script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Di Gesa Siasat, Pegawai Guna "Nama Proksi" Untuk Bolot Tanah


KUANTAN: Blogger Cucumatkilau (CMK) hari ini menggesa Kerajaan Negeri Pahang, memantau pemilikan hartanah "luar biasa" di kalangan kakitangannya. Ini kerana banyak aduan diterima daripada rakyat, kakitangan tertentu menggunakan kuasa mereka untuk membolot berekar-ekar tanah di seluruh negeri ini.

Beliau yang juga merupakan Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) berkata, senario ini sudah berlaku sejak sekian lama terutamanya melibatkan jabatan yang berkaitan dengan urusan tanah.

"Mereka gunakan kuasa dan membolot tanah-tanah dengan kerjasama pihak-pihak tertentu di jabatan terbabit. Mereka bijak dan licik, menggunakan nama proksi agar aduan tidak boleh dibuat kerana bukan atas nama sendiri", kata CMK

"Rakyat memohon tanah bertahun-tahun, sampai ada yang meninggal dunia tapi akhirnya mereka yang dapat tanah yang dipohon dengan cara melapis pelan permohonan terbabit. Saya simpati dengan nasib rakyat Pahang, terutamanya yang dah berpuluh tahun mendiami sesuatu tanah itu. Mohon geran, tidak dilayan.. tiba-tiba dapat kat orang lain dengan kerjasama orang dalam", tambah CMK.

Beliau turut berkata, isu ini berlaku di seluruh negeri terutamanya jabatan yang berkaitan dengan hal ehwal tanah. 

"Mereka juga tipu isytihar harta, kerana pemilikan hartanah terbabit menggunakan nama proksi dan saudara mara. Walhal milik mereka. Keuntungan dikaut dengan menjualkannya kepada pihak ketiga. Inilah yang terjadi, hingga pegawai rendah boleh mempunyai puluhan ekar tanah. Sedangkan rakyat marhaen memohon geran tanah untuk tapak rumah yang mereka diami pun tak dapat", katanya lagi.

Justeru, beliau menggesa perkara ini disiasat dan mereka yang terlibat di bawa ke muka pengadilan kerana khianat terhadap amanah dan tanggungjawab hakiki. Katanya lagi, kerajaan boleh menyiasat melalui kakitangan di jabatan terbabit sendiri sebenarnya. 

"Banyak maklumat akan diperolehi, jika kerajaan serius untuk memnangani isu ini. Kita tidak mahu nama baik kerajaan rosak gara-gara pegawai yang tidak jujur. Demi kemewahan mereka tergamak membolot tanah-tanah untuk diri sendiri", tambah beliau lagi. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang Bongkar Stor Haram LPG, Sitaan Lebih RM405,000

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan gas petroleum ceca...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.