script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Negeri Pahang Belum Di Maklum Moratorium Di Sambung


KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang masih belum dimaklumkan sama ada tempoh moratorium perlombongan bauksit yang dijadual berakhir 31 Mac ini akan disambung atau sebaliknya, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Beliau berkata setakat ini aktiviti pemindahan bauksit dari kawasan penyimpanan dijangka dilakukan sehingga hujung bulan ini dan dipantau agensi dan jabatan berkenaan termasuk Jabatan Alam Sekitar bagi mengelak masalah pencemaran berulang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan logo Kejohanan Catur Terbuka 2017 Piala Tengku Mahkota Pahang di sini, hari ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan awal bulan ini membayangkan kemungkinan tempoh moratorium akan disambung lagi selepas 31 Mac ini.

Ia berikutan pihak kementerian mendapati lumpur merah dari kawasan simpanan bauksit masih mengalir ke kawasan berdekatan Pelabuhan Kuantan terutama pada musim hujan.

Wan Junaidi berkata keputusan untuk menyambung moratorium itu bergantung kepada keputusan Kabinet.

Untuk rekod, moratorium perlombongan bauksit bermula pada 15 Jan tahun lalu telahpun dilanjutkan beberapa kali dengan yang terakhir bakal tamat pada hujung bulan ini.

Sementara itu Muhammad Safian menafikan dakwaan tentang kemungkinan berlaku kegiatan penggalian baharu berikutan beberapa batang jalan raya terdapat kesan pencemaran bauksit ekoran kegiatan pengangkutan bahan mineral tersebut.

"Sehingga kini tiada sebarang aktiviti penggalian baharu dan hanya untuk menghabiskan stok menggunakan permit sedia ada sahaja.

"Pemindahan dibuat dari tempat pengumpulan ke kawasan pelabuhan dan kebarangkalian berlakunya ketirisan sisa galian tersebut dari lori pemunggah," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang Bongkar Stor Haram LPG, Sitaan Lebih RM405,000

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan gas petroleum ceca...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.