script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Sedang Memburu Lelaki Bersenjata Larikan Diri

LAHAD DATU, 4 Mac  - Pasukan polis menyisir di tepi pantai di Semporna untuk memburu lelaki bersenjata yang melarikan diri berikutan serangan hendap tiga hari lalu yang menyaksikan enam anggota polis dan enam lelaki bersenjata ditembak mati. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib (foto) pada Isnin berkata, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah juga menentukan jenis senjata yang digunakan oleh lelaki bersenjata di Kg Simunul. Beliau berkata, polis menganggarkan tidak lebih daripada 10 lelaki bersenjata terlibat dalam kejadian yang dikaitkan dengan pencerobohan oleh kumpulan bersenjata Sulu di Kampung Tanduo dekat sini. Hamzah berkata, jenazah anggota polis dihantar pulang untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Sabah dan Semenanjung selepas bedah siasat pada Isnin. Beliau berkata, polis Malaysia bekerjasama dengan angkatan tentera bagi berhadapan dengan kumpulan bersenjata Sulu yang melakukan pencerobohan di Kampung Tanduo. “Kami memanfaatkan aspek teknikal tentera tetapi operasi masih di bawah polis,” katanya. Hamza berkata, polis juga cuba untuk mengesahkan laporan mengenai 10 penceroboh, di mana tiga daripadanya dikatakan bersenjata dan memakai pakaian seragam ‘camaflouge’ dikesan di dua kampung di daerah Kunak. Beliau berkata, penduduk dari kedua-dua kampung dibenarkan pulang ke rumah. Mereka dipindahkan berikutan laporan yang mengesan berlakunya pencerobohan pada lewat Sabtu. sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Penuntut Wanita Sebuah IPTA Maut, Kereta Yang Dipandu Hilang Kawalan Lalu Terbabas KM 25.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut wanita sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.