script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

SPR 'Belum Sedia' Laksana Daftar Automatik, Skop Tugas 'Sensitif' !

KUALA LUMPUR: Skop tugasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang begitu ‘sensitif’ menyebabkan Malaysia masih belum bersedia melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik.
Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata pihaknya tidak mahu dipersalahkan sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul berhubung pembaharuan berkaitan pendaftaran pengundi.
“Terdapat perkara kadang-kadang kita rasa tidak begitu serius tetapi diambil serius oleh pihak tertentu. Apatah lagi kalau kita buat sesuatu pembaharuan, kalau kita tak bersedia dengan pembaharuan…kita buat, maka banyak perkara yang boleh timbul,” katanya.
Mohd Hashim berkata demikian ketika menjadi tetamu Slot Khas Ekspresi terbitan Bernama Radio bertajuk “Mengundi dan Tanggungjawab Sebagai Warganegara” di Wisma Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun terdapat gesaan supaya SPR menjalankan sistem pendaftaran pengundi secara automatik, pihaknya yakin sistem pendaftaran pengundi sedia ada masih efisien.
Dalam pada itu, katanya SPR sentiasa berusaha memudahkan proses pendaftaran pengundi termasuk turun ke kawasan pedalaman menggunakan pacuan 4 roda sejak 2 tahun lepas.
Mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya, Mohd Hashim berkata SPR hanya mengambil kira bantahan terhadap persempadanan semula yang relevan, iaitu dikemukakan pengundi sesuatu kawasan terlibat dalam cadangan persempadanan semula itu.
“SPR akan lihat secara keseluruhan dan akan klasifikasikan dari aspek sama ada bantahan itu relevan atau tidak. Kalau ia dibantah kepada satu-satu kawasan yang tidak disentuh, jadi dia bantah untuk apa, ini kita tolak,” katanya.
Beliau berkata selain bantahan daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan, pihak ke-3 yang boleh membuat bantahan ialah sekurang-kurangnya 100 pengundi bagi setiap kawasan terlibat boleh mengemukakan bantahan secara rasmi.
Pada 8 Mac lepas, SPR menerbitkan cadangan persempadanan semula yang dikemas kini bagi Semenanjung Malaysia selepas selesai inkuiri tempatan selama 4 bulan untuk mendengar bantahan terhadap cadangan awalnya.
Semua pihak diberi tempoh sebulan bermula 8 Mac sehingga 7 April ini untuk mengemukakan bantahan masing-masing kepada SPR.
Inkuiri tempatan di seluruh negara yang merupakan satu keperluan untuk proses persempadanan semula, berlangsung dari 31 Oktober 2016 hingga 28 Februari lepas. #sumber
Share:

3 ulasan:

  1. PENGERUSI MEMANG PUNDEK.MENERUSKAN LEGACY PENGERUSI PUNDEK YANG TERDAHULU.TAK SALAH AKU KATAKAN PENGERUSI SPR NI MEMANG BABI BELAAN KERA-JAAN HARAM 1 MALAYA YANG MENANG CARA MENIPU.

    BalasPadam
  2. Anak haram ameno jadi pengurusi spr.......dia lupa yg tuhan jua yg akan menangkan sesiapa yg Dia kehendaki.

    BalasPadam
  3. Aku rasa lah Mak Bapak Pengerusi SPR ni tidak mengajar anak dia ni Hukum Halal Dan Haram dalam Islam .kesian Mak Bapak Pengerusi SPR ni kalau dah mati macam mana keadaan Roh diaorang dalam KUBOR.harap harap Pengerusi SPR nHaprak ni baca la tulisan aku ni bior dia rasa Insaf sikit

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang Bongkar Stor Haram LPG, Sitaan Lebih RM405,000

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan gas petroleum ceca...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.