KUANTAN - Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup bermula esok.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor kesihatan para pelajar ekoran IPU di Kuantan yang mencecah paras tidak sihat hari ini.
"Kalau kita tengok keadaan (jerebu) hari ini, memang teruk...jarak penglihatan pun makin kurang, nak bernafas pun sudah tidak selesa. Bayangkan kalau anak-anak kita ke sekolah esok, ini boleh membahayakan kesihatan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, The Zenith Hotel dan Menara Zenith Putra Square, di sini hari ini oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
Menurut laman web JAS setakat 11 pagi ini IPU dua kawasan di Kuantan dilaporkan mencatat bacaan tidak sihat iaitu Balok Baharu 149 dan Indera Mahkota 107.
Sementara itu, Pemangku Pengarah Pelajaran Pahang Rosdi Ismail berkata arahan penutupan itu membabitkan 120 sekolah menengah dan rendah di daerah ini.
"Sebelum ini pun kita sudah keluarkan arahan kepada semua sekolah supaya tidak melakukan sebarang aktiviti kokurikulum," katanya.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan juga mengingatkan semua guru besar dan pengetua ikuti garis panduan, bagi menangani sebarang masalah jika jerebu melanda negara. #sumber
AS umum cadangan tarif baharu terhadap rakan dagang utama, termasuk Malaysia
-
Tarif baharu berhubung dakwaan lebihan pengeluaran itu dijangka berkuat
kuasa paling awal pada Januari, kata seorang pegawai kanan AS.
5 jam yang lalu







keputusan yang bijak...t.k. MB !!
BalasPadampolisas cuti tak..
BalasPadamJerebu merbahaya untuk kanak-kanak saja ke? Jerebu tidak merbahaya untuk dewasa ke? Mahu bagi cuti, bagi je la. Tak payahlah nak bagi alasan gini gitu. Nampak sangat bersandiwara.
BalasPadamAcara Sukan Special Olympic Malaysia anjuran JKM untuk anak2 kurang upaya dijadualkan berlansung 24-27/6..tiada berita rasmi tentang pembatalan..kontinjen berkampung di zenith hotel..tolong cek sikit..elok juga cek jumlah perbelanjaan yg dikeluarkan dan dapat sumber dari mana..tahun ni di selangor duit peruntukan aktiviti dari jkm sepatutnya tiap tahun RM30K tapi pdk di selangor dapat RM1K saja..apa cerita tak tau..bila tanya tak ada siapa nak jawab..
BalasPadam