal perubahan sahaja yang akan terus menyokong parti karat biru itu sebenarnya. Bagi mereka yang mahukan perubahan, sudah pasti penolakan secara total akan dilakukan terhadap UMNO pada masa ini. Namun, dalam keghairahan berkempen mereka masih menggunakan juga taktik yang sama iaitu menabur janji dan pembangunan kepada rakyat. Pembangunan dari segin insfrastruktur, kebajikan dan sebagainya terus diberikan tanpa membezakan kaum masing-masing. Projek jalanraya, sekolah, rumah rakyat serta lain-lain kemudahan terus dilimpahkan kepada warga Bagan Pinang. Semua ini bagi menunjukkan kononnya hanya BN sahaja yang memang mengambil berat permasalah rakyat setempat.

Pembangunan Buat Rakyat Terus Diabaikan


Sesuatu harus diketahui oleh rakyat di Bagan Pinang sekarang ini ialah sememangnya pembangunan di Port Dickson semakin terpinggir, biarpun selepas 52 tahun berada dibawah tampuk pemerintahan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Kerajaan gagal membawa pembangunan malah memajukan industri pelancongan di kawasan ini. Bukti jelas menunjukkan beberapa buah hotel dan resort mewah yang terbengkalai dan terbiar kaku tanpa sebarang tindakan. Tinjauan krew kami ke lokasi berkenaan, sungguh menakjubkan !! Seolah-olah kerajaan Negeri Sembilan langsung tidak peka dengan senario ini. Bangunan yang sudah lapuk dan kosong terbiar layu jelas sekali mencacatkan pemandangan sekitar jalan dari Port Dickson ke Teluk Kemang. Malah, ada juga maklumat yang diterima bahawa pembinaan sebuah pusat peranginan berbentuk hotel dan resort yang dimiliki oleh anak Mantan Perdana Menteri, Mahathir iaitu PD World Marina Resort, dilihat "hidup segan mati tak mahu". Bangunan yang sudah semakin usang dan menanti masa untuk dikosongkan, jelas menunjukkan betapa kurangnya pelancong tempatan dan asing yang berkunjung ke kawasan ini. Malah, kawasan pantai Teluk Kemang juga khabarnya amat menjijikkan bila mana tidak disediakan tandas awam dan gerai yang sudah usang masih digunakan. Semua ini melambangkan betapa tidak prihatinnya pemimpin BN sendiri terhadap kemajuan kawasan terbabit. Kini mereka pula yang mendabik dada kononnya ingin membawa pembangunan buat rakyat.


PD World Marina yang gagah dari jauh tetapi suram bila didekati

Apa yang jelas dapat dilihat ialah sikap pemimpin UMNO dan BN yang hanya sekadar pandai menabur janji tatkala menjelangnya musim pilihanraya. Maka akhirnya, destinasi pelancongan popular sejak zaman berzaman itu, kini semakin sepi dan terbiar kaku. Malah, bangunan hotel dan resort yang terbengkalai dan sudah bankrap didapati telah menganggu pemandangan di sekitar pandai peranginan itu sendiri. Apakah ia disedari atau sengaja dibuat tidak sedar oleh pemimpin UMNO BN, terutamanya Isa Samad ketika beliau bergelar MB Negeri Sembilan satu ketika dulu itu?. Jika, masalah remeh temeh seperti ini pun gagal untuk ditangani, maka apatah lagi bila beliau kembali bergelar Wakil Rakyat.

Media Arus Perdana Diarah Mainkan Peranan

Seperti biasa sejak berkurun lamanya, media arus perdana akan diberi peranan dan tanggungjawab untuk menggempur pembangkang dalam setiap kali musim pilihanraya. Kali ini lebih dasyat lagi, apabila banyak la;poran yang "senget" dan "berat sebelah" terus dilaporkan oleh mereka. Semua ini bagi memesongkan minda rakyat supaya memberi sokongan padu kepada calon BN. Media mula memaparkan berbagai projek pembangunan dan kebajikan yang dibawa kepada rakyat berbilang bangsa di Bagan Pinang. MCA akan membuat kebajikan untuk kaum Cina, MIC untuk kaum India dan UMNO untuk kaum Melayu. Mereka mula bekerjasama untuk membuktikan bahawa BN harus dikekalkan. Media tanpa usul periksa akan menyiarkan segala aktiviti BN, sebaliknya aktiviti Pakatan Rakyat dibekukan atau disiarkan dalam jumlah yang amat kecil sekali. Apakah motif media sebenarnya, selain dari cuba untuk memastikan kemenangan BN. Media sudah lupa, antara punca utama kejatuhan mereka dibeberapa buah negeri dulu adalah kerana kerakusan media arus perdana memaparkan berbagai "omongan kosong" yang tidak sewajarnya dilakukan. Jika dulu, kita masih lagi boleh mengharapkan saluran swasta seperti Astro sebagai penyelamat untuk rakyat mendapat berita yang telus dan tepat. Kini tidak lagi, malah Astro Awani pula dilihat semakin bersemangat untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat .

[Tinjauan kami di Bagan Pinang ternyata sebenarnya BN yang semakin terdesak untuk mempertahankan kerusi DUN itu. Sedangkan PAS dan Pakatan Rakyat terus menggasak dengan berbagai isu termasuk kepincangan yang berlaku di Negeri Sembilan ketika zaman pemerintahan Isa Samad dulu. Bukti jelas menunjukkan BN terdesak ialah apabila mereka mengisytiharkan Port Dickson sebagai "Bandar Tentera Darat", walhal sepatutnya PD dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang terunggul di negara ini. Kenapa ini berlaku?. Ianya jelas untuk memancing undi para anggota tentera yang dikhuatiri berpaling tadah dan memberi undi ehsan kepada PAS dihari pengundian 11 Oktober ini].

Share:

14 ulasan:

  1. apapun ada juga pembangunan dari bn tapi kalau pakatan yg perintah rasanya nmpak laut aje la..tak ada banggunan yg naik.... apa yg pdo tulis ni hanyalah sebab tak ada modal nak dirikan bangunan ..so dengki la tu

    BalasPadam
  2. dah ada bukti bergambar tak ada serangan fizikalpun terhadap aziz.boleh tengok kat laman sesawang harakahdaily.net.

    apo citor ni jang.elok SPR dan polis dapatkan segera keterangan daripada doktor pakar HKL di hospital.jika didapati tiada sebarang kecederaan,aziz ni boleh didakwa kerana menipu dan menyusahkan orang lain.ramai lagi yang sakit dan perlu dirawat.

    ramai yang dah mula meluat dengan sandiwara aziz dan mail sabri ni.teman-teman di Bera malu mengaku mail sabri wakil rakyat mereka.

    ada yang cadangkan agar aziz diperiksa otaknya oleh doktor.

    BalasPadam
  3. ramai yang tertanyo-tanyo mano poeinyo KJ.kelibatnya tak kelihatan ketika hari penamaan calon mengesahkan lagi dakwaan adanya krisis antara KJ dengan Isa.Dulu ketika Pak Lah jadi PM,Isa telah digantung selama 3 tahun.Mat Hasan juga telah dilantik jadi MB oleh Pak Lah.apakah petanda atau riak usaha memboikot isa sudah bermula

    BalasPadam
  4. Ada penganalisis politik berkata idea mencalonkan Isa datangnya daripada mahathir.cuma dia tak nak terlibat secara langsung berkempen untuk Isa.
    Dulu masa sanusi junid jadi MB Kedah,BN hilang majoriti 2 pertiga kepada PAS.Impaknya sanusi dipecat mahathir kerana dipersalahkan sebagai punca kekalahan teruk BN di Kedah.
    Kini,Mat Hassan pula jadi kambing hitam kerana NS hilang majoriti 2 pertiganya dalam PRU yang lepas.
    Jika menang,Isa dikatakan akan menggantikan Mat Hassan.
    KJ yang senada dengan Pak Lah tidak bersetuju Isa jadi MB kerana mereka yang menaikkan mat hassan.
    NS bakal menjadi Terengganu di mana UMNO bertempur sesama sendiri untuk merebut kuasa

    BalasPadam
  5. Tok Iskandar buat apa nak sibuk pasal UMNO??

    Fokus pada isu yg ada di Bagan Pinang dan beri jalan penyelesaian..itu lagi objektif dpd menyibuk hal parti orang!!

    Jadilah politikus/pemerhati yang bernas bukannya jadi pencacai yg suka buat fitnah dan maki hamun!!

    Nyanyok nak padam dah si Tok Iskandar nih!!

    BalasPadam
  6. Kelakar betul media arus perdana; Dalam surat khabar tu tuli perang poster sudah bermula di Banagn Pinang tapi yang ditujukan bendera BN je. adalah satu dua bendera PAS. Ini bukan perang Poster tapi perang omong kosong.

    BalasPadam
  7. dia org dah ketaq mulalah salahkan media perdana... tapi bawa masuk juga berita media perdana dlm blog ni... heheheh. ckp tak serupa bikin

    BalasPadam
  8. kesian aku tengok PDO ni...memang tak ade isu betoi nak tulis....woi kalau bukan BN, PD tu tak terkenal macam sekarang lah bangannngggggggggggg.....

    BalasPadam
  9. PDO DAH MAKIN TIDAK BERMAYA DALAM MENGUTAR ISSUE YANG NAK DI TONJOLKAN,MAKIN RENDAH METALITI,DAN DAN MAKIN MERNYALAH SIFAT MARHAENNYA,NO CLASS BROTHER,JUST LIKE COMMOMN PAHRIAS

    BalasPadam
  10. Betul ke Port Dickson terkenal kerana BN seperti apa yang anonymous diatas katakan...?

    Pernahkah anda datang ke pantai Port Dickson...? Apakah hanya setakat itu saja yang mampu BN membina Port Dickson sebagai pantai tarikan pelancong..?

    Untuk pengetahuan anonymous.., Port Dickson telah dianaktirikan sejak zaman pemerintahan ISA menjadi Menteri Besar dulu.

    Sebenarnya tanah pantai itu adalah tanah rizeb melayu. Kerajaan negeri tidak dapat apa-apa keuntungan besar jika mereka membangunkan kawasan itu kecuali jika tanah itu boleh mereka jual kepada taukey kapitalis.

    Oleh kerana itu dalam senyapnya mereka telah memboikot pembangunan disitu....

    Sekarang sudah kedengaran dari mulut pemimpin Barisan Nasional kononnya Port Dickson ingin dijadikan sebagai "Bandar Tentera...?"

    Hanya orang bangang seperti penyokong dan ahli UMNO saja akan mempercayainya.

    BalasPadam
  11. apa ke jadah bandar pelancongan jadi bandar tentera!!!! bodoh betui pemimpim kita

    BalasPadam
  12. bodoh tak pernah pi kat PD ke,kan sana banyak pusat tentera,di PD tentera dilatih dari zaman tok nenak kita ,kamu yang bodoh kerana cetek pengahtahuan,budoh punya anak melayu

    BalasPadam
  13. GUA TAHULAH KAT SITU ADA KEM TENTERA, TEMPAT LATIHAN, DAN LAIN LAIN KEMUDAHANLAH BODOH. LU TU YANG BODOH, HANG TAHU KE MAKSUD BANDAR? BODOH PIAK BETUL HANG NI!

    BalasPadam
  14. BODOH? APA DIA MAKSUD BANDAR . ,HANG MEMANG BODOH ?,SEBAB TAK JELAS DALAM PEULISAN

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

MARAN : Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Tem...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.