script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

AFC: Perlawanan Malaysia-Korea Utara 8 Jun Di Venue Berkecuali !

KUALA LUMPUR: Perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara akan diadakan pada 8 Jun ini, demikian diumumkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Windsor Paul ketika mengumumkan tarikh baharu itu berkata, Korea Utara diberi tempoh sebulan bermula 13 Mac hingga 14 April ini untuk mencadangkan venue baharu perlawanan.
Sekiranya Korea Utara gagal mencadangkan venue baharu, katanya, AFC akan menentukan gelanggang baharu bagi pihak negara itu sebelum 8 Mei ini.
Pertemuan pembukaan Kumpulan B itu yang sepatutnya diadakan di Pyongyang pada 28 Mac ini, ditangguhkan atas permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengadakan perlawanan itu di gelanggang berkecuali kerana faktor keselamatan.
ni berikutan situasi tegang hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara selepas pembunuhan Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un di Lapangan Terbangan Antarabangsa KL 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.
Windsor berkata, Korea Utara bukan sahaja perlu mencadangkan venue berkecuali, tetapi mereka juga harus memberi jaminan keselamatan dan visa khusus untuk pemain, media, pegawai dan peminat bola sepak.
Seandainya venue berkecuali dipilih untuk perlawanan pertama, maka perlawanan timbal balik antara kedua-dua pasukan itu juga akan diadakan di venue berkecuali, katanya pada taklimat media di sini.
Katanya, tarikh baharu itu diputuskan Jawatankuasa Pertandingan AFC.
“Kami perlu mengadakan perlawanan mengikut jadual FIFA dan sekiranya tidak, pemain tidak akan mendapat pelepasan dari kelab masing-masing,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang Bongkar Stor Haram LPG, Sitaan Lebih RM405,000

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan gas petroleum ceca...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.