script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penganalisis Politik, Hanya Anwar Ibrahim Yang Boleh Cabar Najib Di Pekan

PETALING JAYA: Orang yang paling berpeluang untuk menundukkan Datuk Seri Najib Razak di kubu kuatnya di Pekan, Pahang, adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut penganalisis politik.
Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya turut menolak peluang Anina Saadudin mahupun bekas pembantu Anwar, Datuk Ezam Mohd Nor, di Pekan.
Menurutnya, mereka tidak cukup kuat untuk menentang perdana menteri yang mempunyai pengaruh terlalu kuat.
“Jentera kempen Najib antara terkuat, khasnya kerana beliau ialah presiden Umno dan perdana menteri.
“Anina masih baru dalam arena politik dan Najib terlalu kuat untuk dilawannya. Lebih baik beliau menentang ketua Puteri Umno,” katanya.
Anina, bekas ahli Umno Bahagian Langkawi yang mula terkenal selepas klip video ucapan beliau mengutuk Najib menjadi viral tidak lama dulu, mengesahkan mahu menentang perdana menteri di Pekan pada pilihan raya umum akan datang.
Anina yang merupakan antara pengasas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini aktif mempromosikan pencalonannya untuk kerusi Pekan, dan laman Facebook beliau cuba meninjau jika pengikutnya bersetuju dengan rancangan itu.
Azman bagaimanapun berkata Ezam lebih sesuai berbanding Anina untuk mewakili pembangkang di Pekan kerana mempunyai lebih banyak pengalaman politik.
Bagaimanapun, imej Ezam yang kerap melompat parti menjejaskan kredibilitinya.
“Beliau juga dilihat sebagai seorang yang tidak agresif, khasnya dalam kempen menentang Najib,” katanya.
Minggu lalu, Ezam, bekas senator dan pengarah komunikasi di Kementerian Kewangan, menyuarakan hasrat bertanding di Pekan. 
Ezam meninggalkan Umno bersama-sama Anwar yang dipecat daripada Kabinet pada 1998, dan membantu menubuhkan Parti Keadilan Nasional, yang kemudian disusun semula sebagai PKR.
Beliau meninggalkan PKR pada 2008 dan menyertai semula Umno selepas mengkritik Anwar dan berbalah dengan pemimpin atasan lain.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE), Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata persempadanan semula pada 2003 membantu Najib menang besar di Pekan.
Menurutnya, kerusi Parlimen itu mempunyai sejumlah besar pengundi tentera dan peneroka Felda.
“Sesiapa sahaja yang bertanding menentang Najib sudah tentu akan kalah,” kata Redzuan.
Najib menang di Pekan pada 1976 pada usia muda 23 tahun.
Pada PRU ke-13 lalu, Najib menewaskan calon PKR, Mohd Fariz Musa dengan majoriti 35,613 undi.
Pada 1999, Najib mempertahankan kerusi itu dengan majoriti tipis 241 undi, hampir ditewaskan calon PAS Ramli Mohamad yang menerima 12,907 undi. #sumber
Share:

2 ulasan:

  1. Toksah lah sebut pasal orang dalam penjara! kalau bebas hari ni pun bukan boleh tanding SEBAB 5 tahun kena ban! Gunalah otak sikit wahai penganalisis!

    BalasPadam
  2. penganalisis atau penjilat?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang Bongkar Stor Haram LPG, Sitaan Lebih RM405,000

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan gas petroleum ceca...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.