KUANTAN - Kadar zakat fitrah untuk negeri Pahang pada tahun ini sama seperti sebelum ini iaitu RM7 selepas kadar bayaran tersebut mendapat perkenan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, penetapan kadar zakat fitrah itu mengambil kira harga semasa beras.
Beliau berkata, pihaknya melantik seramai 950 amil yang akan bertanggungjawab melaksanakan urusan tersebut sepanjang bulan Ramadan ini.
"Justeru, umat Islam di negeri ini dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Muip," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Wan Abdul Wahid berkata, umat Islam yang enggan membayar zakat fitrah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 171 (1) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
"Bagi sesiapa yang didapati membayar zakat fitrah kepada amil yang tidak bertauliah dan sesiapa yang bukan amil atau mengutipnya adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 173 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
"Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya," katanya.
Beliau berkata, bayaran itu boleh dibuat di masjid serta surau termasuk di kompleks beli-belah yang menyediakan amil zakat. #sumber
AS umum cadangan tarif baharu terhadap rakan dagang utama, termasuk Malaysia
-
Tarif baharu berhubung dakwaan lebihan pengeluaran itu dijangka berkuat
kuasa paling awal pada Januari, kata seorang pegawai kanan AS.
5 jam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan