script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kementerian Kesihatan Menyiasat Dakwaan 10 Produk "Stevia" Palsu !

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan siasatan berhubung 10 produk stevia yang didakwa palsu dan dijual di pasaran bagi memastikan produk terbabit mematuhi perundangan makanan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata siasatan itu susulan laporan sebuah akhbar bertajuk “Awas Stevia Palsu” yang mendedahkan hasil ujian makmal 2 universiti tempatan.
Siasatan dijalankan menurut Peraturan 118A Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Akta Makanan 1983 yang menetapkan standard bagi produk ekstrak stevia, katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mereka yang mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang mengandungi bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan termasuk produk stevia yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Laporan akhbar itu menyebut hasil ujian makmal oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Putra Malaysia menunjukkan 10 produk terbabit tidak mengandungi ekstrak tumbuhan sebaliknya adalah kombinasi bahan kimia berbahaya.
Ekstrak stevia adalah sejenis bahan pemanis semula jadi yang diekstrak daripada daun pokok stevia rebaudiana bertoni yang mengandungi glikosida steviol dan diproses menjadi serbuk putih hingga kuning cerah, tidak berbau dan mempunyai rasa manis.
Ia boleh digunakan sebagai pengganti kepada gula biasa khususnya kepada mereka yang menghidap penyakit diabetes.
Dr Noor Hisham turut meminta pengguna yang mempunyai kemusykilan berhubung keselamatan makanan agar menghubungi pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat, atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang Bongkar Stor Haram LPG, Sitaan Lebih RM405,000

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan gas petroleum ceca...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.