script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Remaja Memandu "Lawan Arus", Mengaku Tak Bersalah Sebabkan Kematian


BUKIT MERTAJAM: Remaja perempuan yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) berhampiran Permatang Pauh didakwa kerana menyebabkan kematian seorang lelaki.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda RM20,000 jika sabit kesalahan.

Ng Pei Ven bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Dia diwakili oleh peguamnya, Parmjit Singh manakala Datuk Razali Che Ani bertindak sebagai pendakwaraya.

Majistret Jamiliah Abd Manap membenarkan Ng diikat jamin dengan bayaran RM7,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 12 Mei ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan laporan kimia.

Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi pada 14 Mac lalu, kereta jenis Proton Gen 2 yang dipandu secara melawan arus oleh Ng dari arah Sungai Dua menghala Permatang Pauh melanggar beberapa kenderaan lain sehingga menyebabkan kematian seorang juruteknik kilang, Mohd. Fandi Rosli.

Dia telah didapati positif dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai pada pukul 5 petang sehari selepas kemalangan itu.

Dia mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan itu mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang Bongkar Stor Haram LPG, Sitaan Lebih RM405,000

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan gas petroleum ceca...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.