script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

RUU 355 Hadi Di Ubah Lagi Dalam Aturan 'Mesyuarat Parlimen' Hari Ini

KUALA LUMPUR: Rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang diusulkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diubah daripada perkara ke-7 kepada perkara ke-12 dalam aturan urusan mesyuarat di Dewan Rakyat hari ini.
Usul yang lebih dikenali sebagai RUU 355 itu bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah dengan menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimun 100 sebatan.
Ketika ini, Mahkamah Syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman penjara maksimum 3 tahun, denda RM5,000 dan 6 sebatan.
Hadi pertama kali membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu, selepas kerajaan membenarkan ia mendahului RUU kerajaan.
Hadi bagaimanapun menangguhkan perbahasan RUU 355 dan membentangkan versi disemak semula pada November 2016 selepas ia sekali lagi dinaikkan dalam aturan urusan mesyuarat.
RUU Hadi sebelum ini disenaraikan perkara ke-7 aturan urusan mesyuarat apabila Dewan Rakyat bersidang semula pada 7 Mac lalu. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang Bongkar Stor Haram LPG, Sitaan Lebih RM405,000

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan gas petroleum ceca...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.