script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ku Nan: Presiden Dan Timbalan Presiden Boleh Di Cabar


KUALA LUMPUR - Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO akan dipertandingkan dalam pemilihan parti itu tahun ini. Mengesahkan perkara tersebut, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Masor berkata, parti itu tidak menghalang mana-mana pihak untuk menawarkan diri bertanding termasuk bagi merebut jawatan nombor satu parti. "Semua jawatan boleh bertanding. Semua jawatan dari peringkat presiden hinggalah ke jawatan Majlis Tertinggi. "Hanya daftarkan diri...semua boleh bertanding," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Khamis. Isu mengenai pertandingan membabitkan kedua-dua jawatan tertinggi  UMNO itu mula ditimbulkan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang dilaporkan mencadangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu tahun ini bagi memastikan kekuatan parti terus utuh. Cadangan itu disambut baik oleh kepimpinan  UMNO termasuk sayap parti itu. Bagaimanapun terdapat juga pandangan yang tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan termasuk Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaako yang tidak mahu  UMNO  menjadi parti yang eksklusif. Adnan dilaporkan berkata bahawa kesemua jawatan harus terbuka untuk dipertandingkan kerana baginya ia akan  menjadikan parti UMNO itu kekal relevan kepada golongan muda dan berpendidikan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiada Perancangan Bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Untuk Memberi Laluan Kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Setakat Ini

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tiada perancangan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dibubarkan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.