KUANTAN - Semua lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negeri ini telah dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan pemantauan dan membantu siasatan sesuatu kes termasuk insiden tahanan meninggal dunia.
Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, pihaknya turut mengarahkan supaya pegawai dan anggota polis yang bertugas memeriksa keadaan tahanan di dalam lokap sekurang-kurangnya dua kali setiap hari.
"Kita juga akan pastikan setiap tahanan akan dibawa berjumpa pegawai perubatan terlebih dahulu untuk pengesahan kesihatan," katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.
Pada majlis itu, seramai 22 pegawai dan anggota polis menerima kenaikan pangkat, manakala 11 yang lain yang bertugas di Lahad Datu diberikan surat penghargaan dan tiga orang awam menerima surat penghargaan Ketua Polis Pahang.
Sharifuddin berkata, beliau berharap semua ketua jabatan, ketua polis daerah, dan ketua polis balai dapat mengambil iktibar akan kejadian kematian tahanan ini.
"Saya harapkan semua pihak yang terlibat memastikan pegawai dan anggota terutamanya detektif peka serta patuh kepada undang-undang pasukan dalam menangani situasi ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau mahu semua pegawai dan anggota polis perlu menjadi contoh kepada masyarakat serta perlu bersedia terima kritikan daripada orang ramai.
"Kita kena akur dengan fenomena semasa, iaitu kita diperhatikan bukan saja oleh kerajaan, tetapi juga oleh pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan.
"Jika kita bekerja dengan jujur, tanpa fikirkan faedah segera yang pentingkan diri sendiri, sudah pasti kita akan dihormati," tambahnya lagi. #sumber
AS umum cadangan tarif baharu terhadap rakan dagang utama, termasuk Malaysia
-
Tarif baharu berhubung dakwaan lebihan pengeluaran itu dijangka berkuat
kuasa paling awal pada Januari, kata seorang pegawai kanan AS.
5 jam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan