KUANTAN - Apa sudah jadi dengan penguatkuasaan undang-undang tanah dan hutan di Negeri Pahang Darul Makmur?. Sebelum ini kita hanya mendengar isu kerakusan pihak berkenaan menceroboh tanah secara haram untuk tujuan pertanian dan pembangunan seperti yang berlaku di Cameron Hihglands dan sebagainya. Pencerobohan tanah yang rakus tanpa memperdulikan undang-undang telah menyebabkan kawasan tadahan hujan dan Hutan Simpan diterokai sewenang-wenangnya oleh pihak terbabit. Jika selama ini ia berlaku diluar kawasan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang (Kuantan). Namun, maklumat terbaru kini pencerobohan tanah semakin menular di kawasan bandar Kuantan sendiri. Terdapat sumber mengatakan antara kawasan tanah yang bakal diterokai oleh pihak berkenaan ialah kawasan bukit berhampiran Rancangan Rumah Murah (RRM) Semambu dan Bukit Pelindung. Sangkaan itu hampir menepati ramalan apabila kini dilaporkan Bukit Pelindung yang terletak berhampiran kawasan Teluk Chempedak kini sudah diterokai oleh pihak terbabit. Perkara ini didedahkan di laman sembang sosial Facebook ADUN Beserah, YB Andansura Rabu hari ini.
Tidak dapat dipastikan samada ia mempunyai kelulusan oleh pihak berkuasa negeri atau sebaliknya. Namun, jika pun diluluskan ia amatlah tidak wajar kerana bukit berkenaan merupakan tadahan hujan kepada bandar Kuantan. Jika ia tidak dihentikan, maka dikhuatiri bencana yang lebih buruk akan melanda Kuantan pada masa akan datang. Oleh itu, pihak berkuasa terutamanya Pejabat Pengarah Tanah & Daerah (PTG) Pahang digesa memantau kegiatan ini dengan kadar segera. #sumber
AS umum cadangan tarif baharu terhadap rakan dagang utama, termasuk Malaysia
-
Tarif baharu berhubung dakwaan lebihan pengeluaran itu dijangka berkuat
kuasa paling awal pada Januari, kata seorang pegawai kanan AS.
5 jam yang lalu








Tiada ulasan:
Catat Ulasan