script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Suhaizan: Muhyiddin Tak Perlukan PAS, Untuk Menang Kerusi Pagoh !


PAGOH: Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu bergantung dengan Pas untuk meraih kemenangan parti pada PRU akan datang.

Ini kerana menurut Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kayat, Pakatan Harapan Johor akan membantu kemenangan Bersatu di Pagoh pada PRU nanti.

"Pakatan Harapan ada kekuatan di Pagoh. Kami di Johor (Amanah, PKR, DAP dan Bersatu) akan bergerak sebagai satu pasukan selepas ini," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas  kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang berpendapat Bersatu memerlukan sokongan Pas menjelang PRU akan datang.

Khairuddin berkata, Muhyiddin perlu berfikir untuk dapatkan sokongan Pas di Parlimen Pagoh nanti pada PRU14.

Kerusi Parlimen Pagoh disandang oleh Muhyiddin sebelum ini atas tiket BN.

Kawasan tersebut mempunyai 40,604 pengundi berdaftar, 60.05 peratus atau 24,384 orang pengundi Melayu, 14,290 atau 35.19 peratus pengundi Cina dan 1,929 (4.75 peratus) pengundi India. Ia juga merupakan kubu kuat BN sejak dari dahulu lagi. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang Bongkar Stor Haram LPG, Sitaan Lebih RM405,000

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan gas petroleum ceca...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.