KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen DAP, Ong Kiang Ming (Serdang, Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Justin Tan (Stampin) berhubung dakwaan dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) memiliki ijazah palsu.
“Saya dengan sekeras-kerasnya membidas kandungan kenyataan mereka. Kerana ia dilakukan di luar Dewan Rakyat, apa yang saya akan lakukan ialah meminta peguam saya mengendalikan hal ini,” katanya.
Beliau menambah, ia satu tuduhan “fitnah yang serius”.
“Ijazah Sarjana saya dalam Sumber Manusia daripada Hertfordshire, London, begitu juga Ijazah saya dalam Sumber Manusia. Sebab itu saya dalam Kementerian Sumber Manusia.
“Sebagai menteri bertanggungjawab, saya bidas perkara ini sebagai fitnah. Biar peguam saya kendalikannya.”. #sumber
AS umum cadangan tarif baharu terhadap rakan dagang utama, termasuk Malaysia
-
Tarif baharu berhubung dakwaan lebihan pengeluaran itu dijangka berkuat
kuasa paling awal pada Januari, kata seorang pegawai kanan AS.
5 jam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan