script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

"Kesilapan Fakta", Utusan Melayu Memohon Maaf Kepada Guan Eng


SHAH ALAM: Akhbar Utusan Melayu (M) Bhd memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng susulan kesilapan fakta dalam penyiaran artikel bertajuk “Guan Eng tarik balik saman Shaik Hussein”.
Permohonan maaf itu dibacakan Pegawai undang-undang Utusan, Siti Norzulaikah Ibrahim dalam penghakiman persetujuan di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang, hari ini selepas Guan Eng menang saman terhadap akhbar itu.
Akhbar itu juga akan memberikan pampasan kepada Setiausaha Agung DAP itu dengan jumlah yang tidak didedahkan ekoran penyiaran artikel yang didakwa diputar belit, pada 20 Ogos tahun lalu.
Peguam Guan Eng, Simon Murali berkata, permohonan maaf itu akan disiarkan di halaman kedua Utusan Malaysia dalam tempoh tujuh hari.
Guan Eng sebelum ini tidak berpuas hati dengan kesilapan fakta dari Utusan yang menyatakan beliau menarik balik saman terhadap Shaik Hussein tanpa syarat.
“Sebenarnya saya lakukan tindakan itu selepas dia tarik balik dakwaan rasuah terhadap saya.
“Apabila Shaik Hussein tarik balik dakwaan rasuah terhadap saya, ia tidak dilaporkan Utusan, walaubagaimanapun saya gembira dapat bersihkan nama daripada dakwaan rasuah oleh pemimpin Umno,” katanya.
Sebelum ini, Shaik Hussein mendakwa Guan Eng terlibat dengan amalan rasuah dalam satu rundingan tanah, namun dinafikan sekeras-kerasnya pemimpin DAP itu. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang Bongkar Stor Haram LPG, Sitaan Lebih RM405,000

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan gas petroleum ceca...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.