script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Peguam: Tidak Masuk Akal, Debat Tun Mahathir-Nazri Perlu Permit !

PETALING JAYA: Seorang peguam hari ini menyifatkan kenyataan polis berhubung penganjur debat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz tidak memohon permit sebagai tidak masuk akal.
Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty (LFL), Eric Paulsen menyifatkan tafsiran pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan mengenai Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai “tidak serius”.
“Bacaan yang betul untuk perhimpunan, kita perlu memberi notis, ini (untuk) perhimpunan di tempat awam. Tetapi, anda nak berhimpun di dewan, anda nak berhimpun di mana-mana tak ada keperluan.
“Tak timbul isu permit sebab rakyat Malaysia boleh berhimpun secara aman di mana-mana. Sekiranya kamu nak berhimpun di tempat awam, kamu hendaklah memberi notis 10 hari, itu sahaja,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Hasnan hari ini dilaporkan berkata, polis Perak tidak menerima sebarang permohonan rasmi untuk penganjuran debat antara bekas Perdana Menteri dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, pada jam 3 petang 25 Mac ini.
atanya, ia adalah satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, jika debat itu diadakan tanpa kebenaran polis, memandangkan sekolah ialah kawasan larangan di bawah Jadual Pertama Seksyen 3 akta itu.
Eric berkata, setahu beliau, orang ramai yang mahu berhimpun di dewan atau sekolah hanya perlu mendapatkan kebenaran pihak sekolah atau pengurusan dewan dan perkara itu tidak termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.
“Mana ada. Tiada keperluan dalam Akta Perhimpunan Aman,” katanya merujuk perhimpunan dalam dewan atau sekolah. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang Bongkar Stor Haram LPG, Sitaan Lebih RM405,000

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan gas petroleum ceca...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.