script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

SPAD Menggesa Penguasa Bas Ekspres Jual Tiket Online


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggesa semua pengusaha bas ekspres menggunakan sistem penjualan tiket secara online bagi membanteras gejala ulat tiket, ketika musim perayaan. Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata melalui cara itu, pengusaha bas ekspres bukan sahaja membantu pihak berkuasa mengatasi masalah tersebut malah dapat mengelak pengguna daripada menjadi mangsa sindiket terbabit. "Saya tengok kebanyakan masalah timbul apabila syarikat bas ekspres tidak mempunyai kaunter jualan. "Syarikat bas seperti inilah yang selalu pakai ulat. Jadi kita perlu mengenal pasti dan mengeluarkan mereka daripada sistem," katanya kepada pemberita selepas meninjau jualan tiket bas ekspres menjelang Hari Raya Aidilfitri di Hentian Putra, di sini, Jumaat. Beliau juga berkata, isu ulat tiket dikesan semakin menjadi-jadi, apabila anggota penguat kuasa SPAD turut cuba diancam ketika sedang bertugas. "Yang paling teruk dan paling kasar sekali ialah di Pudu Sentral, dia ada dia punya geng. "Sekarang kita perlu tegas mengenai perkara ini dan mereka ini lebih maju dan mereka mempunyai 'tonto' bersama 'walkie talkie' dan orang kita pun banyak kali dah nak kena pukul," katanya. Sementara itu, Syed Hamid berkata orang ramai boleh mula membeli tiket bas ekspres sempena hari raya, dengan caj tambahan 10 peratus dikenakan. "Tiket tersebut adalah untuk perjalanan bermula 8 Julai hingga 8 Sept 2013. "Kenaikan tambang itu bertujuan menampung kos bila bas mereka balik kosong, ia dapat tampung kos perjalanan balik," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiada Perancangan Bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Untuk Memberi Laluan Kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Setakat Ini

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tiada perancangan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dibubarkan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.