KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Samad dipilih sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) bagi penggal Parlimen ke-13.
Pemilihan Shahrir dibuat sebulat suara dalam mesyuarat BNBBC pada Selasa selepas pembukaan mesyuarat pertama, penggal pertama Parlimen ke-13 oleh Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Sebelum ini bagi penggal Parlimen ke-12, BNBBC dipengerusikan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Tiong King Sing.
Shahrir yang ditemui di lobi Parlimen pada Rabu mengesahkan mengenai pemilihan itu.
Menurut Shahrir, mesyuarat juga bersetuju untuk mengekalkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin sebagai Timbalan Pengerusi dan anggota Parlimen Mersing, Johor Datuk Dr Latiff Ahmad sebagai setiausaha.
Shahrir yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pernah pimpin BNBBC bagi penggal Parlimen ke-11 selama dua tahun sebelum meletak jawatan pada 2006. #sumber
AS umum cadangan tarif baharu terhadap rakan dagang utama, termasuk Malaysia
-
Tarif baharu berhubung dakwaan lebihan pengeluaran itu dijangka berkuat
kuasa paling awal pada Januari, kata seorang pegawai kanan AS.
5 jam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan