script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tun Mahathir Ajak Seluruh Rakyat Tukar Kerajaan Melalui PRU-14 Ini !


HULU TERENGGANU: Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) mengajak rakyat bersama parti itu bagi memulihkan semula negara dengan cara menukar kerajaan melalui PRU akan datang.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, barisan pemimpin Bersatu serta rakan-rakan lain dalam gabungan parti lawan mempunyai pengalaman serta kebolehan bagi mentadbir dan memajukan negara sekaligus dapat menyelamatkan Malaysia.

Menurutnya,  Malaysia mempunyai potensi cukup besar untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020, namun, pada hari ini pencapaian negara dipandang sinis selain dicop sebagai negara rasuah.

"Hasrat kami adalah untuk memulihkan semula negara bertuah ini, oleh itu kita perlukan sokongan daripada rakyat yang cintakan kepada bangsa dan mempunyai  semangat kebangsaan. Bantulah gabungan parti lawan telah kami tubuhkan dan yang akan bertanding nanti.

“Hanya satu cara dapat dilakukan iaitu melalui pilihanraya umum, jadi kita pakat tukarlah kerajaan pada PRU 14 nanti. Saya yang dulu Presiden Umno sendiripun telah keluar parti berkenaan dan kita harap rakyat yang sayangkan Malaysia juga dapat lalukan tindakan sama, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bicara Negarawan Tun Dr Mahathir  di Pekan Ajil, di sini, malam tadi yang turut disertai Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Muhkriz Mahathir.

Tambahnya, dengan barisan pemimpin yang ada dalam Bersatu dan gabungan parti lawan beliau yakin dapat mentadbir negara dengan baik sekaligus menepis pelbagai persepsi buruk negara-negara luar terhadap Malaysia sebagaimana terjadi kini. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang Bongkar Stor Haram LPG, Sitaan Lebih RM405,000

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan gas petroleum ceca...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.