script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dua Pasangan Utama Negara Kita Mara Ke Suku Akhir Terbuka India !


KUALA LUMPUR: Dua gandingan negara iaitu beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong serta pasangan campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, mara ke suku akhir Siri Super Terbuka India di Stadium Tertutup Siri Fort, di New Delhi pada Khamis.

V Shem-Wee Kiong yang juga pilihan utama kejohanan, mara selepas menewaskan gandingan Malaysia/Indonesia, Tan Boon Heong-Hendra Setiawan 21-10, 21-17 di pusingan kedua, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia www.bwfbadminton.org

Di suku akhir pada Jumaat, mereka akan berdepan naib juara Seluruh England, Li Junhui-Liu Yuchen dari China yang menyingkirkan pilihan kelima, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark 21-12, 23-21.

Peng Soon-Liu Ying yang juga beregu campuran nombor satu negara mara selepas menundukkan gandingan Indonesia, Edi Subaktiar-Gloria Emanuelle Widjaja 21-11, 21-19.
Di suku akhir, mereka akan berdepan pemenang perlawanan antara Kim Gi Jung-Shin Seung Chan dari Korea Selatan dan Mathias Christiansen-Sara Thygesen dari Denmark.

Malaysia tidak menghantar wakil dalam tiga acara lain - perseorangan lelaki dan wanita serta beregu wanita - di kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah AS$325,000 (RM1.436 juta).

Juara tiga kali Terbuka India, Datuk Lee Chong Wei tidak mengambil bahagian untuk memberi tumpuan bagi menjuarai Terbuka Malaysia buat kali ke-12 di Kuching, Sarawak dari 4-9 April. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang Bongkar Stor Haram LPG, Sitaan Lebih RM405,000

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan gas petroleum ceca...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.