script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penduduk Merapoh Rayu Kerajaan Batal Kilang Simen !!


KUALA LIPIS - Kawasan gua, flora dan fauna di Merapoh, berkemungkinan akan lenyap jika wujudnya kilang simen seperti diuar-uarkan beberapa tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, jika projek itu direalisasikan berkemungkinan alam sekitar dan gua batu kapur yang dikenali sebagai ‘Cave Paradise’ dalam kalangan pelancong Barat akan terancam serta mengalami kepupusan pada masa depan. “Impaknya juga akan berlaku pencemaran air di aliran sungai berdekatan yang menjadi kawasan pemuliharaan ikan kelah merah dan ikan sebarau. “Bagaimanapun, projek itu masih peringkat kajian semua pihak, termasuk kerajaan negeri dan kita prihatin terhadap setiap rayuan penduduk Merapoh yang mahu projek ini dibatalkan,” katanya. Beliau berkata demikian pada taklimat ‘Save Merapoh Caves” dan melawat persekitaran bukit batu kapur di Merapoh, kelmarin. Hadir sama ADUN Padang Tengku, Dato' Mustapa Long. Difahamkan, penduduk Merapoh menyatakan bantahan apabila 85 gua batu kapur berusia 300 juta tahun, termasuk flora dan fauna di situ akan terancam berikutan ada cadangan pembinaan kilang simen oleh pelabur luar. Mohd Sharkar yang juga Adun Lanchang berkata, rangkaian gua batu kapur di Merapoh, adalah kawasan gua terbesar di Asia Tenggara dan berkemungkinan antara terbesar di dunia. "Merapoh memang terkenal dengan pintu masuk bagi pendaki ke Gunung Tahan melalui Taman Negara Sungai Relau selain laluan yang sinonim bermula di Kuala Tahan, Jerantut. “Jadi, kita akan kaji secara teliti segala tuntutan dan rayuan supaya memulihara kawasan ini bagi tujuan pembangunan pelancongan dan manfaat penduduk,” kata beliau. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiada Perancangan Bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Untuk Memberi Laluan Kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Setakat Ini

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tiada perancangan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dibubarkan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.