script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Guan Eng Umum Wong Tack Calon Bentong !!


KUALA LUMPUR, 13 Mac - Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack akan bertanding di Parlimen Bentong, Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang atas tiket DAP. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika mengumumkannya hari ini berkata DAP percaya meletakkan calon daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai objektif memulihara alam sekitar bakal memberi kesan positif terhadap sokongan pembangkang di kawasan itu. Parlimen Bentong pada masa ini diwakili Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Timbalan Presiden MCA. Pada pilihan raya umum 2008, Liow menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat, G Ponusamy dengan majoriti 12,549 undi. Wong Tack pada bulan lepas menimbulkan kontroversi apabila dilaporkan mengancam untuk membakar loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan sekiranya kilang itu masih beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang. Beliau kemudian dilaporkan meminta maaf atas kenyataan itu.

[Kenyataan Guan Eng ini sedikit meredakan keadaan apabila sebelum ini Wong Tack sendiri umumkan beliau adalah calon Pakatan Rakyat bagi kerusi Parlimen Bentong. Walau bagaimana pun timbul persoalan, kenapa pengumuman ini dibuat tanpa dihadiri langsung oleh mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat Pahang dari PAS dan PKR. Hanya yang kelihatan pemimpin DAP Pahang iaitu YB Leong Ngah Ngah. Apakah pemimpin PAS dan PKR setuju dengan cara ini, umumkan nama calon tertentu tanpa mendapat persetujuan daripada mereka. Jika sebelum ini, Anwar Ibrahim umumkan nama calon  yang berkenaan misalnya terbaru umum Shamsul Iskandar Md Akin calon PKR bagi kerusi parlimen Bukit Katil dengan disaksikan oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat di Melaka. Namun, tindakan Guan Eng umumkan nama Wong Tack  tanpa kehadiran pemimpin PAS dan DAP amatlah mengejutkan. Apakah keputusan ini diterima sebulat suara oleh mereka?.
Share:

2 ulasan:

  1. BILA UMUM DI BENTONG PUN TIADA PEMIMPIN BESAR PKR ATAU PAS......PKR TERLEPAS KERUSI BENTONG.....KASIHAN.

    BalasPadam
  2. update: http://www.malaysiakini.com/news/223712

    sekian terima kasih.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.