script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Empat Kawasan PAS Terengganu Pula Lulus Usul Putus Hubungan

KUALA TERENGGANU: Empat kawasan PAS di Terengganu yang selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan, sebulat suara meluluskan usul agar parti itu memutuskan kerjasama politik dengan PKR.
Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS negeri Satiful Bahri Mamat berkata 4 kawasan itu ialah Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
“Itu adalah suara di peringkat akar umbi. Mereka berhak mencadangkan usul itu untuk perhatian pemimpin tertinggi parti pada Muktamar PAS nanti, seterusnya keputusan akan dimuktamadkan oleh majlis syura.
“Bagi PAS Terengganu, kita buka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk akar umbi menyuarakan pendapat mereka pada mesyuarat agung tahunan… seterusnya mengusulkan perkara itu ketika Muktamar PAS berlangsung di Kota Sarang Semut, Kedah pada 28 April depan,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini, hari ini.
Ditanya mengenai keputusan 4 lagi kawasan iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu, Satiful berkata keempat-empat kawasan itu sudah selesai mengadakan mesyuarat agung sebelum isu kerjasama dengan PKR kembali hangat diperkatakan.
Beliau berkata usul untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan usul itu pernah dikemukakan oleh wanita PAS pada muktamar tahun lalu.
“Bagaimanapun, usul itu tidak mendapat respons ketika itu. Namun kali ini mungkin ada reaksi sekiranya banyak kawasan yang sepakat untuk membawa usul tersebut,” katanya.
Ketika ditanya adakah PAS akan terjejas pada pilihan raya umum ke-14 akan datang sekiranya majlis syura bersetuju untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR, Satiful berkata PAS Terengganu dijangka tidak mempunyai masalah besar dalam hal itu.
“Terengganu tak ada masalah sangat, tapi tak tahu di negeri lain macam Selangor. Tapi ini perkara yang berbeza kerana sekarang adalah hubungan antara parti dengan parti, bukan PAS dalam kerajaan,” katanya.
Semalam, 12 daripada 13 kawasan PAS di Pulau Pinang turut meluluskan usul menamatkan kerjasama dengan PKR. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang Bongkar Stor Haram LPG, Sitaan Lebih RM405,000

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan gas petroleum ceca...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.