script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Abd Kudus Menang Saman Fitnah Lawan Kayveas, NSTP


KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya Abdul Kudus Ahmad berjaya dalam saman fitnahnya terhadap bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr M.Kayveas dan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP). Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas mendapati Kayveas dan NSTP bertanggungjawab memfitnah Abdul Kudus. Sehubungan itu, Su memerintahkan Kayveas membayar ganti rugi am kepada Abdul Kudus serta faedah lima peratus dari tarikh saman dikemukakan sehingga penyelesaian penuh.Beliau turut memerintahkan NSTP membayar ganti rugi am, teruk dan teladan kepda plaintif. Mahkamah menetapkan 11 Julai sebagai pengurusan kes bagi taksiran ganti rugi. Abdul Kudus memfailkan saman itu pada 2004 berhubung satu artikel dalam akhbar the Malay Mail bertarikh 29 Mei 2003 dan menamakan Kayveas serta NSTP sebagai defendan. Artikel itu dikatakan mengandungi kenyataan Kayveas yang mendakwa Abdul Kudus melakukan penyelewengan. Kayveas dan NSTP berjaya membatalkan saman itu menerusi satu permohonan di Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, pada 23 Mei 2011, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Abdul Kudus dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum menghidupkan semula saman berkenaan. Penyataan tuntutan Abdul Kudus mendakwa kenyataan Kayveas dalam artikel Malay Mail mencemarkan reputasi serta imejnya. Abdul Kudus berkata perkataan yang digunakan defendan bertujuan memalukan, merosakkan serta mencemar imej beliau sebagai pengarah penguatkuasa sebuah majlis perbandaran sehingga menyebabkan beliau dipecat. Abdul Kudus diwakili peguam G.Ganeson manakala K.Kavitha bagi NSTP. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiada Perancangan Bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Untuk Memberi Laluan Kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Setakat Ini

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tiada perancangan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dibubarkan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.