Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berhubung kes pemain pertahannya, Aidil Zafuan yang dilayangkan kad merah ketika berdepan dengan Lions XII di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, penolakan kes Aidil berdasarkan kesalahan di bawah Perkara 35.3 (2) mengenai pergantungan secara automatik pemain yang dilayangkan kad kuning mahupun merah.
Sehubungan itu katanya, pihak FAM secara langsung tidak mempunyai bidang kuasa untuk meminda hukuman yang telah dijatuhkan oleh pengadil perlawanan.
"Layangan kad kuning dan kad merah adalah keputusan pengadil. Mana-mana pemain dilayangkan dua kad kuning digantung satu perlawanan namun bagi kad merah yang dilayangkan secara terus digantung dua perlawanan.
"Peraturan ini diguna pakai di mana-mana liga seluruh dunia, cuma masalah yang berlaku ada sesetengah liga penggantungan dua perlawanan tidak melibatkan perlawanan kalah mati.
"Namun dalam Kod Tatatertib FAM menjelaskan, mana-mana pemain yang bermain dalam Liga Malaysia seandainya dilayangkan dua kad kuning dan kad merah tidak boleh beraksi dalam saingan liga dan juga perlawanan kalah mati.
"Bagi kes Aidil ini ia jelas di mana keputusan diambil tertakluk di bawah Perkara 35.3(2) dan FAM mengambil keputusan menolak rayuan tersebut serta hukuman gantung dua perlawanan kekal," katanya kepada para pemberita selepas beliau mempengerusikan mesyuarat tatatertib di Wisma FAM semalam. #sumber
AS umum cadangan tarif baharu terhadap rakan dagang utama, termasuk Malaysia
-
Tarif baharu berhubung dakwaan lebihan pengeluaran itu dijangka berkuat
kuasa paling awal pada Januari, kata seorang pegawai kanan AS.
5 jam yang lalu






rehat² la kat umah tgk perlawanan kat astro :)
BalasPadamFree Download Majalah, TV Series, Watch Anime & Movie Online @ ZirahNamia's Blog