RAUB - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menimbang cadangan untuk membina kemudahan kereta kabel dari Raub ke Bukit Fraser bagi memberi peluang kepada pelancong menikmati keindahan panaroma di pusat peranginan itu. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kementerian akan meneliti cadangan Ketua UMNO Bahagian Raub Dato' Shahiruddin Ab Moin yang mahu agar diwujudkan kemudahan kereta kabel berkenaan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Raub dan Bukit Fraser."Saya menimbang secara serius perkara ini dan akan cari jalan untuk jadikan ia satu realiti dan saya akan menemui Perdana Menteri untuk bincang mengenainya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Mengenal Burung Bukit Fraser 2013 di sini, semalam. Beliau berkata, pembinaan kemudahan itu juga akan membuka peluang ekonomi kepada penduduk Raub dan sekitar Bukit Fraser untuk terlibat dalam aktiviti perhotelan dan pengangkutan. Katanya, dengan wujudnya kemudahan kereta kabel itu, permintaan tempat penginapan untuk pelancong akan turut meningkat sekali gus menuntut lebih banyak hotel dibina di Raub. #sumber
AS umum cadangan tarif baharu terhadap rakan dagang utama, termasuk Malaysia
-
Tarif baharu berhubung dakwaan lebihan pengeluaran itu dijangka berkuat
kuasa paling awal pada Januari, kata seorang pegawai kanan AS.
5 jam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan