script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kes Bunuh Sosilawati: Mahkamah Persekutuan 'Kekalkan' Hukuman Terhadap Tiga Tertuduh


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap bekas peguam, N. Pathmanabhan dan dua pembantunya berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya  serta tiga yang lain.

Mahkamah bagaimanapun, membebaskan dan melepaskan tertuduh ketiga, R.Matan kerana kekurangan bukti terhadapnya.

Pathmanabhan dan tiga pembantunya, T.Thilaiyalagan, R.Kathavarayan dan Matan dituduh dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Mei 2013 kerana membunuh Sosilawati, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, pegawai bank Noorhisham Mohamad dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim.

Sementara itu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Matan berkata anak guamnya akan dibebaskan di Penjara Kajang.

Keempat-empat lelaki yang memakai baju penjara berwarna putih berlengan merah itu tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika keputusan dibacakan.

Mereka didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 8.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka kalah dalam rayuan di Mahkamah Rayuan pada 4 Disember 2015.

Sosilawati dan tiga pembantunya dilaporkan hilang selepas mereka didakwa ke Banting bagi urus niaga tanah.

Kehilangan mereka menjadi tajuk utama berita di  negara ini.
Susulan itu, empat lelaki ditahan dan didakwa di mahkamah pada 2011. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang Bongkar Stor Haram LPG, Sitaan Lebih RM405,000

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan gas petroleum ceca...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.