script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Ketegangan Depan Parlimen, 25 Aktivis Di Tahan


KUALA LUMPUR - Ketegangan yang berlaku di antara polis dan peserta Black 505 berjaya dileraikan selepas campur tangan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Kumpulan tersebut yang berarak dari Padang Merbuk selepas berkhemah dua malam di lokasi tersebut untuk menyerahkan memorandum menuntut ahli panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak cuba merempuh halangan polis di Parlimen. Polis berjaya menahan beberapa ahli badan bukan kerajaan (NGO) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam keadaan sedia melepaskan gas pemedih mata. 


Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menenangkan kumpulan tersebut dengan berjanji akan menyerahkan memorandum itu kepada pihak berkaitan. "Kami akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkaitan, Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk mengadakan pilihan raya semula dan memperbaiki kelemahan SPR," katanya bagi pihak Pakatan Rakyat. Beliau berkata, perhimpunan itu membuktikan dedikasi rakyat menuntut pilihan raya yang bersih dan kerajaan pilihan mereka. Polis menahan kira-kira 25 individu yang terlibat dalam pergelutan selama dua jam itu. Pergelutan itu berlaku apabila sekumpulan aktivis dipercayai cuba merempuh halangan polis dan membaling beberapa beg berisi cat berwarna oren kepada anggota polis. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiada Perancangan Bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Untuk Memberi Laluan Kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Setakat Ini

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tiada perancangan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dibubarkan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.