KLANG - Aktivis pembangkang, Khalid Mohd. Ismath ditahan sepasukan anggota polis di rumahnya di Bandar Putri Fasa 2 di Klang, Selangor hari ini, dipercayai bagi membantu siasatan komennya dalam laman sosial berkaitan perhimpunan haram baru-baru ini. Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang digantung tiga semester kerana mengugut polis Jun tahun lalu ditahan pukul 5.45 petang ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. Difahamkan beliau ditahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 . Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman Datuk Hadi Ho berkata bekas penuntut itu ditahan pada 5.30 petang berhubung kenyataan di laman blognya yang cuba menghasut untuk menyerang pasukan keselamatan pada perhimpunan haram anjuran pembangkang di Padang Merbok, di sini hari ini. "Dalam kenyataannya itu turut mengganggap perhimpunan pada hari ini tidak akan berjaya sekiranya kereta FRU (Polis Unit Simpanan Persekutuan) tidak diterbalikkan dan sebagainya," katanya kepada media. #sumber
AS umum cadangan tarif baharu terhadap rakan dagang utama, termasuk Malaysia
-
Tarif baharu berhubung dakwaan lebihan pengeluaran itu dijangka berkuat
kuasa paling awal pada Januari, kata seorang pegawai kanan AS.
5 jam yang lalu







amatlah tidak masuk akal ditahan kerana berkata benar.bersuara atas kebenaran fakta dikatakan hasutan lalu ditangkap,membuat fitnah liwat,menghalau kehutan,menghalau kenegara lain,menghina hudud,menghina rasullullah bebas pulak.perompak ,penyamun,perasuah tak pulak ditangkap atau disiasat,pemberi maklumat pulak yang kena belasah.apa nak jadi dengan pemimpin bn/umno ni,sampai bila nak jadi firaun?.bn/umno kalaulah itu yang kamu mahu,itu yang akan kamu dapat.ingatlah bumi yang kamu pijak setiap saat menyumpah kamu.mereka yang telah kembali oleh angkara kezaliman kamu akan menuntut keadilan dimahkamah masyar nanti.suatu BLACKOUT yang pasti dan menanti.
BalasPadam