PUTRAJAYA - Kes rayuan membabitkan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang memasuki hari kedua hari ini menyaksikan pihak pendakwaan gagal menjawab siapa pemilik sebenar selipar yang ditemui di dalam kereta tertuduh.
Peguam kepada Koperal Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamaruddin yang ditemui memberitahu terdapat isu-isu yang pada mahkamah merupakan isu-isu penting terutamanya isu selipar yang ditemui gagal dijawab oleh pihak pendakwaan.
Malah menurut beliau lagi, berkenaan dengan hak milik selipar sehingga sekarang tidak ada saksi yang dipanggil oleh pihak pendakwaan dan ia merupakan isu penting dan perlu diputuskan.
"Kita telah mengemukakan hujah semalam dan ia perlu dijawab oleh pihak pendakwaan, namun apa yang kita perhatikan hari ini bahawa pihak pendakwaan gagal mengenalpasti siapa pemilik sebenar selipar tersebut.
"Sehingga sekarang pihak pendakwaa gagal memanggil saksi untuk mengenal pasti pemiliknya dan bagi saya ini merupakan isu penting dan perlu diputuskan," jelas beliau.
Jelasnya lagi, perkara yang dibangkitkan oleh pihak pembela mengikut pemikiran mahkamah ia merupakan perkara utama yang harus dijawab oleh pihak pendakwaan dan ia telah diajukan kepada pihak pendakwaan untuk dijawab secara khusus. Sementera itu, setelah mendengar hujah dari kedua-dua belah pihak pembelaan dan pendakwaan, Hakim Datuk Sri Mohamed Apandi Ali menetapkan satu tarikh yang lain bagi membuat keputusan selepas beliau dan dua lagi Hakim Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat analisis terhadap hujah-hujah yang telah diberikan. #sumber
AS umum cadangan tarif baharu terhadap rakan dagang utama, termasuk Malaysia
-
Tarif baharu berhubung dakwaan lebihan pengeluaran itu dijangka berkuat
kuasa paling awal pada Januari, kata seorang pegawai kanan AS.
5 jam yang lalu






milik jepun...selipar jepun...hehe
BalasPadamFree Download Majalah, TV Series, Watch Anime & Movie Online @ ZirahNamia's Blog